Web

Berkaitan Website

Projek Membangunkan Office Online Menggunakan Perisian Open Source

Selamat hari pekerja saya ucapkan kepada pekerja seluruh dunia. Hari ini saya ingin membincangkan perihal projek yang sedang saya usahakan yang saya beri nama E-Office. Sebenarnya perisian yang saya gunakan bukanlah perisian yang saya bangunkan tetapi saya menggunakan perisian open source. Perisian yang saya gunakan ialah GroupOffice versi 3.4.21. GroupOffice ialah merupakan perisian groupware. Perisian berasaskan web base ini jarang digunakan berbanding LMS ataupun CMS. Sebenarnya saya pernah bincangkan sebelum ini di http://azlan.epontian.com/?p=404 secara lengkap. Tetapi hari ini saya ingin menerangkan kembali memandangkan masih ramai yang belum ingin mencuba perisian ini.

Semenjak dua ini saya kerap menerima surat daripada pihak jabatan tempat bertugas untuk saya menghantar data dengan segera menggunakan medium email. Apa yang menarik perhatian saya dan timbul untuk saya menjalankan projek ini ialah pihak pengurusan jabatan tersebut memberikan email mereka berserta password (bermaksud login dan password) disertakan sekali di dalam email. Agak melucukan hati saya. Tidak pernah saya terfikir untuk mendedahkan password email saya kepada pihak ketiga. Cuba kita bayangkan sekiranya email-email yang mereka terima dan belum dibaca tiba-tiba dipadamkan oleh pihak ketiga atas sebab kesilapan mahupun sabotaj. Siapa yang ingin mereka salahkan? Adakah mereka akan berjaya mengesan siapakah yang bertanggungjawab terhadap perbuatan tersebut?

Saya masih hairan mengapa pihak-pihak tersebut tidak cuba mengoptimumkan penggunaan teknologi rangkaian yang ada pada masa kini. Hampir semua jabatan dan bangunan kerajaan kini telah disambungkan dengan talian internet terlebih lagi sekolah – sekolah yang ada di Malaysia. Adakah mereka memikirkan kos yang selalu dipersoalkan? Penyelesaian yang ada ialah dengan menggunakan perisian open source. Masalah server sebenarnya adalah masalah yang kecil. Gunakan sahaja PC biasa dan gunakan operating system Linux. Selesai masalah server. Bagaimana pula sambungan internet? Saya merujuk kepada sekolah – sekolah yang ada di Malaysia. Hampir semuanya kini mempunyai talian internet menggunakan VPN schoolnet. Gunakan sahaja talian schoolnet (merujuk kepada sekolah) untuk talian yang menghubungkan ke server.

Saya terpanggil untuk menggunakan semula GroupOffice ini apabila melihat senario yang agak membingungkan. Lantas saya bina menggunakan talian internet streamyx di rumah dan inilah hasilnya: http://azlan.blogdns.net/office/ . Jadi saya menyarankan kepada pihak – pihak tersebut untuk cuba menggunakannya. Anda boleh mencuba untuk menggunakan GroupOffice saya dengan menggunakan username: guest  dan password: guest123.

Kegilaan Terhadap Halaman Web Social Network

    

Masa kini, di mana – mana orang bersembang berkaitan Facebook yang merupakan salah satu daripada web social network. Populariti social network kini mengatasi semua aplikasi internet yang sebelum ini menguasai alam maya. Sebelum ini kita membincangkan ruangan sembang yang dikuasai oleh aplikasi IRC, kemudian beralih kepada instant messenger (IM) seperti YM, MSN, Jabber, AOL dan sebagainya. Kemudian penyedia perisian IM menyediakan perkhidmatan voice chat apabila Skype berjaya mempromosikan voice chat miliknya. Pasca pilihanraya di Malaysia pula mewujudkan gelombang blog, apabila hampir semua ahli parlimen (MP) mempunyai blog peribadi masing – masing. Hal ini berlaku apabila kejayaan media alternatif di dalam kempen pilihanraya oleh pihak MP dan bermulalah gelombang blog di Malaysia. Kini gelombang social network bermula apabila Facebook (FB) ini dipromosikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah membuka akaun FB 1Malaysia.

Hakikatnya social network telah lama bertapak di dunia maya. Antara web social network yang awal ialah Myspace, Frienster dan Tagged. Kini pelbagai web social network wujud di alam maya.

Pengenalan

Sebuah perkhidmatan rangkaian sosial yang berfokus pada pembangunan dan mencerminkan dari rangkaian sosial atau hubungan sosial antara beberapa orang, seperti, peminat saham dan / atau pelbagai kegiatan lain. Sebuah perkhidmatan rangkaian sosial pada dasarnya terdiri daripada wakil dari setiap pengguna (pelbagai profil), mempunyai hubungan sosial, dan pelbagai perkhidmatan tambahan. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial berasaskan web dan menyediakan prasarana bagi pengguna untuk berinteraksi melalui internet , seperti e-mel dan mesej segera (IM). Walaupun komuniti dalam talian perkhidmatan kadang-kadang dianggap sebagai sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam erti lebih luas, perkhidmatan rangkaian sosial biasanya bererti berpusat pada perkhidmatan individu sedangkan komuniti dalam talian khidmat merupakan kumpulan yang berpusat. Halaman rangkaian sosial membolehkan pengguna untuk berkongsi idea, kegiatan, acara, dan kepentingan dalam rangkaian masing-masing.

 Jenis utama dari perkhidmatan rangkaian sosial adalah mereka yang mengandungi media tempat-tempat (seperti bekas-tahun sekolah atau teman sekelas), bererti untuk berkaitan dengan rakan-rakan (biasanya dengan laman keterangan-diri) dan sistem cadangan berkaitan dengan kepercayaan. Ada beberapa usaha untuk menetapkan standard perkhidmatan ini untuk mengelakkan keperluan untuk peniruan kandungan dari teman-teman dan kepentingan (lihat FOAF standard dan Open Source Initiative ), namun hal ini telah menyebabkan kekhuatiran berkaitan privasi pengguna.

 Walaupun sesetengah daripada rangkaian sosial besar ditubuhkan pada idea digitalisasi sambungan dunia nyata, rangkaian yang lain tertumpu pada kategori dari buku dan muzik ke pelbagai usaha organisasi bukan bertujuan keuntungan sebagai cara untuk menyediakan kedua-dua perkhidmatan dan masyarakat untuk individu dengan kepentingan bersama.

Sejarah

Gagasan bahawa komputer yang berhubung secara elektronik individu boleh membentuk dasar dimediasi interaksi sosial-komputer dan rangkaian disarankan awal. Terdapat pelbagai usaha untuk menyokong jejaring sosial melalui komunikasi komputer, termasuk Usenet , ARPANET , Listserv , perkhidmatan papan buletin ( BBS ) dan EIES: pelayan berasaskan Murray Turoff Electronic; Pertukaran Maklumat Perkhidmatan (Turoff dan Hiltz, 1978, 1993).

 Pada awalnya halaman rangkaian sosial bermula dalam bentuk komuniti online umum seperti The Well (1985), Theglobe.com (1994) , GeoCities (1994) dan Tripod.com (1995). Komuniti awal ini difokuskan kepada membawa orang bersama-sama untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui ruangan berbual, dan berkongsi maklumat peribadi dan idea sekitar setiap topik melalui alat penerbitan homepage peribadi yang merupakan awalan dari fenomena blogging. Beberapa masyarakat mengambil pendekatan yang berbeza dengan hanya memiliki link ke rakan lain melalui alamat e-mel yang dikenali dengan email group. Ianya termasuk Classmates.com (1995), dengan fokus pada hubungan dengan bekas teman sekolah, dan SixDegrees.com (1997) yang  memfokuskan pada hubungan tidak langsung. Kini terdapat lebih 200 halaman social.

Kesan Pengaruh Social Network

Peningkatan jumlah komentator akademik menjadi tertarik untuk mempelajari aplikasi Facebook dan rangkaian social yang lainnya. Rencana umum telah menyiasat isu-isu seperti Identity ( Boyd 2006 ), Privasi , E-learning ( piala, Murphy & Simonds 2007 ), Sosial modal ( Ellison, Steinfield & Lampe 2007 ) dan menggunakan remaja sebagai pengguna halaman social ini. Sebuah edisi khusus Journal Computer-Mediated Communications didedikasikan untuk penelitian halaman rangkaian sosial termasuk dalam hal ini adalah pengenalan terhadap laman rangkaian sosial ( Boyd & Ellison 2007 , hal 3).

Sebuah buku pada tahun 2008, yang diterbitkan oleh Forrester Research , Inc berjudul Waves dibina pada tahun 2006 Forrester berkaitan tentang laporan tentang pengkomputeran sosial dan menggunakan gelombang “istilah” untuk merujuk pada “gerakan spontan orang yang menggunakan alat dalam talian untuk berhubung, bertanggung jawab terhadap pengalaman mereka sendiri, dan mendapatkan apa yang mereka perlukan: maklumat, sokongan, idea, produk, dan tawar-menawar kuasa daripada satu sama lain.”

Senarai Halaman Social Network:

Advogato, Amie, Street, ANobii, aSmallWorld, Athlinks, The Auteurs, BabyCenter,Badoo, Bebo, Bigadda, Big Tent, Biip, BlackPlanet, Blogster, Bolt.com, Books iRead, Buzznet, CafeMom, Cake Financial, Care2, Cellufun, Classmates.com, Cloob, CollegeBlender, CouchSurfing, DailyBooth, DailyStrength, Decayenne, deviantART, DigitalVerse.org, Disaboom, Dol2day, DontStayIn, Draugiem.lv, Elftown, Epernicus, Eons.com, Experience Project, Exploroo, Facebook, Faceparty, Faces.com, Fetlife, Fillos de Galicia, FilmAffinity, FledgeWing, Flixster, Flickr, Fotolog, Foursquare, Friends Reunited, Friendster, Frühstückstreff, Fubar, Gaia Online, GamerDNA, Gather.com, Gays.com, Geni.com, Gogoyoko, Goodreads, Google Buzz, Gossipreport.com, Grono.net, Habbo, hi5, Hospitality Club, Hyves, Ibibo, imeem, Indaba Music, IRC-Galleria, italki.com, InterNations, Itsmy, iWiW, Jaiku, JammerDirect.com, kaioo, Kaixin001, Kiwibox, Last.fm, LibraryThing, lifeknot, LinkedIn, Listography, LiveJournal, Livemocha, LunarStorm, MEETin, Meetup.com, Meettheboss, Mixi, mobikade, MocoSpace, MOG, MouthShut.com, Multiply, Muxlim, MyAnimeList, MyChurch, MyHeritage, MyLife, My Opera, MySpace, MyYearbook, Nasza-klasa.pl, Netlog, Nettby, Nexopia, NGO Post, Ning, Odnoklassniki, OneClimate, OneWorldTV, Open Diary, Orkut, OUTeverywhere, PartnerUp, Passportstamp, Pingsta, Plaxo, Playahead, Playboy U, Plurk, Present.ly, Qapacity, quarterlife, Qzone, Ravelry, Renren, ResearchGATE, ReverbNation.com, Ryze, ScienceStage, Scispace.net, ShareTheMusic, Shelfari, Skyrock, SocialVibe, Sonico.com, Stickam, StudiVZ, StumbleUpon, Tagged, TalentTrove, Talkbiznow, Taltopia, Taringa!, TeachStreet, TravBuddy.com, Travellerspoint, tribe.net, Trombi.net, Tuenti, Tumblr, Twitter, Vkontakte, Vampirefreaks.com, Viadeo, Vox, Wakoopa, Wasabi, WAYN, WebBiographies, WeOurFamily, Wer-kennt-wen, Windows Live Spaces, WiserEarth, Xanga, XING, Xt3, Yahoo! 360°plus Vietnam, Yammer, Yelp. Inc, Youmeo, Zoo.gr

Pengenalan Kepada SQL

Structured Query Language (SQL) atau di dalam bahasa melayu dikenali sebagai Bahasa Pertanyaan Berstruktur adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data berkait (relational database management system). SQL dijadikan standard piwaian oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Organization for Standardization (ISO).

Sejarah

Satu kertas kerja akedemik, A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks, oleh Dr. Edgar F. Codd, teleh diterbitkan pada Jun 1970 dalam jurnal Association for Computing Machinery (ACM), Communications of the ACM, walaupun lakaran mengenainya telah tersebar dalam IBM semenjak 1969. Model Codd semakin diterima sebagai model mutakhir bagi sistem pengurusan pangkalan data berkait relational atau Relational Database Management System (RDBMS atau RDMS).

Pada tahun 1970-an, kumpulan di pusat penyelidikan San Jose IBM membangunkan sistem pangkalan data “System R” berasaskan model Codd. Structured English Query Language (“SEQUEL”) direka bagi mengolah dan mengambil data yang tersimpan dalam Sistem R. Ringkasan SEQUEL kemudian diringkaskan kepada SQL kerana perkataan ‘SEQUEL’ telah dipegang sebagai tanda dagang oleh syarikat kapal terbang Hawker Siddeley dari UK. Sungguhpun SQL dipengaruhi oleh hasil kerja Codd, Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce di IBM merupakan pengarang rekabentuk bahasa SEQUEL. Konsep mereka diterbitkan bagi meningkatkan minat dalam SQL.

Pangkalan data berkait, bukan pangkalan data SQL, bukan laba, Ingres, dimajukan pada 1974 di U.C. Berkeley.

Pada tahun 1978, ujian terkawal bermula di tapak ujian pelanggan. Menunjukkan kelebihan dan kesesuaian guna sistem ini, ujian ini terbukti berjaya bagi IBM. Hasilnya, IBM mula membangunkan keluaran dagangan berasaskan prototaip System R yang melaksanakan SQL, termasuk System/38 (diperkenalkan pada 1978 dan terdapat secara dagang pada Ogos 1979), SQL/DS (diperkenalkan pada 1981), dan DB2 (pada 1983).

Pada masa yang sama Relational Software, Inc. (kini Oracle Corporation) melihat potensi konsep yang digambarkan oleh Chamberlin dan Boyce dan memajukan RDBMS versi mereka sendiri bagi Navy, CIA dan yang lain. Pada musim panas 1979 Relational Software, Inc. memperkenalkan Oracle V2 (Versi 2) bagi komputer VAX sebagai penggunaan SQL yang terdapat secara dagang. Oracle sering kali salah dikatakan mendahului IBM ke pasaran lebih dari dua tahun, sedangkan mereka hanya mendahului System/38 IBM hanya selama beberapa minggu sahaja. Minat umum meningkat; dan banyak vendor lain mula membangunkan pelbagai versi, dan masa depan Oracle terjamin.

Piwaian

SQL kemudiannya diangkat sebagai piwaian oleh ANSI pada tahun 1986 dan ISO pada tahun 1987. Bagaimanapun, semenjak pembatalan program piawaian pengurusan data NIST pada tahun 1996 tidak terdapat pengesahan bagi pematuhan kepada piwaian SQL dengan itu vendor perlu mengesahkan diri sendiri.

Piwaian SQL telah melalui beberapa revisi:

Tahun Nama Nama samaran Komen
1986 SQL-86 SQL-87 Mula diterbitkan oleh ANSI. Disahkan oleh ISO in 1987.
1989 SQL-89 Revisi kecil.
1992 SQL-92 SQL2 Revisi utama (ISO 9075).
1999 SQL:1999 SQL3 Menambah padanan biasa, pertanyaan rekursif, picu, jenis
tidak-skalar dan sebahagian ciri-ciri berasaskan-objek. (Dua yang terakhir agak kontrovesi dan tidak disokong secara meluas.)
2003 SQL:2003 Introduced XML-related features, window functions, standardized sequences and columns with auto-generated values (including identity-columns).
2006 SQL:2006 ISO/IEC 9075-14:2006 menetapkan cara bagaimana SQL boleh digunakan bersama XML. Ia menetapkan cara mengimport dan menyimpan data XML dalam pangkalan data SQL, mengemaskini data dalam pangkalan data dan menerbitkan data SQL dan XML dalam bentuk XML. Tambahan lagi, ia memberi kemudahan yang membenarkan applikasi untuk menerap dalam kod SQL kegunaan XQuery, XML Query Language yang diterbitkan oleh World Wide Web Consortium (W3C), bagi capaian serentak dokumen XML dan data SQL biasa.

Vendor SQL

More >

Mengenali Lebih Dekat Bahasa Pengaturcaraan Web

webArtikel ini saya tulis adalah di atas permintaan daripada pengunjung blog saya. Di sini saya akan terangkan 3 bahasa pengaturcaraan web yang utama iaitu PHP, ASP dan JSP berkaitan kelebihan yang disediakan. Saya tidak dapat mengulas kebaikkan dan keburukkan kerana kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Oleh itu anda harus bijak untuk memilih bahasa pengaturcaraan yang terbaik yang anda rasakan sesuai dengan projek yang ingin anda buat.

Bahasa pengaturcaraan web pada asalnya bermula dengan HTML dan kini semakin berkembang mengikut perkembangan teknologi pada masa ini. Meskipun begitu kesemua bahasa pengaturcaraan generasi terkini tetap membenarkan ianya menyisipkan bahasa HTML ini di dalam kod aturcaranya.

Penerangan ringkas berkaitan PHP, ASP dan JSP.

php

PHP adalah server side language yang dapat digunakan di web browser. Banyak manfaat yang diperolehi daripada penggunaan PHP ini. PHP membenarkan kod HTML diguna di dalamnya disamping penggunaan CSS dan JavaScript. Apa yang perlu ialah file web hendaklah menggunakan extension .php sebagai pengenalan ianya merupakan file php.

Ia juga membenarkan developer membuat operasi yang sukar untuk digunakan di dalam web environment. PHP juga membenarkan untuk memuatkan halaman lebih kerap daripada biasa dan terdapat banyak server hosting yang menyokong penggunaan PHP. Hosting yang menggunakan PHP juga lebih murah berbanding hosting yang menggunakan ASP.Net, Visual Basic.Net dan Java (JSP). Ini kerana PHP merupakan perisian open source dan semua server yang menggunakan operating system *nix telah sedia ada menyokong PHP dan PHP telah sedia terpasang di dalamnya.

PHP juga memungkinkan pengurusan data secara centralize dan memudahkan data – data disimpan di dalam database. PHP juga memberikan developer lebih kebebasan untuk membina, mempunyai banyak kemudahan untuk halaman web dan juga tetap membolehkan hubungan dengan data luar (extended data). Dengan penghubungan web dan data ini membenarkan developer update web tanpa perlu download source file (file sumber) di dalam proses update tersebut.

asp

ASP dibangunkan bagi kecepatan masa dan mudah sebagai alternatif kepada CGI dan Perl atau C. Ianya juga menyokong VBScript dan JScript. Komponen ADO pula digunakan bagi membantu performance kepada fungsi tambahan termasuk ODBC-compliant databases, dan data output dalam bentuk text. Komponen Java dan XML pula digunakan sebagai extended script (skrip luaran) kepada ASP.

Terdapat benefit tambahan yang ada di dalam ASP:

  1. Digunakan di dalam hosting Windows.
  2. ASP dilaksanakan sebagai service kepada web server dan dioptimumkan kepada pelbagai kerja dan pengguna (user). Ini bermakna ASP dapat diimplimen dengan cepat dan mudah.
  3. ASP membenarkan anda memisahkan rekabentuk halaman web daripada programming mengakses database dan aplikasi. Ianya membolehkan programmer dan perekabentuk web untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan.
  4. Server-side ASP membenarkan borang (form) HTML menyimpan data ke dalam database dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalam HTML ke dalam browser.

jsp

Jika anda telah biasa menggunakan HTML SilverStream, anda mungkin mudah menggunakan tool di dalam toolbox anda. Jadi untuk memulakannya, JSP bermaksud JavaServer Pages. Seperti SilverStream Pages, JSP juga bermaksud membina Java Servlets. Apabila terdapat permintaan untuk halaman .JSP, server akan memanggil Java Servlet untuk menjawab dan melaksanakan arahan daripada permintaan tersebut.

Terdapat pelbagai alat yang telah dibina untuk bekerja dengan JSP (J2EE objek dan toolkit). Ini membolehkan modal yang diperlukan amat rendah dan membolehkan pembiayaan lebih banyak projek dalam satu masa. ianya juga lebih fleksibel dengan pengurusan kumpulan dan ianya sangat mudah untuk menguasai kemahiran tersebut bagi sesebuah kumpulan.

spam

Serangan Spam

spamSemenjak dua ini blog saya agak perlahan untuk diakses. Ini kerana serangan spam ke atas blog saya ini. Setakat ini saya telah ‘ban’ lebih 50 IP address daripada memasuki blog ini. Spam ini menyerang dalam bentuk comment. Kini saya menunggu bilakah spam ini akan berhenti menyerang. Kita tunggu dan lihat.

Mungkin ramai yang mengetahui apakah spam. Bagi yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan spam ini, di sini saya akan memberikan penerangan secara ringkas.

SPAM

Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.

Beberapa jenis spam adalah:

  • Spam e-mel
  • Spam chat
  • Spam forum
  • Spam SMS

Sejarah SPAM

Istilah “spam” dipercayai berasal dari sketsa Monty Python yang bertajuk “SPAM”. Ia adalah mengenai sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging lunceon SPAM.

Sesetengah orang pula menyatakan yang “spam” adalah singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message, dari segi bahasa adalah ‘Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan’. Walau bagaimanapun, maksud ini adalah bukan sesuatu yang piawai kerana terdapat banyak lagi maksud yang digunakan oleh para pengguna internet untuk merujuk kepada spam.

Berita Berkaitan Spam

2 May 2007

Sebuah syarikat di Amerika telah menyaman USD1 Billion kepada kumpulan yang tidak dikenali yang telah meyebarkan spam di internet. Saman ini dijalankan dan diuruskan oleh Organisasi Anti-Spam yang dipercayai telah tidak dapat menahan kesabaran mereka di atas tindakan penyebaran spam oleh kumpulan tersebut.

Berita di atas menunjukkan spam merupakan satu jenayah siber yang seharusnya dihentikan dan ditentang. Oleh yang demikian, seharusnya pihak – pihak yang terlibat di dalam penyediaan kemudahan internet seperti ISP dan datacenter mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghalang pengguna perkhidmatan mereka daripada meneruskan aktiviti tersebut.

web

Groupware: Satu Konsep Virtual Office

webHari ini saya ingin memperkenalkan kepada pembaca berkaitan virtual office. Jika sebelum ini kita sering bincangkan berkaitan CMS, E-Learning dan sebagainya tetapi kita jarang membincangkan perihal groupware yang sebenarnya banyak membawa faedah dan membantu di dalam pengurusan sesuatu organisasi.

GroupWare merupakan perisian menggunakan web base sebagai medium dan ianya adalah singkatan kepada Group Software. Pada asalnya ianya dibangunkan bagi membolehkan satu kumpulan kerja menjalankan sesuatu kerja / projek secara maya. Mungkin sebelum ini kita pernah mendengar sekumpulan remaja berjaya membangunkan sesuatu sistem yang mana ahli kumpulan tersebut tinggal berasingan negara. Groupware ini merupakan satu medium yang digunakan untuk mereka berkomunikasi, mengagihkan tugasan, melihat proses perlaksanaan tugasan, menghantar tugasan dan sebagainya.

Kini terdapat banyak perisian groupware dipasaran dan ada juga perisian yang dibangunkan menggunakan GPL / Open Source. Namun jarang yang memanfaatkan perisian – perisian tersebut. Antara perisian – perisian groupware ini ialah:

  • Achievo
  • ACollab
  • Collabtive
  • dotProject
  • eGroupWare
  • Flyspray
  • Group-Office
  • phpGroupWare
  • PHProjekt
  • ProjectPier
  • Streber
  • WebCollab

desk_overview_01.jpg1

Antara paparan yang terdapat di dalam GroupWare [sila klik pada imej]

skull

CMS: Langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengelakkan Pencerobohan

skullCMS (Content Management System) merupakan perisian yang semakin popular bagi organisasi – organisasi dan perseorangan di dalam membina web. Memang diakui dengan adanya CMS ini, perkembangan halaman web semakin rancak terutama bagi yang menggunakan CMS percuma yang menggunakan lesen GPL (General Public License).

Baru – baru ini saya ada membuat pemantauan kepada beberapa website sekolah – sekolah di Malaysia dan saya telah mendapati terdapat beberapa website yang menggunakan hosting sendiri dan menggunakan CMS percuma ini telah dicerobohi oleh penggodam (hacker). Sebelum ini saya ada memantau website ini dan menyenaraikan di dalam pangkalan data saya secara peribadi termasuklah syarikat yang membekalkan hosting, perisian CMS yang digunakan dan kemaskini yang dijalankan terhadap operating system dan CMS tersebut. Belum sempat untuk saya memberikan amaran, web – web tersebut telah dicerobohi sehingga website tersebut telah diambil alih oleh hackers. Pelik tetapi itulah realitinya kerana website tersebut hanyalah merupakan website sekolah yang bagi pandangan umum tiada faedah untuk mengambil alih website tersebut. Pencerobohan oleh hackers ini sebenarnya tidak mengambil kira website apa sekalipun kerana bagi mereka ini merupakan satu kepuasan apabila berjaya mengambil alih sesebuah website. Mengapa hal seperti ini berlaku? Berdasarkan analisis yang saya jalankan sendiri, di bawah ini adalah antara sebab mengapa website tersebut berjaya diambil alih oleh hackers:

  1. Operating system server yang tidak dikemaskinikan pada setiap masa sehingga adanya lubang yang membenarkan hackers mencerobohinya.
  2. Menggunakan perisian CMS yang popular kerana semakin popular sesuatu perisian CMS itu, semakin ramai yang berminat mengkaji kelemahan pada perisian tersebut dan kebarangkalian untuk diceroboh adalah tinggi. Risiko dicerobohi ini semakin tinggi seandainya webmaster bagi website tersebut tidak pernah update patch bagi perisian CMS tersebut.
  3. Tiada pemantauan yang dibuat terhadap kunjungan – kunjungan daripada pelawat ke dalam website tersebut dan juga terhadap server yang mereka gunakan.

Berikut adalah antara senarai perisian CMS percuma yang popular dan kerap dicerobohi oleh hackers.

  1. PHP-Nuke
  2. Joomla
  3. Mambo Server
  4. Xoop
  5. Moodle

Mungkin ada yang rasa takut untuk menggunakan CMS yang saya senaraikan di atas. Anda tidak perlu takut untuk menggunakan CMS di atas asalkan anda:

  1. Mengemaskini operating system server yang digunakan. Bagi yang membeli hosting, anda boleh meminta pihak service provider (SP) untuk mengemaskinikan bagi pihak anda.
  2. Sentiasa update fail – fail CMS anda. Untuk update fail – fail tersebut, anda hendaklah sentiasa merujuk di website penyedia perisian CMS yang anda gunakan.
  3. Sentiasa memantau pengunjung yang mengunjungi website anda.

Sekiranya perkara – perkara di atas dititik beratkan, saya amat yakin kejadian pencerobohan oleh hackers tidak akan berlaku. Sama – samalah kita memastikan keselamatan website kita. Adios!

web_hosting

Teknik Menjimatkan Ruang Web

web_hosting

Pada msa kini, ramai yang gemar membangunkan web samada web peribadi mahupun web bagi sesebuah organisasi. Bagi sesetengah organisasi yang bersaiz kecil, mereka menggunakan server percuma seperti freeweb.com dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan server tripod, geocities dan penyedia web hosting percuma yang lain. Bagi yang mempunyai sumber kewangan, mereka lebih gemar menyewa hosting daripada web hosting yang kini banyak terdapat di dunia ataupun menggunakan dedicated server yang memberikan kuasa sepenuhnya di dalam menguruskan server yang digunakan. Sesetengah organisasi yang besar akan menyewa ruang untuk server di pusat data (colocation) ataupun menyewa talian suwa (lease line) daripada ISP – ISP yang menyediakan kemudahan tersebut.

Bagi yang mempunyai dedicated server, colocation ataupun mempunyai lease line, ruang web mereka tidak menjadi masalah. Tip yang sana ingin berikan di bawah ini adalah bagi yang menggunakan web hosting ataupun yang menggunakan web hosting percuma kerana ruang web yang diberikan adalah terhad.

TIP

  1. Gunakan hosting anda untuk database (pengguna web yang berinteraksi dengan database), perisian CMS (source code bagi web), fail web (html, php, asp, jsp, css, cfm dan lain – lain) dan teks sahaja. Ini kerana ianya menggunakan ruang yang sedikit di dalam hosting.
  2. Untuk imej dan grafik, muatkan imej dan grafik yang perlu sahaja di dalam hosting anda. Ini kerana imej dan grafik akan menggunakan ruang hosting yang besar.
  3. Bagi fail imej, pastikan imej tersebut di dalam format png (*.png) atau jpeg (*.jpg, *jpeg) kerana format keduanya mempunyai saiz yang kecil.
  4. Simpan fail – fail imej, fail format pdf, presentation, animasi, video dan audio anda diruangan storan percuma seperti ImageShack.us, Box.net, esnips.com dan lain – lain.
  5. Sekiranya fail – fail tersebut telah ada di mana – mana web, anda perlu linkkan sahaja fail tersebut ke dalam web anda. Sebagai contoh, anda ingin memasukkan logo yahoo, anda boleh membuat carian di enjin pencari dengan menaip yahoo logo. Kemudian anda linkkan ke dalam web anda dengan menggunakan html code seperti <img src=”http://www.learningtoearnonline.com/images/yahoo-logo.jpg”>
    dan hasilnya seperti ini:

Selain dapat menjimatkan ruang web hosting anda, kaedah di atas juga dapat membantu menjimatkan bandwidth anda. Selamat mencuba.

Web Based Control Panel

linux-logo

Control panel adalah satu perisian yang sangat penting bagi membolehkan admin system menguruskan dan membuat penyelenggaraan pada sistem komputer terlebih lagi bagi sesebuah server. Terdapat pelbagai control panel yang ada dipasaran pada masa ini. Pemilihan control panel ini bergantung kepada keperluan.

Control panel biasanya digunakan untuk menguruskan beberapa perkara berkaitan server. Ini akan memudahkan admin menjalankan tugas tanpa perlu menggunakan arahan pada sistem mereka. Antara perkara – perkara yang memerlukan control panel ialah:

  1. Menambah akaun pengguna.
  2. Membina akaun email.
  3. Menguruskan pangkalan data.
  4. Menguruskan IP dan bandwidth.
  5. Menguruskan domain.
  6. Menguruskan aplikasi server seperti FTP, Web Server, Database Server dan sebagainya.
Bil Control Panel Sistem Operasi Harga
1. CPanel / WHM *Nix USD425 / Tahun
2. Parallels Plesk *Nix / Windows Server USD1,185 / Tahun
3. Webmin *Nix / Windows Server Percuma
4. Enkompass Windows Server Tidak Diketahui
5. DreamHost *Nix / Windows Server Percuma
6. Absolute Control Panel XE Windows Server USD49.95
7. Cortex from EMS-cortex Windows Server Tidak Diketahui
8. DirectAdmin *Nix USD299
9 H-Sphere *Nix / Windows Server USD176 / 200 Acc
10. InterWorx-CP Linux RHEL USD24.95 / Month
11. MachPanel Windows Server Tidak Diketahui
12. LxAdmin *Nix Tidak Diketahui
13. Hosting Controller *Nix / Windows Server USD500/Server
14. DTC (Domain Technology Control) *Nix Percuma
15. EHCP Ubuntu / Debian Base Percuma
16. ISPConfig Linux Percuma
17. GNUPanel Debian Percuma
18. ispCP *Nix Percuma

Contoh control panel yang boleh didapati dipasaran.


Halaman Sembang & Network Social: Baik Dan Buruk

Sekitar awal 1990an, Malaysia mengalami satu ledakan teknologi maklumat dengan perkembangan pesat di dalam teknologi internet. Selari dengan perkembangan ini, maka penggunaan halaman sembang (chat) mula popular di kalangan pengguna internet ini. Antara perisian yang awal menyediakan kemudahan chat ialah IRC (Internet Relay Chat) dan juga ICQ (salah satu perisian Instant Messenger). Perisian chat ini pada asalnya dibangunkan untuk tujuan perniagaan (text conference) tetapi mula popular apabila penggunaannya bertukar kepada sembang sosial.

Dengan perkembangan dan populariti perisian chat ini, maka terdapat banyak syarikat berteraskan internet seperti yahoo, msn dan sebagainya membangunkan perisian chat yang lebih dikenali sebagai IM (Instant Messenger). Chat di Malaysia mencapai kemuncaknya pada akhir 1990an sebelum pengguna internet beralih arah ke IM kerana perisian IM lebih banyak menawarkan kemudahan kepada pengguna termasuk video conference dan juga voice chat.

Selain itu wujud banyak network yang menyediakan kemudahan IRC seperti Dalnet, EFNet, WebChat, Galaxychat dan banyak lagi. Di Malaysia juga mula wujud network untuk IRC ini seperti KampungChat, Molnet, Malaynet dan Lepaknet.

Perkembangan ini terhenti sekitar awal tahun 2000 apabila wujud pelbagai gejala yang tidak baik seperti penggodaman (hacking), masalah sosial dan sebagainya sehinggakan timbul persepsi buruk kepada IRC dan pengguna internet mula beralih arah ke IM generasi baru seperti YM (Yahoo Messenger) dan MSN (MSN Messenger). Ini mengakibatkan populariti IRC akan menurun sehingga hari ini.

Kini wujud pula halaman network sosial seperti MySpace, Friendster, Hi5, Facebook, Tagged dan sebagainya. Penggunaan halaman network sosial ini kian popular kerana selain boleh berinteraksi sesama pengunjung, pengguna boleh mencuba kreativiti mereka membina antara muka halaman peribadi mereka sendiri.

Hakikatnya, IRC, IM dan Network Social sebenarnya memberikan implikasi baik dan buruk kepada pengguna internet. Antara kebaikan dan keburukan yang dapat saya nyatakan ialah:

Kebaikan

  1. Pengguna dapat berinteraksi tanpa had dengan rakan mereka tidak kira di mana berada dengan tanpa risiko membayar bil telefon yang mahal.
  2. Dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan mereka dengan orang lain dari seluruh dunia.
  3. Dapat menimba pengalaman daripada orang lain dan meningkatkan kreativiti mereka.

Keburukan

  1. Wujudnya gejala sosial disebabkan penggunaan tidak beretika dikalangan pengguna.
  2. Masalah serangan virus yang lebih mudah untuk merebak.
  3. Terdapat banyak penipuan menggunakan medium internet.

Kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan di atas ini hanyalah sebahagian sahaja. Kalau ingin saya nyatakan di sini, saya rasa tidak cukup seharian untuk bercerita samada yang baik mahupun yang buruk. Sebenarnya pengguna yang perlu bijak dalam menggunakan kemudahan ini untuk tujuan yang baik. Penyedia perkhidmatan IRC, IM dan Network Sosial tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya berlaku perkara yang tidak baik. Apa – apapun kita seharusnya menggunakan dunia maya ini sebaik mungkin untuk tujuan kemajuan negara dan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara. Wassalam….