My Blog For ICT Information And Education.
Hardware
Install Driver Di Linux
Mar 22nd
Saya menerima permintaan daripada salah seorang pembaca blog saya berkaitan teknik memasang driver IBM DDS Generation 6 USB Tape Drive di operating system Linux. Kaedah pemasangan IBM DDS Generation 6 USB Tape Drive dengan device yang lain adalah sama. Bagaimanapun saya memberikan teknik memasang driver bagi device IBM DDS Generation 6 USB Tape Drive sebagai memenuhi permintaan daripada pembaca. Buat pengetahuan anda, Linux mengenalpasti device baru seperti mana operating system windows cuma anda perlu melaksanakan arahan hwinfo ataupun lshw pada terminal/console anda. Untuk kes IBM DDS Generation 6 anda boleh melaksanakan arahan lshw -class disk pada terminal/console. Walau bagaimanapun, ikuti teknik di bawah ini bagi memasang driver anda.
- Dapatkan driver anda di web provider. Sebagai contoh bagi device IBM DDS Generation 6, anda boleh dapatkan driver tersebut daripada ftp://ftp.software.ibm.com/storage/devdrvr/Linux/lin_tape_source-lin_taped/lin_taped kemudian pilih distro anda dan download driver yang anda perlukan.
- Setelah selesai melakukan download, taipkan pada terminal / console anda dengan arahan chmod a+x nama file. Sebagai contoh taipkan chmod a+x lin_taped-1.34.0-rhel5.i386.rpm.bin untuk membolehkan anda melakukan pelaksanaan arahan pada file tersebut.
- Selepas itu taipkan di console/terminal dengan arahan ./lin_taped-1.34.0-rhel5.i386.rpm.bin dan ikut sahaja arahan yang diberikan.
- Selesai melakukan pemasangan driver tersebut, anda lakukan restart pada sistem anda.
Pada kebiasaannya, pihak yang mengeluarkan device tersebut akan menyediakan cara dan teknik bagi memasang driver bagi device tersebut di dalam linux. Bagaimanapun penerangan yang ringkas ini semoga dapat membantu serba sedikit di dalam menyelesaikan masalah anda.
Teknologi Fiber Optic : Pengenalan Umum
Feb 24th
Fiber optic merupakan sebuah teknologi yang menggunakan kaca (atau plastik) benang (serat) untuk menghantar data. Sebuah kabel fiber optic terdiri daripada seikat benang kaca yang masing-masing mampu memancarkan mesej diatur ke gelombang cahaya.
Gentian optik mempunyai beberapa keunggulan dibandingkan dengan logam tradisional komunikasi baris.
- Kabel fiber optic mempunyai jauh lebih besar bandwidth daripada kabel logam. Ini bermakna bahawa mereka boleh membawa lebih banyak data.
- Kabel fiber optic kurang terdedah daripada gangguan berbanding kabel logam.
- Kabel fiber optic jauh lebih tipis dan ringan daripada kabel logam.
- Data boleh dihantar secara digital (bentuk alami untuk data komputer) daripada analog.
Masalah utama daripada serat optik adalah harga kabel yang mahal untuk pemasangan. Selain itu, ianya lebih rapuh berbanding kawat dan sukar untuk membuat penyambungan.
Fiber optic adalah teknologi yang sangat popular untuk LAN (Local Area Network). Selain itu, syarikat telefon kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Di masa depan, hampir semua komunikasi akan menggunakan fiber optic.
Fiber optic adalah sebuah kaca atau plastik serat yang membawa cahaya sepanjang kabel. Fiber optic adalah tumpang tindih ilmu gunaan dan teknik berkaitan dengan rekabentuk dan pelaksanaan fiber optic. Fiber optic banyak digunakan dalam komunikasi fiber optic, yang membolehkan penghantaran melalui jarak yang lebih jauh dan lebih qualiti bandwidth (data rates) daripada bentuk-bentuk komunikasi lain. Fiber digunakan sebagai pengganti logam kabel kerana isyarat di kabel logam akan berkurangan untuk jarak yang jauh, dan gangguan elektromagnet juga menjadi faktor kemerosotan isyarat apabila menggunakan kabel logam. Fiber juga digunakan dengan cara menghantar data secara pukal sehingga ianya boleh digunakan untuk membawa foto, dan melalui ruangan yang sesak. Fiber yang direka secara khusus digunakan untuk pelbagai aplikasi lain, termasuk sensor dan fiber laser.
Cahaya adalah disimpan di ‘core’ di dalam fiber optic oleh keseluruhan pantulan dalaman. Hal ini menyebabkan fiber bertindak sebagai Waveguide. Fiber yang menyokong banyak mode disebut fiber multi-mode (MMF), sekiranya ia hanya boleh menyokong satu mode, fiber ini akan dipanggil fiber mode tunggal (SMF). Fiber Multi-mode umumnya memiliki diameter ‘core’ yang lebih besar, dan digunakan untuk capaian komunikasi jarak pendek dan untuk aplikasi di mana kekuatan qualiti mesti diperolehi. Fiber Single-mode digunakan bagi kebanyakan komunikasi yang jauh lebih daripada 550 meter (1.800 kaki).
Untuk artikel yang akan datang, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan fiber optic.
Problems: Windows XP SP3 dan Microsoft HD Audio UAA (Update 3)
Sep 28th
Masalah ini sering berlaku di antara High Definition Audio dan Windows XP Service Pack 3 yang mana Windows XP tidak dapat mengenal pasti driver bagi device High Definition Audio Bus. Masalah ini saya temui di laptop salah seorang sahabat saya yang meminta bantuan saya apabila audio dilaptop beliau telah hilang. Sebenarnya ianya pernah terjadi pada pc saya apabila saya install Windows XP integrated SP3, audio saya tidak berfungsi dan pada awalnya saya menyangka mobo saya bermasalah. Lalu saya hantar ke vendor dan pihak vendor menyatakan driver HDA tidak berfungsi pada Windows XP SP3. So saya google di internet dan mendapat solution dia. Hari ini saya akan kongsikan teknik yang saya kira amat mudah ini dengan anda semua. (Terima kasih kepada boredsystemadmin.com yang memberikan penyelesaian masalah ini).
Ikuti langkah demi langkah ini:
- Download kb8881111sp2.exe (HDA patch untuk Windows XP Service Pack 2)
- Klik Run -> taip regedit
- Pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Windows
- Cari CSDVersion dan tukar nilai 300 kepada 200. 300 bermaksud SP3 dan 200 bermaksud SP2.
- Restart sistem anda.
- Install kb888111sp2.exe sehingga selesai (terdapat di dalam folder MSHDQFE/Win2K_XP) serta masukkan driver high definition audio anda yang terdapat pada folder WDM dan masukkan juga file driver modem anda yang dibekalkan oleh vendor anda.
- Ubah CSDVersion kembali kepada nilai 300.
- Restart sistem anda.
- Berjaya dicuba pada: Realtek HD, Audio Devices HD, VIA HD, Onboard AMD(ATI) x1250 video dan modem Windows XP Driver.
Cache Memory Dan Kepentingannya
May 7th

Central Processing Unit (CPU)
Cache merupakan ingatan yang sangat tinggi yang terbina di dalam central processing unit (CPU), atau lebih dikenali sebagai processor. Ada juga cache yang dibina diluar CPU menggunakan slot khas. L2 cache memory ialah singkatan Level 2 Cache Memory. L2 Cache ini ianya dibina berasingan tetapi di dalam binaan CPU. Ini membolehkan CPU memperoses data dengan lebih laju lagi disebabkan tidak perlu menghantar ingatan ke Random Access Memory (RAM). L2 Cache mempunyai ingatan yang lebih baik dan laju berbanding RAM yang ada di komputer. Bagi L1 Cache, ianya merupakan ingatan pada CPU itu sendiri manakala L3 cache pula ianya dibina diluar CPU dan mempunyai cipnya yang tersendiri.

Rajah Struktur CPU AMD Opteron

Prestasi Bagi Intel QuadCore

Carta Bagi AMD Athlon 64
Ada juga yang bertanya saya, mengapa perlu ada cache memory? Cache memory berfungsi menyimpan ingatan sementara bagi semua proses yang dijalankan oleh CPU. Ini membolehkan ingatan dihantar dengan cepat kerana jarak antara CPU dan cache ini lebih dekat berbanding CPU dan RAM. Semua kerja yang dilakukan di dalam CPU akan disimpan di L2 cache untuk sementara sehinggalah CPU mengarahkan cache memory ini menghantar data dalam bentuk bit ke dalam RAM.
RAM pula merupakan ingatan yang lebih laju berbanding hard disk. Segala tugasan yang diproses oleh CPU akan dihantar ke RAM apabila muatan di cache memory penuh. Cache memory hanya akan menyimpan data yang baru sahaja. Manakala RAM akan menyimpan data untuk satu jangkamasa sehingga arahan diberikan untuk menghantar data tersebut ke hard disk (ingatan kekal).
Pada masa kini, L2 cache bagi sesetengah CPU mencapai sehingga 12MB, ini akan dapat membantu CPU memperoses data dengan lebih laju lagi. Jadi CPU yang bagaimana diperlukan pada masa kini? Pastikanlah CPU yang digunakan mempunyai L2 cache yang terbina di dalamnya mempunyai kapasiti sekurang – kurangnya 1MB bagi mendapatkan prestasi komputer lebih baik berbanding CPU yang mempunyai L2 cache kurang daripada 1MB.
*Untuk makluman: CPU bermaksud Processor seperti Intel Pentium 4, AMD dan sebagainya. Sesetengah orang mempunyai kefahaman unit komputer adalah CPU. Kefahaman ini adalah salah kerana keseluruhan unit komputer yang terdiri daripada mainboard, CPU, RAM, HDD dan lain – lainnya bukanlah pusat kepada pemprosesan data (Central Processing Unit).
Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel’s Open Source Technology, telah mengumumkan di 









Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr