2010: Kempen Menggunakan OS Linux

Written in 9-2-2010 by Noorazlan | No Comments

Kini kita berada di tahun 2010 dan pelbagai perubahan teknologi yang telah disajikan kepada kita. Namun masih terdapat di dalam pemikiran sesetengah daripada kita yang tidak mahu beralih daripada penggunaan operating system Microsoft Windows. Ini mungkin disebabkan sudah terlalu lama mereka ini disajikan dengan MS Windows ini sehingga ada yang berpendapat tak lengkap sesebuah komputer seandainya tidak menggunakan MS Windows. Yang lebih menarik ialah mereka sanggup menggunakan perisian tiruan (pirate) untuk kegunaan harian dan sanggup juga menghadapi virus yang semakin hari semakin banyak menyerang OS MS Windows ini.

Tahun 2010 ini saya ingin menjalankan kempen menggunakan OS Linux kepada semua warga Malaysia secara amnya dan semua organisasi kerajaan yang ada sekarang. Ini sejajar dengan budget yang kecil pada tahun ini bagi semua organisasi kerajaan. Dengan menggunakan Linux, kita dapat menjimatkan kos berpuluh juta ringgit bagi setiap tahun. Di bawah ini saya terangkan secara ringkas berkaitan OS Linux kepada sesiapa yang masih tidak memahami apakah Linux.

OS (Operating System):

Linux merupakan salah satu sistem operasi (operating system) yang berfungsi seperti MS Windows. Sesebuah komputer hanya akan menjalankan 1 OS di dalam satu masa meskipun terdapat konsep mesin maya (virtual machine) pada masa kini. Mesin maya hanya berfungsi secara maya manakala komputer hanya akan menggunakan 1 OS sebagai fungsi kawalannya.

Lesen:

Linux adalah di bawah GPL (General Public License) yang mana ianya memberikan kebenaran pengguna menggunakan secara percuma OS mereka dan mendedahkan source code (kod sumber) mereka kepada umum yang ingin mengkaji OS mereka. Hal ini tidak berlaku bagi pengguna MS Windows yang terpaksa membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan lesen bagi menggunakannya.

Virus:

Saya tidak menafikan terdapat juga virus di dalam Linux tetapi kebarangkalian yang kecil serangan virus terhadap OS Linux berbanding virus OS MS Windows. Kini dianggarkan hanya sejumlah 863 virus (virus, Trojans, dan apa – apa sahaja yang menyerang Linux) berbanding kira – kira berbilion jumlahnya pada masa kini yang menyerang OS MS Windows.

Interface (Antaramuka):

Linux kini memberi pilihan antaramuka kepada pengguna yang ingin menggunakannya. Contoh antaramuka yang popular ialah Gnome dan KDE. Terdapat pelbagai lagi antaramuka yang boleh digunakan oleh pengguna. Berbeza dengan MS Windows, pengguna tiada pilihan untuk memilih antaramuka. Untuk lebih lanjut sila ke Desktop GUI Bagi OS *nix

Aplikasi Yang Menyokong (Application):

Terdapat banyak aplikasi yang menyokong Linux seperti Open Office untuk penggunaan Literasi, Mozilla Firefox dan Thunderbird sebagai web browser, Gimp dan Pixie untuk grafik dan sebagainya. Itu hanya sebahagian dan semuanya diberikan secara percuma tanpa membayar apa – apa kos. Memang diakui banyak aplikasi yang menyokong Windows tetapi harus diingat kebanyakkan dikeluarkan untuk komersial yang memerlukan pengguna membayar untuk lesen penggunaan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, sudah tiba masanya untuk kita bertukar daripada Windows kepada Linux. Sekiranya anda ingin menggunakan Linux, di bawah ini saya berikan cadangan distro untuk anda gunakannya.

1. Home User: Ubuntu, Fedora, Mandriva.

2. Server: RedHat, Centos, Debian, Slackware.

Ini hanya sebahagian distro yang ada. Untuk melihat lebih lanjut sila ke Kepelbagaian Distro Bagi Linux. Oleh itu, saya menyeru rakan – rakan dan pembaca untuk beralih kepada Linux.



Google Chrome OS : Microsoft Windows Kian Tergugat!

Written in 4-2-2010 by Noorazlan | 2 Comments

Ketika membaca surat khabar pada hari ini, saya tertarik dengan pengumuman Google bahawa syarikat tersebut akan melancarkan satu OS baru iaitu Chrome OS. Ia merupakan susulan kepada pelayar internet (web browser) Chrome yang dibangunkan oleh Google.

Apa yang menarik perhatian saya ialah OS ini menggunakan code open sources dan akan dilesenkan dengan GPL (General Public License). Chrome OS akan digunakan pada netbook yang kian popular pada masa ini. Pengakuan Google bahawa mereka telah melakukan rundingan dengan pengeluar netbook bagi menggunakan OS ini menjadi  satu tamparan kepada Microsoft Windows  yang selama ini mempelopori pasaran OS bagi komputer peribadi (PC), NoteBook dan NetBook. Selain penggunaan Chrome OS ini, Google Chrome web browser juga kian popular dengan penggunaan melebihi 40 juta pengguna aktif. Ini menjadi petanda peralihan daripada penguasaan Microsoft Windows kepada open sources.

Di bawah ini saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan Chrome OS.

Sejarah

Diilhamkan dengan populariti yang semakin tinggi bagi penggunaan NetBook yang menggunakan tenaga yang rendah dan lebih kecil berbanding notebook atau laptop. Google mula membangunkan OS ini pada tahun 2009 dengan menggunakan kod sumber terbuka (open Source) di bawah lesen BSD dikenali sebagai Projek Chromium OS dan akan dilesenkan di bawah GPL. OS ini merupakan satu OS di bawah Linux-base. Ianya berasaskan pengguna yang aktif menggunakan internet menggunakan peranti (device) netbook seperti melayari YouTube, online banking, melayari web, email dan sebagainya. Pengarah kejuruteraan bagi projek Chrome OS ini ialah Matthew Papakipos menggunakan 3 mesin di rumahnya untuk menjalankan percubaan bagi Chrome OS ini. Perbezaan antara Chrome OS dan Chromium OS ialah Chrome OS akan mengemaskini versinya secara automatik tetapi menggunakan kod sumber yang sama.

Chrome OS akan menggunakan antaramuka (interface) paling minimum. Dalam rekabentuk awalnya, Google menggambarkan tiga lapis senibina: firmware, pelayar dan window manager, dan tingkat sistem perisian dan Userland services.

  • Firmware memberikan sumbangan untuk waktu boot dengan cepat dengan tidak mencari-cari hardware, seperti floppy disk drive, yang tidak lagi di komputer umum, terutama netbook. Firmware juga menyumbang untuk keselamatan dengan mengesahkan setiap langkah dalam proses boot dan sistem menggabungkan pemulihan.
  • Tingkat sistem perisian termasuk kernel Linux yang telah dibaiki untuk meningkatkan waktu ketika boot. Userland perisian ini telah diubah suai untuk keperluan utama, dengan pengurusan oleh Upstart, yang boleh melancarkan perkhidmatan secara tradisinya, jatuh kembali memudahkan pekerjaan, dan perkhidmatan menunda untuk kepentingan boot lebih cepat.
  • Window manager menangani interaksi pengguna dengan beberapa tetingkap klien seperti X window manager.

Daripada analisis yang saya jalankan, Chrome OS daripada Google ini adalah perang antara 2 gergasi revolusi digital. Kini kebanyakkan penganalisis membayangkan bahawa Chrome OS ini akan menguasai NetBook menggantikan penggunaan Microsoft Windows pada masa akan datang. Apa yang menarik ialah Chrome OS ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna yang mana ianya dapat menjimatkan kos sesebuah komputer. Ini adalah tamparan hebat kepada Microsoft yang sekian lama menguasai pasaran OS dan sehingga kini masih tidak berganjak untuk tidak menurunkan harga sehingga tahap harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Secara ringkas, Chrome OS akan menggunakan Linux-Base, menggunakan antaramuka Gnome, mengoptimumkan pengguna Google Chrome Browser di dalamnya selain memberikan kepuasan kepada pengguna seawal tempoh Booting. Apa – apa hal pun kita nantikan Chrome OS ini yang akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Mengapa Saya Masih Menggunakan Wired Broadband?

Written in 19-1-2010 by Noorazlan | 2 Comments

Sebenarnya saya telah menerangkan berkaitan dengan wireless dan wired broadband sebelum ini di http://azlan.epontian.com/?p=85 dengan jelas. Namun masih ada yang bertanya kepada saya mengapa saya masih menggunakan wired broadband (streamyx) sedangkan kini telah ada teknologi 4G yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding 3G dan 3.5G.

Bagi saya pilihan utama saya ialah wired broadband pada masa kini kerana perkhidmatan wireless masih tidak dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang saya kehendaki. Apakah yang ada pada wired broadband tetapi tidak ada pada wireless broadband?

1.  Wired broadband memberikan saya IP samada dynamic ataupun static (dedicated) yang membolehkan saya menggunakan perkhidmatan broadband saya se ‘optimum’ mungkin seperti membuat web server, virtual office, virtual hdd space dan sebagainya. Sekiranya saya menggunakan wireless broadband, saya tidak mempunyai IP sendiri. Apa yang provider sediakan hanyalah IP local iaitu seperti 10.xxx.xxx.xxx yang mana saya tidak mampu menjalankan apa – apa aplikasi maya seperti web server dan sebagainya yang saya nyatakan di atas. Aplikasi – aplikasi tersebut sebenarnya mampu membantu kita di dalam urusan seharian.

2.  Wired broadband memberikan saya bandwidth yang lebih besar berbanding wireless broadband. Ini kerana wireless broadband menggunakan konsep virtual private network (VPN) di dalam aplikasi internet mereka. Konsep VPN ini juga yang menyebabkan pengguna tidak memperolehi IP sendiri. IP yang diberikan dikongsi oleh pengguna – pengguna yang lain di kawasan setempat mereka. Oleh itu tidak hairan ada yang menyatakan wireless broadband di pekan kecil lebih laju berbanding dengan di bandaraya kerana jumlah pengguna yang berbeza. Semakin kurang pengguna yang menggunakan perkhidmatan wireless broadband semakin laju untuk mengakses ke internet. Oleh itu bandwidth yang diberikan juga dikongsi bersama pengguna yang lain. Sebagai contoh, seandainya bandwidth yang diberikan ialah 4Mbps, maka 4Mbps ini dikongsi bersama semua pengguna di kawasan tersebut. Kita selalu dikelirukan dengan promosi provider seperti capaian internet sehingga 3Mbps. Sebenarnya 3Mbps tersebut hanyalah capaian daripada komputer kita untuk ke switcher sahaja, switcher ke outsources (sumber luaran) ialah 4Mbps yang dikongsi bersama pengguna – pengguna yang sedang menggunakan perkhidmatan wireless broadband yang disediakan oleh provider. Bagi wired broadband, bandwidth yang diberikan ialah mengikut pakej yang diambil seperti 1Mbps/512Kbps. Meskipun kita tidak akan memperolehi 1Mbps sepenuhnya tetapi kelajuan capaiannya lebih memuaskan berbanding 4Mbps yang dikongsi bersama ribuan pengguna yang lain.

3.  IP bagi wireless broadband setiap switcher adalah dedicated. Oleh itu seandainya IP tersebut dihalang dari capaian (banned) oleh mana – mana penyedia perkhidmatan web atau aplikasi internet yang lain, maka seluruh pengguna tidak dapat mengakses aplikasi internet tersebut. Mungkin IP tersebut di ‘banned’ disebabkan oleh perbuatan seorang pengguna tetapi impak yang diterima ialah semua pengguna akan menerima kesannya. Berbeza dengan wired broadband, sekiranya IP pengguna di ‘banned’, pengguna hanya perlu restart semula router ADSL mereka. Tetapi perlu diingatkan, pengguna wired broadband yang menggunakan perkhidmatan dedicated IP akan terkesan kerana IP yang dibekalkan akan tidak berubah. Namun pengguna wired broadband masih tidak menerima kesan atas tindakan tersebut.

Jadi saya rasa penerangan di atas sudah cukup lengkap bagi menjelaskan persoalan – persoalan yang timbul. Oleh itu buatlah pilihan yang terbaik bagi memilih perkhidmatan internet anda.

Review: Fedora 12

Written in 11-1-2010 by Noorazlan | No Comments

Memang agak terlewat untuk saya menulis review bagi Fedora 12 yang telah dilancarkan pada akhir tahun 2009. Saya telah bercuti selama 2 bulan daripada apa – apa sahaja kegiatan yang berkaitan internet. Rasa rindu juga untuk menulis. So bagi artikel pertama bagi tahun 2010 ini saya akan menulis berkaitan Fedora 12 yang mana saya telah melakukan test-run operating system ini.

Kali ini saya mempunyai pandangan yang agak positif terhadap Fedora 12. Ianya jauh berbeza dengan pandangan saya pada Fedora 11 yang lalu yang menyediakan pelbagai masalah kepada pengguna terlebih lagi bagi mereka yang baru berjinak – jinak dengan Linux. Kelemahan di dalam Fedora 11 yang diperbaiki ialah antaranya Fedora 12 dapat mengakses partition NTFS dan juga FAT yang ada di dalam komputer. Masalah timbul di dalam Fedora 11 apabila pengguna terpaksa melakukan ‘mount’ secara manual untuk mengakses ke dalam partition NTFS dan FAT yang dihasilkan oleh Microsoft Windows Base.

Fedora 12 juga memberikan kepuasan kepada pengguna bila mana ianya melakukan boot loading yang agak cepat berbanding Fedora versi sebelumnya. Ianya dilihat dapat menyaingi Windows 7 yang digembar-gemburkan memberikan masa untuk boot loading yang cepat. Selain itu, hasil grafik yang dihasilkan menggunakan Fedora 12 ini semakin menarik dan ianya dapat menyangkal pendapat sesetengah pihak yang menyatakan OS Linux gagal bagi menjalankan kerja – kerja grafik.

Hanya terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti iaitu, Fedora 12 masih mengekalkan NetworkManager sebagai pelayang network di dalam chkconfig. Apa yang dapat saya perhatikan, NetworkManager agak tidak secekap fungsi network di dalam menguruskan sambungan networking. Walau bagaimanapun fungsi NetworkManager dapat dihentikan dan ditukar menggunakan fungsi network bagi pengurusan networking menggunakan arahan chkconfig.

Penutupan Halam Sembang (Chat) Lepaknet

Written in 8-11-2009 by Noorazlan | 109 Comments

lepaknetBuat makluman semua, dengan rasminya halaman sembang (chat) Lepaknet telah saya hentikan services tersebut pada 5 November yang lalu. Pemberhentian ini berkuat kuasa serta merta. Setelah 5 tahun lepaknet memberikan services di dalam IRC dan setelah tersenarai sebagai salah satu server IRC di dunia dan juga telah tersenarai di dalam Network List di MiRC. Keputusan ini dibuat setelah saya memikirkannya buat masa yang lama. Oleh itu selepas ini Lepaknet tiada mempunyai kaitan dengan IRC dan mana – mana network yang memberikan services IRC lagi.

Perancangan saya berkaitan Lepaknet.Org pada masa akan datang mungkin akan menjurus kepada halaman web sosial seperti FaceBook, MySpace, Frienster dan lain – lain lagi. Hanya tunggu masa dan ketika sahaja.

Noorazlan Bin Rosdi
Pengerusi & Pemilik Lepaknet.Org

Terima Kasih Kepada Russian User Di Atas Kunjungan Anda

Written in 4-11-2009 by Noorazlan | 111 Comments

Saya di sini ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Russian Users yang membuat kunjungan ke blog saya ini. Sehingga kini saya masih tertanya – tanya bagaimana mereka mampu membuat translation daripada bahasa melayu ke dalam bahasa rusia kerana sebahagian komen dan email yang saya terima menggambarkan mereka faham dengan apa yang saya tulis.

Terima kasih sekali lagi kerana membantu menaikkan rating blog saya dan meninggikan hits blog ini.

Noorazlan Rosdi
azlan.epontian.com

Pengenalan Kepada SQL

Written in 15-10-2009 by Noorazlan | 107 Comments

Structured Query Language (SQL) atau di dalam bahasa melayu dikenali sebagai Bahasa Pertanyaan Berstruktur adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data berkait (relational database management system). SQL dijadikan standard piwaian oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Organization for Standardization (ISO).

Sejarah

Satu kertas kerja akedemik, A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks, oleh Dr. Edgar F. Codd, teleh diterbitkan pada Jun 1970 dalam jurnal Association for Computing Machinery (ACM), Communications of the ACM, walaupun lakaran mengenainya telah tersebar dalam IBM semenjak 1969. Model Codd semakin diterima sebagai model mutakhir bagi sistem pengurusan pangkalan data berkait relational atau Relational Database Management System (RDBMS atau RDMS).

Pada tahun 1970-an, kumpulan di pusat penyelidikan San Jose IBM membangunkan sistem pangkalan data “System R” berasaskan model Codd. Structured English Query Language (“SEQUEL”) direka bagi mengolah dan mengambil data yang tersimpan dalam Sistem R. Ringkasan SEQUEL kemudian diringkaskan kepada SQL kerana perkataan ‘SEQUEL’ telah dipegang sebagai tanda dagang oleh syarikat kapal terbang Hawker Siddeley dari UK. Sungguhpun SQL dipengaruhi oleh hasil kerja Codd, Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce di IBM merupakan pengarang rekabentuk bahasa SEQUEL. Konsep mereka diterbitkan bagi meningkatkan minat dalam SQL.

Pangkalan data berkait, bukan pangkalan data SQL, bukan laba, Ingres, dimajukan pada 1974 di U.C. Berkeley.

Pada tahun 1978, ujian terkawal bermula di tapak ujian pelanggan. Menunjukkan kelebihan dan kesesuaian guna sistem ini, ujian ini terbukti berjaya bagi IBM. Hasilnya, IBM mula membangunkan keluaran dagangan berasaskan prototaip System R yang melaksanakan SQL, termasuk System/38 (diperkenalkan pada 1978 dan terdapat secara dagang pada Ogos 1979), SQL/DS (diperkenalkan pada 1981), dan DB2 (pada 1983).

Pada masa yang sama Relational Software, Inc. (kini Oracle Corporation) melihat potensi konsep yang digambarkan oleh Chamberlin dan Boyce dan memajukan RDBMS versi mereka sendiri bagi Navy, CIA dan yang lain. Pada musim panas 1979 Relational Software, Inc. memperkenalkan Oracle V2 (Versi 2) bagi komputer VAX sebagai penggunaan SQL yang terdapat secara dagang. Oracle sering kali salah dikatakan mendahului IBM ke pasaran lebih dari dua tahun, sedangkan mereka hanya mendahului System/38 IBM hanya selama beberapa minggu sahaja. Minat umum meningkat; dan banyak vendor lain mula membangunkan pelbagai versi, dan masa depan Oracle terjamin.

Piwaian

SQL kemudiannya diangkat sebagai piwaian oleh ANSI pada tahun 1986 dan ISO pada tahun 1987. Bagaimanapun, semenjak pembatalan program piawaian pengurusan data NIST pada tahun 1996 tidak terdapat pengesahan bagi pematuhan kepada piwaian SQL dengan itu vendor perlu mengesahkan diri sendiri.

Piwaian SQL telah melalui beberapa revisi:

Tahun Nama Nama samaran Komen
1986 SQL-86 SQL-87 Mula diterbitkan oleh ANSI. Disahkan oleh ISO in 1987.
1989 SQL-89 Revisi kecil.
1992 SQL-92 SQL2 Revisi utama (ISO 9075).
1999 SQL:1999 SQL3 Menambah padanan biasa, pertanyaan rekursif, picu, jenis
tidak-skalar dan sebahagian ciri-ciri berasaskan-objek. (Dua yang terakhir agak kontrovesi dan tidak disokong secara meluas.)
2003 SQL:2003 Introduced XML-related features, window functions, standardized sequences and columns with auto-generated values (including identity-columns).
2006 SQL:2006 ISO/IEC 9075-14:2006 menetapkan cara bagaimana SQL boleh digunakan bersama XML. Ia menetapkan cara mengimport dan menyimpan data XML dalam pangkalan data SQL, mengemaskini data dalam pangkalan data dan menerbitkan data SQL dan XML dalam bentuk XML. Tambahan lagi, ia memberi kemudahan yang membenarkan applikasi untuk menerap dalam kod SQL kegunaan XQuery, XML Query Language yang diterbitkan oleh World Wide Web Consortium (W3C), bagi capaian serentak dokumen XML dan data SQL biasa.

Vendor SQL

Read the rest of this entry »

Perlukah Memasang Lebih Dari 1 Antivirus?

Written in 14-10-2009 by Noorazlan | 57 Comments

virus-alertSaya selalu ditanya oleh kawan – kawan, antivirus apa yang terbaik? Sebenarnya semua antivirus adalah baik. Cuma yang membezakannya hanyalah samada ia berbayar ataupun percuma. Bagi pendapat saya, saya akan menggunakan antivirus percuma asalkan saya selalu ‘update’ patern antivirus tersebut. Patern adalah merujuk kepada senarai virus yang boleh dikenalpasti oleh antivirus tersebut.

Merujuk kepada topik di atas, jawapan yang saya boleh berikan ialah: tak perlu memasang lebih dari 1 antivirus kerana antivirus akan conflict dan hilang keupayaan mengesan virus apabila anda memasang lebih daripada 1 antivirus. Ada yang berpendapat sesuatu virus hanya dapat dikesan oleh hanya sesuatu antivirus. Bayangkan kini ada berbillion virus di alam maya. Kalau virus tersebut hanya dapat dikesan oleh sesetengah antivirus, maka kita terpaksa memasang berpuluh antivirus di dalam PC kita.

Benarkah pendapat tersebut? Penyedia antivirus akan selalu menyediakan list patern virus dari masa ke semasa. Cuma yang membezakan ialah kadang – kadang terdapat penyedia antivirus ini memperoleh patern dengan cepat berbanding dengan penyedia antivirus yang lain. Tapi lambat laun semua antivirus akan mempunyai pertahanan daripada serangan virus tersebut. Dan kadang – kadang antivirus tertentu akan menamakan virus tersebut berbeza dengan penyedia antivirus yang lain. Perkara ini sentiasa berlaku dan apa yang penting virus tersebut adalah sama dan semua antivirus ada pertahanan daripada serangan virus berkenaan. Oleh itu, tak perlu memasang lebih daripada 1 antivirus.

Nasihat saya:

1. Guna hanya 1 antivirus.

2. Sentiasa update patern virus menggunakan internet.

3. Sekiranya ingin mengurangkan risiko serangan virus, gunakan Linux sebagai operating system anda.

Teknik Unhidden File

Written in 6-10-2009 by Noorazlan | 38 Comments

skullSaya menulis artikel ini kerana terjadi satu permasalahan ditempat kerja lama saya. Apa yang terjadi ialah komputer ditempat kerja lama saya itu mengalami serangan virus yang akan mengakibatkan file dan folder akan dihiddenkan oleh virus tersebut dan diganti dengan file yang menyerupai file asal dan mempunyai extention .exe. Seperti contoh file asal ialah text.doc yang dihiddenkan dan virus tersebut membina file text.doc.exe yang bertujuan mengelirukan pengguna komputer dan membuka file tersebut. Akibat daripada membuka file tersebut, virus tersebut akan terus aktif dan merebak di dalam komputer. Yang menghairankan saya ialah antivirus yang digunakan tidak dapat mengesan virus tersebut sedangkan antivirus yang dibekalkan oleh Kem. Pelajaran merupakan antivirus berbayar. Tidak perlu saya nyatakan nama antivirus tersebut. Apa yang pasti saya menggunakan antivirus Avast Home Free Edition dan virus tersebut dapat dihalang daripada menjangkiti komputer saya.

Cerita ini berlaku apabila salah seorang staff menghadapi masalah tersebut dan meminta juruteknik menyelesaikan masalahnya tetapi jawapan juruteknik: “boleh buka file tersebut tetapi tidak dapat unhidden file tersebut”. Inilah masalah apabila orang yang dilantik tidak mempunyai ilmu yang secukupnya sedangkan apa sahaja masalah pada komputer termasuk masalah yang disebabkan oleh virus ada jalan penyelesaiannya.

Di sini saya berikan cara untuk membolehkan file yang dihidden untuk unhidden (mengaktifkan semula fungsi checkbox pada properties file tersebut).

  1. Pertama sekali, pastikan drive yang dijangkiti virus tersebut dan pastikan virus tersebut dah dipadamkan daripada drive tersebut menggunakan antivirus.
  2. Pastikan drive path bagi drive tersebut. Sebagai contoh, pen drive menggunakan drive path H:
  3. Klik butang start -> klik Run…
  4. Taip command di dalan text area open:
  5. Anda akan mendapati Window DOS berwarna hitam.
  6. Taip drive path pen drive anda. Contoh taipkan H:\
  7. Selepas itu taipkan arahan attrib -h -s *
  8. File anda akan kelihatan semula di dalam pen drive anda.

Sebenarnya pada masa zaman IT, tiada istilah I don’t know how to do that kerana sekiranya anda tidak tahu cara menyelesaikan masalah, google sahaja di internet. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak pelbagai dalih.

Problems: Windows XP SP3 dan Microsoft HD Audio UAA (Update 3)

Written in 28-9-2009 by Noorazlan | 114 Comments

Windows_XP_LogoMasalah ini sering berlaku di antara High Definition Audio dan Windows XP Service Pack 3 yang mana Windows XP tidak dapat mengenal pasti driver bagi device High Definition Audio Bus. Masalah ini saya temui di laptop salah seorang sahabat saya yang meminta bantuan saya apabila audio dilaptop beliau telah hilang. Sebenarnya ianya pernah terjadi pada pc saya apabila saya install Windows XP integrated SP3, audio saya tidak berfungsi dan pada awalnya saya menyangka mobo saya bermasalah. Lalu saya hantar ke vendor dan pihak vendor menyatakan driver HDA tidak berfungsi pada Windows XP SP3. So saya google di internet dan mendapat solution dia. Hari ini saya akan kongsikan teknik yang saya kira amat mudah ini dengan anda semua. (Terima kasih kepada boredsystemadmin.com yang memberikan penyelesaian masalah ini).

Ikuti langkah demi langkah ini:

  1. Download kb8881111sp2.exe (HDA patch untuk Windows XP Service Pack 2)
  2. Klik Run -> taip regedit
  3. Pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Windows
  4. Cari CSDVersion dan tukar nilai 300 kepada 200. 300 bermaksud SP3 dan 200 bermaksud SP2.
  5. Restart sistem anda.
  6. Install kb888111sp2.exe sehingga selesai (terdapat di dalam folder MSHDQFE/Win2K_XP) serta masukkan driver high definition audio anda yang terdapat pada folder WDM dan masukkan juga file driver modem anda yang dibekalkan oleh vendor anda.
  7. Ubah CSDVersion kembali kepada nilai 300.
  8. Restart sistem anda.
  • Berjaya dicuba pada: Realtek HD, Audio Devices HD, VIA HD,  Onboard AMD(ATI) x1250 video dan modem Windows XP Driver.