Operating System

Sistem Operasi Komputer

Pengenalan Kepada Shell Di Dalam Linux

Sudah beberapa hari saya tidak menulis artikel. Sebenarnya saya bercuti sempena hari Hol Almarhum  Sultan Johor. Jadi bila saya kembali ke rumah dan kembali bertugas, saya terfikir ada baiknya saya menulis satu artikel berkaitan shell kerana ianya satu program yang penting bagi pengguna linux. Artikel ini sebenarnya saya tulis untuk pengguna linux yang baru ataupun bagi sesiapa yang baru hendak mengenali linux dan mencubanya. Bagi yang dah expert, tak perlulah baca artikel ini.

Apakah dia shell?

Shell ialah satu program yang membolehkan kita menulis arahan menggunakan keyboard untuk diberikan kepada operating system bagi membolehkan arahan tersebut dilaksanakan. Pada masa lalu, shell merupakan satu – satunya antaramuka yang ada kepada komputer Unix (*Nix) tetapi kini pengguna komputer Unix mempunyai GUI bagi tambahan kepada command line interfaces (CLIs) termasuk shell.

Kebanyakan program di dalam linux memanggilnya sebagai bash (Bourne Again SHell – versi terkini bagi Bourne shell – sh yang ditulis oleh Steve Bourne) bertindak sebagai shell. Terdapat juga program tambahan untuk shell di dalam linux sebagai ganti bash  iaitu ksh, tcsh, zsh.

Apakah yang dimaksudkan dengan, xterm gnome-terminal, Konsole, dll?

Ia disebut “terminal emulator.” Ianya adalah program yang menempatkan tetingkap dan membiarkan anda berinteraksi dengan shell. terdapat beberapa emulator terminal yang boleh anda gunakan. Kebanyakan distro Linux menyediakan beberapa tawaran, seperti: xterm , rxvt , Konsole, kvt, gnome-terminal, nxterm, dan eterm.

250px-Wine_Configuration

Menggunakan Aplikasi Windows Base Di Linux

Di dalam pemerhatian saya antara sebab mengapa pengguna kurang berminat menggunakan operating system Linux adalah disebabkan kurang sokongan daripada pengeluar aplikasi komersial yang menyediakan aplikasi untuk kegunaan Linux. Ini disebabkan Linux itu sendiri duduk di bawah perisian Open Source. Oleh itu, telah lama wujud kesedaran oleh pembangun perisian open source yang menyediakan aplikasi untuk kemudahan Linux bagi mengatasi masalah ini. Antara yang menyedari dan aktif membantu pengguna bagi menggunakan aplikasi di bawah Windows ialah wine.

Wine merupakan aplikasi Linux yang emulate environment Windows untuk menjalankan aplikasi Windows. Wine dicipta untuk memudahkan aplikasi Windows di tulis dan disesuaikan supaya boleh juga dijalankan dalam platform Linux. Wine juga dicipta untuk membolehkan aplikasi popular Windows dijalankan di dalam mesin Linux. Program Wine boleh didapati dalam 2 kategori iaitu dari segi bukan komersil dan komersil. Wine yang asal adalah dari Winehq iaitu aplikasi  open source manakala Transgaming adalah salah satu syarikat yang fokus kepada permainan Windows yang di jalankan atas Wine manakala Codeweavers adalah pakar dalam meletakkan program(applikasi) Windows atas Linux. Walau macamanapun wine yang paling popular digunakan ialah wine yang telah dikeluarkan oleh Winehq.

Wine menyediakan software library yang dikenali sebagai winelib. yang mana ia dapat membantu pembangun perisian melakukan compile pada aplikasi Windows di dalam persekitaran *nix.

Wine ialah singkatan kepada Wine Is Not an Emulator. Ia berermula pada 1993 oleh Bob Amstadt (ketua projek) dan Eric Youngdale yang mendapat inspirasi daripada 2 produk Sun Microsystem iaitu Wabi bagi kegunaan Solaris dan Public Windows Initiative. Wine pada asalnya mensasarkan perisian aplikasi bagi Windows 3.x (16 bit) dan kini memfokuskan kepada perisian 32 bit dan 64 bit yang sesuai dengan keadaan semasa. Pada ketika ini wine masih belum sempurna keseluruhannya tetapi sudah boleh digunakan bagi sebilangan aplikasi Windows.

Bagaimana memasang wine di dalam Operating System Linux anda?

Sebenarnya begitu mudah, anda boleh meminta Linux anda memasangnya dengan cara:

$yum install wine wine-devel (wine-devel <– saya lebih gemar memasang perisian berserta versi develepment tetapi wine-devel tidak menjadi kemestian untuk memasangnya).

atau

$apt-get install wine wine-devel

Selepas selesai memasang wine, anda dikehendaki melakukan download aplikasi tambahan iaitu winetricks. Winetricks ialah perisian bagi membantu anda menjalankan sesebahagian aplikasi Windows di dalam Linux. Laksanakan command seperti di bawah ini:

wget http://www.kegel.com/wine/winetricks

Manjalankan winetricks (contoh):

sh winetricks corefonts vcrun6

Pilihan di dalam winetricks:

This script can help you prepare your system for Windows applications
that mistakenly assume all users' systems have all the needed redistributable runtime libraries or fonts.
Some options require the Linux 'cabextract' program.
Options:
 -q         quiet.  You must have already agreed to the EULAs.
 -v         verbose
 -V         display Version
Packages:
 7zip            7-zip file archiver
 adobeair        Adobe AIR runtime
 art2kmin        MS Access 2007 runtime
 atmlib          Adobe Type Manager. Needed for Adobe CS4
 autohotkey      Autohotkey (open source gui scripting language)
 cmake           CMake, the cross-platform, open-source build system
 colorprofile    Standard RGB color profile
 comctl32        MS common controls 5.80
 comctl32.ocx    MS comctl32.ocx and mscomctl.ocx, comctl32 wrappers for VB6
 controlpad      MS ActiveX Control Pad
 corefonts       MS Arial, Courier, Times fonts
 cygwin          Unix apps for Windows (needed by some build scripts)
 d3dx9           MS d3dx9_??.dll (from DirectX 9 user redistributable)
 d3dx9_28        MS d3dx9_28.dll
 d3dx9_36        MS d3dx9_36.dll
 d3dx10          MS d3dx10_??.dll (from DirectX user redistributable)
 d3dxof          MS d3dxof.dll (from DirectX user redistributable)
 dcom98          MS DCOM (ole32, oleaut32); requires Windows 98 license, but does not check for one
 dinput8         MS dinput8.dll (from DirectX 9 user redistributable)
 dirac0.8        the obsolete Dirac 0.8 directshow filter
 directmusic     MS DirectMusic (from DirectX 9 user redistributable)
 directplay      MS DirectPlay (from DirectX 9 user redistributable)
 directx9        MS DirectX 9 user redistributable (not recommended! use d3dx9 instead)
 directx9-beta   MS DirectX 9 user redistributable - beta verb (not recommended! use d3dx9 instead)
 divx            divx video codec
 dotnet11        MS .NET 1.1 (requires Windows license, but does not check for one)
 dotnet20        MS .NET 2.0 (requires Windows license, but does not check for one)
 dotnet20sp2     MS .NET 2.0 sp2 (requires Windows license, but does not check for one)
 dotnet30        MS .NET 3.0 (requires Windows license, but does not check for one, might not work yet)
 droid           Droid fonts (on LCD, looks better with fontsmooth-rgb)
 ffdshow         ffdshow video codecs
 firefox         Firefox web browser
 flash           Adobe Flash Player ActiveX and firefox plugins
 fm20            MS Forms 2.0 Object Library
 fontfix         Fix bad fonts which cause crash in some apps (e.g. .net).
 fontsmooth-bgr        Enables subpixel smoothing for BGR LCDs
 fontsmooth-disable    Disables font smoothing
 fontsmooth-gray       Enables grayscale font smoothing
 fontsmooth-rgb        Enables subpixel smoothing for RGB LCDs
 gdiplus         MS gdiplus.dll
 gecko-dbg       The HTML rendering Engine (Mozilla), with debugging symbols
 gecko           The HTML rendering Engine (Mozilla)
 hosts           Adds empty C:\windows\system32\drivers\etc\{hosts,services} files
 ie6             Microsoft Internet Explorer 6.0
 ie7             Microsoft Internet Explorer 7.0
 jet40           MS Jet 4.0 Service Pack 8
 kde             KDE for Windows installer
 liberation      Red Hat Liberation fonts (Sans, Serif, Mono)
 mdac25          MS MDAC 2.5: Microsoft ODBC drivers, etc.
 mdac27          MS MDAC 2.7
 mdac28          MS MDAC 2.8
 mfc40           MS mfc40 (Microsoft Foundation Classes from Visual C++ 4)
 mfc42           MS mfc42 (same as vcrun6 below)
 mingw-gdb       GDB for MinGW
 mingw           Minimalist GNU for Windows, including GCC for Windows!
 mono20          mono-2.0.1
 mono22          mono-2.2
 mono24          mono-2.4
 mono26          mono-2.6
 mozillabuild    Mozilla build environment
 mpc             Media Player Classic
 mshflxgd        MS Hierarchical Flex Grid Control
 msi2            MS Installer 2.0
 msls31          MS Line Services 3.1 (needed by native riched?)
 msmask          MS Masked Edit Control
 mspaint         MS Paint (gotta draw stick figures somehow...)
 msscript        MS Script Control
 msxml3          MS XML version 3
 msxml4          MS XML version 4
 msxml6          MS XML version 6
 ogg             ogg filters/codecs: flac, theora, speex, vorbis, schroedinger
 ole2            MS 16 bit OLE
 openwatcom      Open Watcom C/C++ compiler (can compile win16 code!)
 pdh             MS pdh.dll (Performance Data Helper)
 physx           NVIDIA/AGEIA PhysX runtime
 psdk2003        MS Platform SDK 2003
 psdkvista       MS Vista SDK (does not install yet)
 psdkwin7        MS Windows 7 SDK (installing just headers and c++ compiler works)
 python26        Python 2.6.2 (and pywin32)
 python-comtypes Python 0.6.1-1 comtypes package
 quartz          quartz.dll (from Directx 9 user redistributable)
 quicktime72     Apple Quicktime 7.2
 riched20        MS riched20 and riched32
 riched30        MS riched30
 richtx32        MS Rich TextBox Control 6.0
 shockwave       Adobe Shockwave Player
 steam           Steam Client App from Valve
 tahoma          MS Tahoma font (not part of corefonts)
 urlmon          MS urlmon.dll
 usp10           MS usp10.dll (Uniscribe)
 vb2run          MS Visual Basic 2 runtime
 vb3run          MS Visual Basic 3 runtime
 vb4run          MS Visual Basic 4 runtime
 vb5run          MS Visual Basic 5 runtime
 vb6run          MS Visual Basic 6 Service Pack 6 runtime
 vc2005express   MS Visual C++ 2005 Express
 vc2005expresssp1 MS Visual C++ 2005 Express SP1 (does not work yet)
 vc2005sp1       MS Visual C++ 2005 Service Pack 1 and ATL fix (install trial 1st)
 vc2005hotfix    MS Visual C++ 2005 hotfixes (install sp1 1st)
 vc2005trial     MS Visual C++ 2005 Trial
 vcrun2003       MS Visual C++ 2003 libraries (mfc71,msvcp71,msvcr71)
 vcrun2005       MS Visual C++ 2005 sp1 libraries (mfc80,msvcp80,msvcr80)
 vcrun2008       MS Visual C++ 2008 libraries (mfc90,msvcp90,msvcr90)
 vcrun6          MS Visual C++ 6 sp4 libraries (mfc42, msvcp60, msvcrt)
 vcrun6sp6       MS Visual C++ 6 sp6 libraries (mfc42, msvcp60, msvcrt; 64 MB download)
 vjrun20         MS Visual J# 2.0 SE libraries (requires dotnet20)
 vlc             VLC media player
 wenquanyi       WenQuanYi CJK font (on LCD looks better with fontsmooth-rgb)
 wininet         MS wininet.dll (requires Windows license, but does not check for one)
 wme9            MS Windows Media Encoder 9 (requires Windows license, but does not check for one)
 wmp10           MS Windows Media Player 10 (requires Windows license, but does not check for one)
 wmp9            MS Windows Media Player 9 (requires Windows license, but does not check for one)
 wsh56js         MS Windows scripting 5.6, jscript only, no cscript
 wsh56           MS Windows Scripting Host 5.6
 wsh56vb         MS Windows scripting 5.6, vbscript only, no cscript
 xact            MS XACT Engine (x3daudio?_?.dll, xactengine?_?.dll)
 xvid            xvid video codec
Pseudopackages:
 allfonts        All listed fonts (corefonts, tahoma, liberation)
 allcodecs       All listed codecs (xvid, ffdshow)
 ddr=gdi         Set DirectDrawRenderer to GDI (default)
 ddr=opengl      Set DirectDrawRenderer to OpenGL
 dsoundbug9612   Use DirectSound MaxShadowSize=0 workaround for bug #9612
 fakeie6         Set registry to claim IE6sp1 is installed
 glsl-disable    Disable GLSL use by Wine Direct3D
 glsl-enable     Enable GLSL use by Wine Direct3D (default)
 heapcheck       Enable heap checking
 multisampling=enabled  Enable Direct3D multisampling
 multisampling=disabled Disable Direct3D multisampling (default)
 native_mdac     Override odbc32, odbccp32 and oledb32
 native_oleaut32 Override oleaut32
 nocrashdialog   Disable the graphical crash dialog
 orm=backbuffer  Registry tweak: OffscreenRenderingMode=backbuffer
 orm=fbo         Registry tweak: OffscreenRenderingMode=fbo (default)
 orm=pbuffer     Registry tweak: OffscreenRenderingMode=pbuffer
 rtlm=auto       Set RenderTargetLockMode to auto (default)
 rtlm=disabled   Set RenderTargetLockMode to disabled
 rtlm=readdraw   Set RenderTargetLockMode to readdraw
 rtlm=readtex    Set RenderTargetLockMode to readtex
 rtlm=texdraw    Set RenderTargetLockMode to texdraw
 rtlm=textex     Set RenderTargetLockMode to textex
 sandbox         Sandbox the wineprefix - remove links to ~
 sound=alsa       Set sound driver to ALSA
 sound=audioio    Set sound driver to AudioIO
 sound=coreaudio  Set sound driver to CoreAudio
 sound=esd        Set sound driver to Esound
 sound=jack       Set sound driver to Jack
 sound=nas        Set sound driver to Nas
 sound=oss        Set sound driver to OSS
 sound=disabled   Disable sound
 strictdrawordering=enabled Enable StrictDrawOrdering (default)
 strictdrawordering=disabled Disable StrictDrawOrdering
 nt40            Set windows version to nt40
 win98           Set windows version to Windows 98
 win2k           Set windows version to Windows 2000
 winxp           Set windows version to Windows XP
 vista           Set windows version to Windows Vista
 win7            Set windows version to Windows 7
 winver=         Set windows version to default (winxp)
 volnum          Rename drive_c to harddiskvolume0 (needed by some installers)
 mwo=force       Set MouseWarpOverride to force (needded by some games
 mwo=enabled     Set MouseWarpOverride to enabled (default)
 mwo=disabled    Set MouseWarpOverride to disabled
 npm-repack      Set NonPower2Mode to repack
 psm=on          Set PixelShaderMode to enabled
 psm=off         Set PixelShaderMode to disabled
 vsm-hard        Set VertexShaderMode to hardware

Anda juga boleh melaksanakan arahan winetricks tanpa perlu menggunakan arahan sh dengan cara:

chmod +x winetricks
sudo mv winetricks /usr/local/bin

Bagaimana anda ingin melakukan installation?

Caranya mudah. Klik kanan pada butang mouse anda pada file .exe seperti setup.exe dan pilih Open with Wine Windows Program Loader. Selepas itu proses installation akan dilakukan seperti anda melakukannya di dalam Microsoft Windows.

Rujukan:

http://www.winehq.org
http://appdb.winehq.org/
pc-bsd

PC-BSD: Berjinak – jinak Menggunakan OS BSD (Review)

Hari ini saya ingin menyentuh perihal PC-BSD. Biasanya saya suka berbincang berkaitan Linux samada redhat base mahupun debian base. Tetapi hari ini saya ingin memberikan maklumat yang baru kepada pembaca sekalian berkaitan BSD.

Berkeley Software Distribution (BSD, kadang – kadang dipanggil Berkeley Unix) ialah sistem operasi (OS) unix dibangunkan oleh Computer Systems Research Group (CSRG) di University of California, Berkeley, dari 1977 sehingga 1995. Apa yang nyata, BSD merupakan cawangan kepada OS unix yang dikenali sebagai BSD UNIX kerana ia menggunakan kod asal yang dibangunkan oleh AT&T Unix operating system.

Seterusnya saya ingin terus menyentuh perihal PC-BSD yang agak jarang digunakan oleh pengguna komputer di Malaysia. Seperti sedia maklum, pengguna di Malaysia masih lagi aktif menggunakan OS Microsoft Windows walaupun terpaksa membayar sejumlah wang yang besar. Sebahagian pula menggunakan Linux yang semakin mudah digunakan. Jarang sekali kita melihat penggunaan BSD bagi komputer peribadi di rumah. Mungkin selepas membaca artikel ini, pembaca blog saya mula memikirkan untuk menggunakan PC-BSD.

Saya memilih PC-BSD ini kerana ingin memberikan pendedahan kepada pembaca berkaitan BSD. Sekiranya saya memilih NetBSD ataupun FreeBSD, mungkin ramai yang kurang berminat disebabkan kesukaran seawal melakukan installation. Istimewa PC-BSD ini ialah pengguna boleh melakukan ujian dengan menggunakan LiveCD. Inilah satu – satunya BSD yang menyediakan LiveCD dan daripada LiveCD ini pengguna dapat melakukan installation dengan mudah. Malah pengguna diberikan pilihan untuk memilih PC-BSD ataupun FreeBSD.(Selain PC-BSD, OpenSolaris juga menyediakan LiveCD untuk OS Solaris yang dibangunkan oleh Oracle).

Antara yang ditawarkan oleh PC-BSD ialah:

1. Antara muka (Interface) KDE4. Bagaimanapun anda boleh memasang GUI yang lain seperti Gnome dan sebagainya.

2. Aplikasi lain seperti Mozilla, Thunderbird, Opera, OpenOffice dan banyak lagi.

3. Dapat membaca partition NTFS dan Fat 16/32.

Paparan desktop bagi PC-BSD.

PC-BSD ini agak berlainan dengan FreeBSD untuk membuat ‘updating’ sistem. Di dalam FreeBSD, biasanya menggunakan arahan portmaster, bagi PC-BSD arahan yang digunakan ialah portupgrade.

Terdapat juga beberapa kelemahan di dalam PC-BSD yang mana ianya agak perlahan di dalam capaian network. Tetapi tidaklah sehingga tahap mengecewakan. Apa yang pasti perubahan yang dilakukan di dalam PC-BSD sangat baik di mana ketika proses boot, ianya sudah menyamai perkembangan bagi Linux yang menggunakan grafik sebagai paparan kepada pengguna.

Tidak dapat disangkal lagi, saya lebih tertarik dengan PC-BSD berbanding FreeBSD yang masih mengekalkan konsep tradisional BSD sebagaimana NetBSD dan BSD yang lain. Perkembangan ini saya rasakan boleh menjadi pemangkin kepada penggunaan BSD untuk pengguna di rumah. Lebih – lebih lagi PC-BSD tiada mempunyai masalah dengan driver-driver yang biasanya gagal dilaksanakan oleh *nix yang lain seperti OpenSolaris dan BSD yang lain.

Selamat mencuba!

vps

Mengenali Virtual Server (Server Maya)

Virtual server juga dikenali sebagai virtual private server (VPS) atau virtual dedicated server (vds). Ianya merupakan proses virtualisasi dari lingkungan software operating system (OS) yang dipergunakan oleh server. Disebabkan lingkungan ini merupakan lingkungan virtual, hal tersebut memungkinkan untuk menginstall OS yang dapat dijalankan di dalam OS yang lain.

VPS adalah server yang tidak melakukan interaksi langsung dengan hardware, dan tidak berhubungan satu sama lain antara VPS dalam sebuah node. Server ini beroperasi secara virtual (maya) kerana berdiri sendiri terhadap hardware dan private kerana terasing dari server virtual lainnya yang terdapat dalam node tersebut. VPS juga adalah suatu teknologi bagi server berupa OS dan software yang memungkinkan mesin komputer dengan kapasiti besar dipecahkan ke beberapa virtual mesin. Setiap virtual mesin ini boleh melayani operating system dan software secara sendiri.

Penyelesaian

Sistem tradisional shared hosting yang sering kita gunakan memiliki banyak keterbatasan pada aplikasi yang berjalan disebabkan user hanya mempunyai hak akses sebagai level user biasa. Jika user ingin memperoleh akses aplikasi dan resource yang lebih maka perlu melakukan ‘upgrade’ ke Dedicated Server, hal ini menyebabkan kos yang tinggi berdasarkan harga dedicated server dengan hardware dan sewa lokasi data center. Dengan menggunakan teknologi Virtual Private Server (VPS) akan memberikan penyelesaian antara kewangan yang rendah, resource system dan level user tinggi.

Siapa Yang Menggunakannya?

Banyak manfaat yang dapat diperolehi dengan adanya teknologi VPS ini. Berikut merupakan contoh penggunaan secara efisyen:

  1. Web Hosting – Salah satu penggunaan VPS yang sering kita temui ialah untuk kegunaan web hosting. Ianya sesuai dengan penggunaan menengah dan korporat yang mana konfigurasi memerlukan level superuser untuk aplikasi yang digunakan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan web hosting dengan peruntukkan kewangan yang agak terbatas.
  2. Application Hosting – memungkinkan untuk melaksanakan custom mission critical software tanpa harus mengeluarkan bugdet yang mahal. Melakukan outsource development aplikasi juga sudah menjadi trend untuk mengawal budget sehingga pelaburan jauh lebih efisyen.
  3. Development / Test Environments – VPS juga boleh membantu menjalankan network development testing secara efisyen terhadap beberapa OS dan ip address public dengan mudah, connection secara remote untuk reboot dan penggantian interface dapat dilaksanakan dengan cepat.
  4. Educational Outpost – VPS boleh juga untuk tujuan eksperimen bagi UNIX Operating System dan Windows Operating system dengan pelbagai distro dalam satu masa. Membolehkan proses ekperimen lebih seragam dan lebih mudah untuk membuat perbandingan.
  5. Keperluan Backup Server – Keperluan untuk menyediakan backup server adalah penting bagi kelancaran operasi sesebuah organisasi meliputi web, mail, file dan database. Ianya dapat mengurangkan risiko kehilangan dan kerosakan data bagi sesebuah organisasi.

Software bagi VPS/VDS

  • Xen – software open source yang digunakan oleh OS *nix. Siap sedia dipasang di dalam Linux bagi membolehkan pengguna membuat virtualization.
  • Open VZ – antara software yang popular digunakan oleh penyedia perkhidmatan VPS menggunakan OS *nix sebagai platform pada masa kini. Ianya percuma dan lebih stabil pada masa ini.
  • VMware – Telah bermula semenjak 1998 di Palo Alto, California oleh EMC Corporation (NYSE: EMC). Boleh digunakan di platform Microsoft Windows, Linux dan juga Mac OSX. VMware enterprise software, VMware ESX Server dilaksanakan terus kepada hardware tanpa memerlukan OS yang lain.
  • Aplikasi lain antaranya: Bochs, QEMU, z/VM, User-mode Linux, coLinux, Linux-Vserver, Linux KVM, IBM trial software, UML, Parallels Workstation, Parallels Desktop for Mac, VirtualBox, Virtual Iron, Oracle VM, Virtual PC, Virtual Server, Hyper-V, VMware Workstation, VMware Server (formerly GSX Server), Adeos, Mac-on-Linux, Win4BSD, Win4Lin Pro, Egenera vBlade technology, VMware Fusion, Microsoft Virtual PC, Parallels Desktop for Mac,VirtualBox, dan Parallels Workstation.
logo-opensource

2010: Kempen Menggunakan OS Linux

Kini kita berada di tahun 2010 dan pelbagai perubahan teknologi yang telah disajikan kepada kita. Namun masih terdapat di dalam pemikiran sesetengah daripada kita yang tidak mahu beralih daripada penggunaan operating system Microsoft Windows. Ini mungkin disebabkan sudah terlalu lama mereka ini disajikan dengan MS Windows ini sehingga ada yang berpendapat tak lengkap sesebuah komputer seandainya tidak menggunakan MS Windows. Yang lebih menarik ialah mereka sanggup menggunakan perisian tiruan (pirate) untuk kegunaan harian dan sanggup juga menghadapi virus yang semakin hari semakin banyak menyerang OS MS Windows ini.

Tahun 2010 ini saya ingin menjalankan kempen menggunakan OS Linux kepada semua warga Malaysia secara amnya dan semua organisasi kerajaan yang ada sekarang. Ini sejajar dengan budget yang kecil pada tahun ini bagi semua organisasi kerajaan. Dengan menggunakan Linux, kita dapat menjimatkan kos berpuluh juta ringgit bagi setiap tahun. Di bawah ini saya terangkan secara ringkas berkaitan OS Linux kepada sesiapa yang masih tidak memahami apakah Linux.

OS (Operating System):

Linux merupakan salah satu sistem operasi (operating system) yang berfungsi seperti MS Windows. Sesebuah komputer hanya akan menjalankan 1 OS di dalam satu masa meskipun terdapat konsep mesin maya (virtual machine) pada masa kini. Mesin maya hanya berfungsi secara maya manakala komputer hanya akan menggunakan 1 OS sebagai fungsi kawalannya.

Lesen:

Linux adalah di bawah GPL (General Public License) yang mana ianya memberikan kebenaran pengguna menggunakan secara percuma OS mereka dan mendedahkan source code (kod sumber) mereka kepada umum yang ingin mengkaji OS mereka. Hal ini tidak berlaku bagi pengguna MS Windows yang terpaksa membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan lesen bagi menggunakannya.

Virus:

Saya tidak menafikan terdapat juga virus di dalam Linux tetapi kebarangkalian yang kecil serangan virus terhadap OS Linux berbanding virus OS MS Windows. Kini dianggarkan hanya sejumlah 863 virus (virus, Trojans, dan apa – apa sahaja yang menyerang Linux) berbanding kira – kira berbilion jumlahnya pada masa kini yang menyerang OS MS Windows.

Interface (Antaramuka):

Linux kini memberi pilihan antaramuka kepada pengguna yang ingin menggunakannya. Contoh antaramuka yang popular ialah Gnome dan KDE. Terdapat pelbagai lagi antaramuka yang boleh digunakan oleh pengguna. Berbeza dengan MS Windows, pengguna tiada pilihan untuk memilih antaramuka. Untuk lebih lanjut sila ke Desktop GUI Bagi OS *nix

Aplikasi Yang Menyokong (Application):

Terdapat banyak aplikasi yang menyokong Linux seperti Open Office untuk penggunaan Literasi, Mozilla Firefox dan Thunderbird sebagai web browser, Gimp dan Pixie untuk grafik dan sebagainya. Itu hanya sebahagian dan semuanya diberikan secara percuma tanpa membayar apa – apa kos. Memang diakui banyak aplikasi yang menyokong Windows tetapi harus diingat kebanyakkan dikeluarkan untuk komersial yang memerlukan pengguna membayar untuk lesen penggunaan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, sudah tiba masanya untuk kita bertukar daripada Windows kepada Linux. Sekiranya anda ingin menggunakan Linux, di bawah ini saya berikan cadangan distro untuk anda gunakannya.

1. Home User: Ubuntu, Fedora, Mandriva.

2. Server: RedHat, Centos, Debian, Slackware.

Ini hanya sebahagian distro yang ada. Untuk melihat lebih lanjut sila ke Kepelbagaian Distro Bagi Linux. Oleh itu, saya menyeru rakan – rakan dan pembaca untuk beralih kepada Linux.



google_chrome_os

Google Chrome OS : Microsoft Windows Kian Tergugat!

Ketika membaca surat khabar pada hari ini, saya tertarik dengan pengumuman Google bahawa syarikat tersebut akan melancarkan satu OS baru iaitu Chrome OS. Ia merupakan susulan kepada pelayar internet (web browser) Chrome yang dibangunkan oleh Google.

Apa yang menarik perhatian saya ialah OS ini menggunakan code open sources dan akan dilesenkan dengan GPL (General Public License). Chrome OS akan digunakan pada netbook yang kian popular pada masa ini. Pengakuan Google bahawa mereka telah melakukan rundingan dengan pengeluar netbook bagi menggunakan OS ini menjadi  satu tamparan kepada Microsoft Windows  yang selama ini mempelopori pasaran OS bagi komputer peribadi (PC), NoteBook dan NetBook. Selain penggunaan Chrome OS ini, Google Chrome web browser juga kian popular dengan penggunaan melebihi 40 juta pengguna aktif. Ini menjadi petanda peralihan daripada penguasaan Microsoft Windows kepada open sources.

Di bawah ini saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan Chrome OS.

Sejarah

Diilhamkan dengan populariti yang semakin tinggi bagi penggunaan NetBook yang menggunakan tenaga yang rendah dan lebih kecil berbanding notebook atau laptop. Google mula membangunkan OS ini pada tahun 2009 dengan menggunakan kod sumber terbuka (open Source) di bawah lesen BSD dikenali sebagai Projek Chromium OS dan akan dilesenkan di bawah GPL. OS ini merupakan satu OS di bawah Linux-base. Ianya berasaskan pengguna yang aktif menggunakan internet menggunakan peranti (device) netbook seperti melayari YouTube, online banking, melayari web, email dan sebagainya. Pengarah kejuruteraan bagi projek Chrome OS ini ialah Matthew Papakipos menggunakan 3 mesin di rumahnya untuk menjalankan percubaan bagi Chrome OS ini. Perbezaan antara Chrome OS dan Chromium OS ialah Chrome OS akan mengemaskini versinya secara automatik tetapi menggunakan kod sumber yang sama.

Chrome OS akan menggunakan antaramuka (interface) paling minimum. Dalam rekabentuk awalnya, Google menggambarkan tiga lapis senibina: firmware, pelayar dan window manager, dan tingkat sistem perisian dan Userland services.

  • Firmware memberikan sumbangan untuk waktu boot dengan cepat dengan tidak mencari-cari hardware, seperti floppy disk drive, yang tidak lagi di komputer umum, terutama netbook. Firmware juga menyumbang untuk keselamatan dengan mengesahkan setiap langkah dalam proses boot dan sistem menggabungkan pemulihan.
  • Tingkat sistem perisian termasuk kernel Linux yang telah dibaiki untuk meningkatkan waktu ketika boot. Userland perisian ini telah diubah suai untuk keperluan utama, dengan pengurusan oleh Upstart, yang boleh melancarkan perkhidmatan secara tradisinya, jatuh kembali memudahkan pekerjaan, dan perkhidmatan menunda untuk kepentingan boot lebih cepat.
  • Window manager menangani interaksi pengguna dengan beberapa tetingkap klien seperti X window manager.

Daripada analisis yang saya jalankan, Chrome OS daripada Google ini adalah perang antara 2 gergasi revolusi digital. Kini kebanyakkan penganalisis membayangkan bahawa Chrome OS ini akan menguasai NetBook menggantikan penggunaan Microsoft Windows pada masa akan datang. Apa yang menarik ialah Chrome OS ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna yang mana ianya dapat menjimatkan kos sesebuah komputer. Ini adalah tamparan hebat kepada Microsoft yang sekian lama menguasai pasaran OS dan sehingga kini masih tidak berganjak untuk tidak menurunkan harga sehingga tahap harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Secara ringkas, Chrome OS akan menggunakan Linux-Base, menggunakan antaramuka Gnome, mengoptimumkan pengguna Google Chrome Browser di dalamnya selain memberikan kepuasan kepada pengguna seawal tempoh Booting. Apa – apa hal pun kita nantikan Chrome OS ini yang akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Review: Fedora 12

Memang agak terlewat untuk saya menulis review bagi Fedora 12 yang telah dilancarkan pada akhir tahun 2009. Saya telah bercuti selama 2 bulan daripada apa – apa sahaja kegiatan yang berkaitan internet. Rasa rindu juga untuk menulis. So bagi artikel pertama bagi tahun 2010 ini saya akan menulis berkaitan Fedora 12 yang mana saya telah melakukan test-run operating system ini.

Kali ini saya mempunyai pandangan yang agak positif terhadap Fedora 12. Ianya jauh berbeza dengan pandangan saya pada Fedora 11 yang lalu yang menyediakan pelbagai masalah kepada pengguna terlebih lagi bagi mereka yang baru berjinak – jinak dengan Linux. Kelemahan di dalam Fedora 11 yang diperbaiki ialah antaranya Fedora 12 dapat mengakses partition NTFS dan juga FAT yang ada di dalam komputer. Masalah timbul di dalam Fedora 11 apabila pengguna terpaksa melakukan ‘mount’ secara manual untuk mengakses ke dalam partition NTFS dan FAT yang dihasilkan oleh Microsoft Windows Base.

Fedora 12 juga memberikan kepuasan kepada pengguna bila mana ianya melakukan boot loading yang agak cepat berbanding Fedora versi sebelumnya. Ianya dilihat dapat menyaingi Windows 7 yang digembar-gemburkan memberikan masa untuk boot loading yang cepat. Selain itu, hasil grafik yang dihasilkan menggunakan Fedora 12 ini semakin menarik dan ianya dapat menyangkal pendapat sesetengah pihak yang menyatakan OS Linux gagal bagi menjalankan kerja – kerja grafik.

Hanya terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti iaitu, Fedora 12 masih mengekalkan NetworkManager sebagai pelayang network di dalam chkconfig. Apa yang dapat saya perhatikan, NetworkManager agak tidak secekap fungsi network di dalam menguruskan sambungan networking. Walau bagaimanapun fungsi NetworkManager dapat dihentikan dan ditukar menggunakan fungsi network bagi pengurusan networking menggunakan arahan chkconfig.

virus-alert

Perlukah Memasang Lebih Dari 1 Antivirus?

virus-alertSaya selalu ditanya oleh kawan – kawan, antivirus apa yang terbaik? Sebenarnya semua antivirus adalah baik. Cuma yang membezakannya hanyalah samada ia berbayar ataupun percuma. Bagi pendapat saya, saya akan menggunakan antivirus percuma asalkan saya selalu ‘update’ patern antivirus tersebut. Patern adalah merujuk kepada senarai virus yang boleh dikenalpasti oleh antivirus tersebut.

Merujuk kepada topik di atas, jawapan yang saya boleh berikan ialah: tak perlu memasang lebih dari 1 antivirus kerana antivirus akan conflict dan hilang keupayaan mengesan virus apabila anda memasang lebih daripada 1 antivirus. Ada yang berpendapat sesuatu virus hanya dapat dikesan oleh hanya sesuatu antivirus. Bayangkan kini ada berbillion virus di alam maya. Kalau virus tersebut hanya dapat dikesan oleh sesetengah antivirus, maka kita terpaksa memasang berpuluh antivirus di dalam PC kita.

Benarkah pendapat tersebut? Penyedia antivirus akan selalu menyediakan list patern virus dari masa ke semasa. Cuma yang membezakan ialah kadang – kadang terdapat penyedia antivirus ini memperoleh patern dengan cepat berbanding dengan penyedia antivirus yang lain. Tapi lambat laun semua antivirus akan mempunyai pertahanan daripada serangan virus tersebut. Dan kadang – kadang antivirus tertentu akan menamakan virus tersebut berbeza dengan penyedia antivirus yang lain. Perkara ini sentiasa berlaku dan apa yang penting virus tersebut adalah sama dan semua antivirus ada pertahanan daripada serangan virus berkenaan. Oleh itu, tak perlu memasang lebih daripada 1 antivirus.

Nasihat saya:

1. Guna hanya 1 antivirus.

2. Sentiasa update patern virus menggunakan internet.

3. Sekiranya ingin mengurangkan risiko serangan virus, gunakan Linux sebagai operating system anda.

Teknik Unhidden File

skullSaya menulis artikel ini kerana terjadi satu permasalahan ditempat kerja lama saya. Apa yang terjadi ialah komputer ditempat kerja lama saya itu mengalami serangan virus yang akan mengakibatkan file dan folder akan dihiddenkan oleh virus tersebut dan diganti dengan file yang menyerupai file asal dan mempunyai extention .exe. Seperti contoh file asal ialah text.doc yang dihiddenkan dan virus tersebut membina file text.doc.exe yang bertujuan mengelirukan pengguna komputer dan membuka file tersebut. Akibat daripada membuka file tersebut, virus tersebut akan terus aktif dan merebak di dalam komputer. Yang menghairankan saya ialah antivirus yang digunakan tidak dapat mengesan virus tersebut sedangkan antivirus yang dibekalkan oleh Kem. Pelajaran merupakan antivirus berbayar. Tidak perlu saya nyatakan nama antivirus tersebut. Apa yang pasti saya menggunakan antivirus Avast Home Free Edition dan virus tersebut dapat dihalang daripada menjangkiti komputer saya.

Cerita ini berlaku apabila salah seorang staff menghadapi masalah tersebut dan meminta juruteknik menyelesaikan masalahnya tetapi jawapan juruteknik: “boleh buka file tersebut tetapi tidak dapat unhidden file tersebut”. Inilah masalah apabila orang yang dilantik tidak mempunyai ilmu yang secukupnya sedangkan apa sahaja masalah pada komputer termasuk masalah yang disebabkan oleh virus ada jalan penyelesaiannya.

Di sini saya berikan cara untuk membolehkan file yang dihidden untuk unhidden (mengaktifkan semula fungsi checkbox pada properties file tersebut).

  1. Pertama sekali, pastikan drive yang dijangkiti virus tersebut dan pastikan virus tersebut dah dipadamkan daripada drive tersebut menggunakan antivirus.
  2. Pastikan drive path bagi drive tersebut. Sebagai contoh, pen drive menggunakan drive path H:
  3. Klik butang start -> klik Run…
  4. Taip command di dalan text area open:
  5. Anda akan mendapati Window DOS berwarna hitam.
  6. Taip drive path pen drive anda. Contoh taipkan H:\
  7. Selepas itu taipkan arahan attrib -h -s *
  8. File anda akan kelihatan semula di dalam pen drive anda.

Sebenarnya pada masa zaman IT, tiada istilah I don’t know how to do that kerana sekiranya anda tidak tahu cara menyelesaikan masalah, google sahaja di internet. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak pelbagai dalih.

Menyelesaikan Masalah Virus HBKiller.Js

skull

Beberapa hari yang lalu seorang sahabat saya meminta saya menyelesaikan masalah beliau iaitu laptop beliau dijangkiti dengan virus HBKiller.js. Di sini ingin saya kongsikan bersama langkah – langkah bagi memadam masalah virus ini secara manual.

1. Finding potential processes running- Press CTRL, ALT and DELETE key together. You will open the Windows Task Manager.- Click the Processes tab, and comb through the list and see whether there is a program called wscript.exe is running. If you find it, click on it and click End Process.- After that you can close the Task Manager window.

2. Finding the virus (for those who were not detected by the antivirus – for Microsoft Windows)- Go to My Computer- Click Tools at the top bar –> Folder Options- When you come to the Folder Options window, click on the View tab- Look for Hidden files and folders- Tick Show hidden files and folders- Tick Show system files- Press OK- Once the window is closed, click on your C drive once.- Go to C:\WINDOWS\system32. Once you are in there, look for whether there is a filename called HBKiller.js- If you can’t find it in C (like I did), look in C:\Windows- If you still can’t find it, don’t worry, press F3 at the top row of your keyboard (in case you don’t know) and the search bar will be on your left. Click on All files and folders, and type in the file name HBKiller.jsIf you don’t find any file in there, congratulations, you are one step out of it.You can jump to step (4)

3. You found the virus- Click on the file you found and press SHIFT key and DELETE key- It will ask you “Are you sure you want to delete (the file name)”. Click Yes- If you find more than one location that has HBKiller.js, then you need to repeat the steps in (3)

4. Editing the Windows Register (do it with full of caution!)- Click Start –> Run- Type regedit and press ENTER- You will come to the Registry Editor window- On your left there will be the registry directories. Look for:HKEY_LOCAL_MACHINE –> Software –> Microsoft –> Windows –> Current Version –> Run- If there is a HBKiller.js in there, delete the entry.- Then you need to look for:HKEY_CURRENT_USER –> Software –> Microsoft –> Internet Explorer –> Main- If you see the Window Title has “HBKiller In The House!!!” you should delete that entry.- You can now close the Registry Editor window.

5. Stop all auto runs in future (recommended move)- Click on Start –> Run- Type gpedit.msc and press ENTER- You will come to the Group Policy window- Go to User Configuration –> Administrative Templates –> System- Look for Turn off Autoplay and double click it. You will come to Turn Off Autoplay Properties window.- Click Enable and select All drives from the drop-down combo box.(It is suggested to turn it off to avoid further potential virus infections in future)- You can now close the Group Policy window.

6. Stopping auto run virus programs (if have)- Click on Start –> Run – Type msconfig and press ENTER. You will come to the System Configuration Utility window- Click on the Startup tab, and look for any programs that runs under HBKiller.js- If you find then, uncheck the checkbox on the left of the file- Click Apply- Click Close- When you close the window it will ask you whether to restart or not. Click on Exit without Restart.


7. Start > Run > RegeditThen go toHKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > Explorer > MountPoints2 >Then you will see a list of random numbers and jargon looking a little like “{07852ef4-9baf-11db-a10c-806d6172696f}” – This refers to your hard drives. The more you have the more random things you will have in this list. A partition counts as a seperate drive.Now go in these “drives” toShell > AutoRun > commandYou will see a file called “default” with some code next to it saying ”C:\\WINDOWS\\system32\\RunDLL32.EXE Shell32.DLL,ShellExec_RunDLL wscript.exe .HBKiller.js”. or similar. Open the file and delete all the “wscript.exe .HBKiller.js” part. I dunno if you need the rest but this will kill it anyway.Do this for every drive you have within the “Mountpoints2″ subtree. Also go into:Shell > AutoPlay > commandShell > Explore > commandShell > Open > commandShell > Scan for Biros > commandShell > Scan with Manok > commandShell > Scan with Rempit > commandAnd open the default file and delete “wscript.exe HBKiller.js”

8. Restarting your PC- Before restart, make sure that you empty your recycle bin.

Restart your PC- You will see a windows prompt that you have changed your system configurations. Check on the checkbox not to remind you anymore and press ok.