My Blog For ICT Information And Education.
Networking
Rangkaian Komputer
Aplikasi Teknologi Fibre Optic (Bah. 2)
Apr 10th
Pelbagai aplikasi yang menyokong penggunaan fibre optic. Di bawah ini saya nyatakan beberapa aplikasi yang menyokong teknologi fibre optic ini secara ringkas.
1. Komunikasi Fibre Optic:
Fibre optic boleh dijadikan prasarana kepada telekomunikasi dan rangkaian kerana kerana fleksibel dan boleh digabungkan sebagai kabel. Hal ini menguntungkan bagi komunikasi jarak jauh kerana penyebaran cahaya mempunyai redaman kecil berbanding menggunakan kabel elektrik (menggunakan teknologi copper). Setiap serat boleh membawa banyak pusat yang bebas, masing-masing menggunakan berbeza panjang gelombang cahaya - panjang gelombang-division multiple (wavelength-division multiplexing (WDM)). Tingkat data bersih (data rate tanpa overhead bait) per fibre adalah channel data rate per dikurangkan dengan overhead FEC, didarabkan dengan jumlah saluran (biasanya sampai dengan lapan puluh dalam komersil WDM padat sistem sebagai tahun 2008).
2. Sensor Fibre Optic
Fibre optic banyak kegunaan bagi penginderaan jarak jauh. Dalam beberapa aplikasi, sensor itu sendiri merupakan sebuah fibre optik. Dalam kes lain, fibre yang digunakan untuk menyambung sensor bukan-fibre optik dengan sistem pengukuran. Bergantung pada aplikasi, fibre boleh digunakan kerana saiz kecil, atau fakta bahawa tidak ada kuasa yang diperlukan di lokasi terpencil, atau kerana banyak sensor boleh pelbagai sepanjang fibre dengan menggunakan panjang gelombang cahaya yang berbeza untuk masing-masing sensor, atau dengan merasakan masa tunda sebagai melewati cahaya di sepanjang serat melalui sensor masing-masing. Masa tunda dapat ditentukan dengan menggunakan device seperti optical time-domain reflectometer.
Fibre optik boleh digunakan sebagai sensor untuk mengukur regangan , suhu , tekanan dan kuantiti lain dengan mengubahsuai fibre sehingga kuantiti yang akan diukur memodulasi intensitas , fasa , polarisasi , panjang gelombang atau masa transit cahaya dalam fibre. Sensor yang bervariasi intensitas cahaya yang paling mudah, kerana hanya merupakan sumber sederhana dan pengesan diperlukan. Sebuah ciri yang sangat berguna seperti sensor fibre optik adalah ianya dapat, jika perlu, memberikan pengedaran penderiaan jarak sampai dengan satu meter.
3. Kegunaan Lain Daripada Fibre Optic
Fibre banyak digunakan di dalam aplikasi pencahayaan. Ianya digunakan sebagai panduan ringan dan lain-lain aplikasi perubatan di mana cahaya yang terang perlu menyinari sasaran tanpa jelas garis-pandang-jalan. Dalam beberapa bangunan, fibre optik digunakan untuk laluan sinar matahari dari atap sampai bahagian lain dari bangunan (optik non-imaging).
Dalam spektroskopi, bundel fibre optik yang digunakan untuk menghantar cahaya dari spektrometer untuk suatu zat yang tidak dapat ditempatkan di dalam spektrometer sendiri, untuk menganalisis komposisinya. Dengan menggunakan fibre, spektrometer boleh digunakan untuk mempelajari objek yang terlalu besar untuk muat dalam, atau gas, atau reaksi yang terjadi dalam pembuluh tekanan.
Teknologi Fiber Optic : Pengenalan Umum
Feb 24th
Fiber optic merupakan sebuah teknologi yang menggunakan kaca (atau plastik) benang (serat) untuk menghantar data. Sebuah kabel fiber optic terdiri daripada seikat benang kaca yang masing-masing mampu memancarkan mesej diatur ke gelombang cahaya.
Gentian optik mempunyai beberapa keunggulan dibandingkan dengan logam tradisional komunikasi baris.
- Kabel fiber optic mempunyai jauh lebih besar bandwidth daripada kabel logam. Ini bermakna bahawa mereka boleh membawa lebih banyak data.
- Kabel fiber optic kurang terdedah daripada gangguan berbanding kabel logam.
- Kabel fiber optic jauh lebih tipis dan ringan daripada kabel logam.
- Data boleh dihantar secara digital (bentuk alami untuk data komputer) daripada analog.
Masalah utama daripada serat optik adalah harga kabel yang mahal untuk pemasangan. Selain itu, ianya lebih rapuh berbanding kawat dan sukar untuk membuat penyambungan.
Fiber optic adalah teknologi yang sangat popular untuk LAN (Local Area Network). Selain itu, syarikat telefon kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Di masa depan, hampir semua komunikasi akan menggunakan fiber optic.
Fiber optic adalah sebuah kaca atau plastik serat yang membawa cahaya sepanjang kabel. Fiber optic adalah tumpang tindih ilmu gunaan dan teknik berkaitan dengan rekabentuk dan pelaksanaan fiber optic. Fiber optic banyak digunakan dalam komunikasi fiber optic, yang membolehkan penghantaran melalui jarak yang lebih jauh dan lebih qualiti bandwidth (data rates) daripada bentuk-bentuk komunikasi lain. Fiber digunakan sebagai pengganti logam kabel kerana isyarat di kabel logam akan berkurangan untuk jarak yang jauh, dan gangguan elektromagnet juga menjadi faktor kemerosotan isyarat apabila menggunakan kabel logam. Fiber juga digunakan dengan cara menghantar data secara pukal sehingga ianya boleh digunakan untuk membawa foto, dan melalui ruangan yang sesak. Fiber yang direka secara khusus digunakan untuk pelbagai aplikasi lain, termasuk sensor dan fiber laser.
Cahaya adalah disimpan di ‘core’ di dalam fiber optic oleh keseluruhan pantulan dalaman. Hal ini menyebabkan fiber bertindak sebagai Waveguide. Fiber yang menyokong banyak mode disebut fiber multi-mode (MMF), sekiranya ia hanya boleh menyokong satu mode, fiber ini akan dipanggil fiber mode tunggal (SMF). Fiber Multi-mode umumnya memiliki diameter ‘core’ yang lebih besar, dan digunakan untuk capaian komunikasi jarak pendek dan untuk aplikasi di mana kekuatan qualiti mesti diperolehi. Fiber Single-mode digunakan bagi kebanyakan komunikasi yang jauh lebih daripada 550 meter (1.800 kaki).
Untuk artikel yang akan datang, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan fiber optic.
Mengapa Saya Masih Menggunakan Wired Broadband?
Jan 19th
Sebenarnya saya telah menerangkan berkaitan dengan wireless dan wired broadband sebelum ini di http://azlan.epontian.com/?p=85 dengan jelas. Namun masih ada yang bertanya kepada saya mengapa saya masih menggunakan wired broadband (streamyx) sedangkan kini telah ada teknologi 4G yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding 3G dan 3.5G.
Bagi saya pilihan utama saya ialah wired broadband pada masa kini kerana perkhidmatan wireless masih tidak dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang saya kehendaki. Apakah yang ada pada wired broadband tetapi tidak ada pada wireless broadband?
1. Wired broadband memberikan saya IP samada dynamic ataupun static (dedicated) yang membolehkan saya menggunakan perkhidmatan broadband saya se ‘optimum’ mungkin seperti membuat web server, virtual office, virtual hdd space dan sebagainya. Sekiranya saya menggunakan wireless broadband, saya tidak mempunyai IP sendiri. Apa yang provider sediakan hanyalah IP local iaitu seperti 10.xxx.xxx.xxx yang mana saya tidak mampu menjalankan apa – apa aplikasi maya seperti web server dan sebagainya yang saya nyatakan di atas. Aplikasi – aplikasi tersebut sebenarnya mampu membantu kita di dalam urusan seharian.
2. Wired broadband memberikan saya bandwidth yang lebih besar berbanding wireless broadband. Ini kerana wireless broadband menggunakan konsep virtual private network (VPN) di dalam aplikasi internet mereka. Konsep VPN ini juga yang menyebabkan pengguna tidak memperolehi IP sendiri. IP yang diberikan dikongsi oleh pengguna – pengguna yang lain di kawasan setempat mereka. Oleh itu tidak hairan ada yang menyatakan wireless broadband di pekan kecil lebih laju berbanding dengan di bandaraya kerana jumlah pengguna yang berbeza. Semakin kurang pengguna yang menggunakan perkhidmatan wireless broadband semakin laju untuk mengakses ke internet. Oleh itu bandwidth yang diberikan juga dikongsi bersama pengguna yang lain. Sebagai contoh, seandainya bandwidth yang diberikan ialah 4Mbps, maka 4Mbps ini dikongsi bersama semua pengguna di kawasan tersebut. Kita selalu dikelirukan dengan promosi provider seperti capaian internet sehingga 3Mbps. Sebenarnya 3Mbps tersebut hanyalah capaian daripada komputer kita untuk ke switcher sahaja, switcher ke outsources (sumber luaran) ialah 4Mbps yang dikongsi bersama pengguna – pengguna yang sedang menggunakan perkhidmatan wireless broadband yang disediakan oleh provider. Bagi wired broadband, bandwidth yang diberikan ialah mengikut pakej yang diambil seperti 1Mbps/512Kbps. Meskipun kita tidak akan memperolehi 1Mbps sepenuhnya tetapi kelajuan capaiannya lebih memuaskan berbanding 4Mbps yang dikongsi bersama ribuan pengguna yang lain.
3. IP bagi wireless broadband setiap switcher adalah dedicated. Oleh itu seandainya IP tersebut dihalang dari capaian (banned) oleh mana – mana penyedia perkhidmatan web atau aplikasi internet yang lain, maka seluruh pengguna tidak dapat mengakses aplikasi internet tersebut. Mungkin IP tersebut di ‘banned’ disebabkan oleh perbuatan seorang pengguna tetapi impak yang diterima ialah semua pengguna akan menerima kesannya. Berbeza dengan wired broadband, sekiranya IP pengguna di ‘banned’, pengguna hanya perlu restart semula router ADSL mereka. Tetapi perlu diingatkan, pengguna wired broadband yang menggunakan perkhidmatan dedicated IP akan terkesan kerana IP yang dibekalkan akan tidak berubah. Namun pengguna wired broadband masih tidak menerima kesan atas tindakan tersebut.
Jadi saya rasa penerangan di atas sudah cukup lengkap bagi menjelaskan persoalan – persoalan yang timbul. Oleh itu buatlah pilihan yang terbaik bagi memilih perkhidmatan internet anda.
Penutupan Halam Sembang (Chat) Lepaknet
Nov 8th
Buat makluman semua, dengan rasminya halaman sembang (chat) Lepaknet telah saya hentikan services tersebut pada 5 November yang lalu. Pemberhentian ini berkuat kuasa serta merta. Setelah 5 tahun lepaknet memberikan services di dalam IRC dan setelah tersenarai sebagai salah satu server IRC di dunia dan juga telah tersenarai di dalam Network List di MiRC. Keputusan ini dibuat setelah saya memikirkannya buat masa yang lama. Oleh itu selepas ini Lepaknet tiada mempunyai kaitan dengan IRC dan mana – mana network yang memberikan services IRC lagi.
Perancangan saya berkaitan Lepaknet.Org pada masa akan datang mungkin akan menjurus kepada halaman web sosial seperti FaceBook, MySpace, Frienster dan lain – lain lagi. Hanya tunggu masa dan ketika sahaja.
Noorazlan Bin Rosdi
Pengerusi & Pemilik Lepaknet.Org
SSHTunnel: Teknik Melayari Web Melepasi Sekatan Firewall
Sep 15th

SSHTunnel ialah aplikasi *nix yang membenarkan anda dengan mudah mencipta SSH Tunnels (laluan SSH) daripada komputer anda ke remote host (seperti website) melalui SSH server. SSHTunnel ini boleh melakukan bypass peraturan-peraturan firewall dengan cara yang mudah. Jadi jika anda berada di tempat kerja, dan anda tidak boleh mengakses YouTube, hanya membuat SSHTunnel, dan anda sedia untuk melayari.
Bagaimana mencipta SSHTunnel?
Apa yang perlu ialah anda mempunyai akses ssh pada mana – mana server. Kemudian, ikut langkah – langkah seperti di bawah:
- Buka notepad pada komputer yang menggunakan operating system Windows.
- Tuliskan arahan ini di dalam notepad anda: putty -D [port yang anda ingin gunakan di komputer anda] -P 22 (ini adalah port default untuk ssh. Kadang kala port ini lain. Bergantung kepada server yang anda ingin gunakan) -ssh [ip / host server ssh].
- Contoh : putty -D 8080 -P 22 -ssh 218.23.56.171
- Kemudian simpan file (save file) dengan extension file .bat seperti sshtunnel.bat.
- Letakkan file .bat anda di dalam folder yang sama dengan aplikasi putty. Untuk dapatkan putty, boleh download di sini.
- Laksanakan file .bat anda dan kemudian masukkan login dan password bagi access server pada aplikasi putty anda.
- Buka Firefox anda dan klik ke menu bar Tools -> Options
- Pilih tab Advanced dan klik Network. Klik pada butang Settings di Connection.
- Klik di radio button pada Manual Proxy Configuration.
- Letakkan pada Sock Hosts: 127.0.0.1 dan masukkan port seperti yang anda tetapkan contohnya 8080 (rujuk pada -D 8080)
- Pastikan protokol Socks 5 ditetapkan.
- Klik ok.
Kini anda boleh melayari internet di pejabat dengan melepasi peraturan (rules) firewall. Selamat mencuba.
VDSL2 Teknologi Terkini DSL
Aug 17th
Minggu lepas saya ada membuat ulasan berkaitan dengan usaha Jalenas mewujudkan perkhidmatan internet menggunakan fiber optic wire. Saya terfikir mengapa TM yang mempunyai infrastuktur yang lengkap tidak mendahului Jalenas mewujudkan network internet menggunakan fiber optic. Hari ini saya ada membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan teknologi DSL pada masa kini dan perkembangannya. Ini kerana saya sangat berminat untuk mengetahui VDSL2 yang mula dibangunkan dibanyak negara eropah dan asia. Saya melihat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang giat membangunkan VDSL2 ini dan dikendalikan oleh pihak TM. Kini saya mengetahui mengapa TM tidak membina network internet ke rumah menggunakan teknologi fiber optic.
Jadi hari ini saya akan memberikan sedikit info berkaitan VDSL2 kepada pembaca semua. VDSL2 bermaksud (Very High Speed Digital Subscriber Line 2) merupakan teknologi mengakses internet terkini menggunakan infrastuktur sedia ada (copper wire) iaitu menggunakan POT Services (Plain old telephone service @ POTS). Ia akan melalui central offices menggunakan fibre-fed cabinets yang diletakkan berhampiran rumah kediaman ataupun di dalam premis.
VDSL2 merupakan teknologi DSL terkini dan melebihi standard talian komunikasi DSL. Ianya direka untuk menyokong triple play service iaitu meliputi voice, video, data, high definition television (HDTV) dan permainan interaktif. Ianya lebih efisyen terhadap fleksibalitidan kos untuk upgrade infrastuktur xDSL sedia ada. Standard yang digunakan ialah ITU G.993.2 (International Telecommunication Union@ITU) yang dikhususkan untuk DSL jenis VDSL2.
ITU-T G.993.2 (VDSL2) merupakan sambungan kepada G.993.1 (VDSL) yang mana permit diberikan untuk transmission asymmetric dan symmetric aggregate data rates sehingga 200Mbp/s menggunakan twisted pairs menggunakan bandwidth sehingga 30MHz.
VDSL2 secara teori membolehkan capaian maksimum 250Mbit/s pada data kepada 100Mbit/s pada 0.5 km dan 50Mbit/s pada 1 km dan menjadi amat perlahan selepas itu dan tidak dapat berfungsi sebagai VDSL. Bermula 1.6km, fungsi VDSL2 akan bertukar kepada ADSL2+ (24Mbit/s download speed).
VDSL2 juga menyokong kelajuan capaian sehingga 1-4Mbit/s bagi kawasan sejauh 4 – 5 km, tetapi akan menambahkan bit-rate sehingga 100Mbit/s symmetric dengan loop-length dalam masa yang singkat.
Diharap dengan perkembangan ini, pihak ISP yang ada kini dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna – pengguna internet di Malaysia.
Jalenas ISP Internet Terbaru?
Aug 13th
Mungkin ini merupakan berita baik kepada pengguna internet di Malaysia. Sebuah syarikat Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (Jalenas) kini dalam perlaksanaan fasa pertama yang dilaksanakan di Kuantan, Pahang bagi menyediakan frasarana talian internet menggunakan teknologi gentian optik (fiber optic). Memang telah lama kita nantikan perkara seperti ini dilaksanakan di Malaysia. Perkembangan ini di harap bukan hanya satu angan – angan kosong tetapi harapan kita ianya menjadi satu yang realiti. Mengapa saya katakan begitu? Adakah saya tidak yakin dengan Jalenas dalam memberikan perkhidmatan tersebut?.
Teknologi fiber optic ini sebenarnya telah lama digunakan oleh syarikat – syarikat besar. Pada sekitar akhir tahun 90an, terdapat perkhidmatan menggunakan fiber optic ini yang dikenali dengan nama ISDN (Integrated Services Digital Network) tetapi kos yang ditanggung oleh pengguna amat besar. Kos yang besar ini mungkin disebabkan oleh penyediaan talian fiber optic ini juga memerlukan kos yang tinggi oleh pihak SP (Service Provider).
Keupayaan penggunaan fiber optic ini sangat tinggi dan berbeza dengan penggunaan kuprum twisted pair cable yang diimplimenkan di dalam teknologi DSL (Digital Subscriber Line) yang mana DSL ini menghasilkan fenomena jalur lebar ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) dan SDSL (Symmetric Digital Subscriber Line). Teknologi DSL ini menggunakan wayar kuprum sebagai device untuk menghantar dan menerima data melalui Terminal Adaptor dan capaian maksimum ialah 8Mbps. Berbeza dengan fiber optic, capaian maksimum bagi fiber optic ialah sehingga 2.5Gbps.
Apa yang difahamkan, Jalenas akan menggunakan talian gentian optik ke rumah (FTTH) sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan capaian broadband yang lebih tinggi. Mungkin teknologi UHDSL (Universal High bit rate Digital Subscribe Line) akan digunakan yang telah diperkenalkan pada tahun 2005 oleh RLH Industries bagi menggantikan HDSL (High Digital Subscribe Line) yang merupakan teknologi DSL yang pertama. Mungkin juga penggunaan teknologi IDSL (ISDN Digital Subscribe Line). Itu saya belum pasti lagi sebab tidak ada dinyatakan oleh pihak Jalenas.
Sekiranya perlaksanaan ini berjaya diseluruh negara, saya yakin TMNet akan “gulung tikar”. Ini disebabkan pengguna akan cenderung memilih ISP yang memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ini satu kredit untuk pengguna internet di Malaysia. Mungkin juga TMNet terpaksa menurunkan harga sewa bagi menarik pengguna menggunakan perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun, selaju mana talian internet di rumah kita tetapi ianya kurang membantu untuk capaian internet ke sumber luar selagi Malaysia tidak mempunyai back bone sendiri. Perkara ini diharap akan dapat diselesaikan dan saya percaya semua pengguna internet di Malaysia menantikan saat Malaysia mempunyai back bone sendiri bagi meningkatkan capaian internet kepada sumber luar. Bak pepatah “Jangan jadi macam katak bawah tempurung”. Fikir – fikirkanlah dan nantikan perkembangan yang akan datang.
Gangguan Internet Di Asia Pasific
Jul 31st

Mungkin ramai yang sedar semenjak dua ni seolah – olah internet yang kita gunakan agak perlahan. Saya juga merasa kesannya sehingga membuatkan rasa bosan untuk melayari web. Semalam saya cuba untuk menulis blog saya ini tetapi saya dapati pc saya tak dapat nak resolve domain saya. Terkejut juga sebab seingat saya belum masanya untuk memperbaharui domain – domain yang saya gunakan.
Pelbagai cara saya lakukan termasuklah restart router saya berpuluh kali. Hasilnya masih sama sehinggakan saya terfikir untuk menelefon TMNet (100) untuk membuat aduan. Ketika menanti dilayan oleh operator yang bertugas, saya mendengar informasi daripada suara robot (suara rakaman menggunakan komputer :p) memberitahu Asia Pasific mengalami masalah gangguan internet disebabkan kerosakan kabel dasar laut antara Taiwan dan Hong Kong. Saya terdetik mungkin masalah saya ini adalah kesan daripada back bone yang bermasalah di Hong Kong sebab server yang saya gunakan di data center Dallas U.S.
Saya letakkan ganggang telefon dan cuba mencari penyelesaian. Saya hubungi teman – teman untuk meminta mereka mencuba membuka web – web daripada server saya. Respons yang saya terima mereka dapat membukanya. Saya cuba membuka web – web lain yang lokasinya di US dan saya juga dapat membukanya. Perkara ini agak menjadi tanda tanya sebab hanya web yang berada di server saya yang saya tidak dapat layari tetapi boleh dilayari oleh teman – teman saya yang berada di tempat lain. Saya ambil keputusan memasuki server salah satu jabatan kerajaan di Johor dan menggunakan arahan lynx di shell untuk membuka web saya. Gagal!. Kini saya berpuas hati. Saya yakin masalah ini berpunya daripada port streamyx di Johor. Saya terus hubungi semula TMNet dan akhirnya pukul 2 pagi baru keadaan pulih setelah mereka reset port streamyx saya.
Saya tak dapat gambarkan apa akan berlaku sekiranya sistem internet di dunia lumpuh sepenuhnya. Baru sahaja masalah ini terjadi di rumah saya pun saya dah pening kepala sebab terputus hubungan dengan ramai orang. Cuba anda bayangkan apabila terpaksa beratur panjang untuk membayar bil, hantar surat menggunakan pos kepada kawan dan menunggu balasannya dalam masa 2 minggu dan pelbagai lagi kerumitan yang akan kita rasakan. Apa – apapun internet ni banyak membantu di dalam kehidupan harian kita pada masa kini tetapi kekadang menyusahkan juga. Fikir – fikirkanlah
Perkembangan yang dahsyat di dalam dunia maya kini sudah hampir sampai ke kemuncak. Mungkin kita sudah tidak perlu keluar rumah untuk mencari barang keperluan dapur pada masa akan datang. Apa yang perlu hanyalah membuka komputer dan membuat pesanan melalui halaman web e-dagang (e-commerce). Semuanya tidak mustahil berlaku pada masa akan datang.
Baru – baru ini saya menerima panggilan telefon daripada sahabat saya V_D atas sebab yang mustahak. Beliau meminta saya menyediakan sebuah server backup bagi kegunaan Muah2x.Lepaknet.Org untuk sementara waktu. Saya mula terfikir untuk menggunakan server dirumah yang menggunakan talian streamyx 1Mbps/512Kbps. Saya fikir kelajuan streamyx saya agak mencukupi menampung user Lepaknet. Baru saya teringat kini saya menggunakan Fedora 11 yang agak tidak selesa untuk saya gunakan. Justeru saya menukarkan kepada Ubuntu Server Edition 64 bits. Ketika proses installation, DVD drive saya mengalami masalah kerosakan. Almaklumlah saya menggunakannya semenjak 2005. Mungkin sampai masanya untuk ditukar.









Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr