My Blog For ICT Information And Education.
Software
Aplikasi Komputer
Menggunakan Axel Untuk Melakukan Proses Download Di Dalam Linux
May 25th
Sebelum ini saya menggunakan aplikasi wget untuk melakukan download bagi fail – fail yang besar. Namun wget gagal untuk mempercepatkan proses download fail – fail yang besar. Saya telah melakukan download bagi fail iso Fedora 13 yang akan dilancarkan pada 26 mei ini. Saiz fail iso Fedora 13 adalah 3.2 GB dan memang merupakan satu nisbah yang besar dan memerlukan kesabaran untuk menyudahkan download ini. Apa yang menyedihkan, talian broadband streamyx saya selalu mengalami gangguan dan sering terputus – putus. Apabila berlaku gangguan, fail tersebut terhenti dan saya terpaksa melakukan ulang semula proses download ini. Oleh itu saya menggunakan penyelesaian dengan menggunakan axel di dalam fedora 12 saya untuk melakukan download fedora 13. Axel akan menyambung semula proses download (resume) sekiranya talian internet anda terputus. Jadi anda tidak perlu mengulang semula proses download tersebut.
Pengenalan
Axel cuba untuk mempercepat proses download dengan menggunakan beberapa sambungan untuk satu fail. Ianya juga boleh menggunakan beberapa mirror untuk satu proses download. Axel berusaha untuk menjadi seringan mungkin (25-30k dalam bentuk binary), sehingga ianya mungkin berguna sebagai klon wget pada byte-critical systems. Pakej ini juga mempunyai front-end berasaskan QT-grafik sebagai antaramuka. Biasanya axel digunakan di dalam sistem operasi Linux berasaskan debian. Namun axel juga wujud di dalam Linux berasaskan Redhat.
Bagaimana Axel Berkerja?
Axel menjalankan tugas seperti accelerator yang lain; ia membuat sambungan lebih daripada 1 HTTP/FTP di dalam satu masa di dalam satu proses download dan sambungan (connection) bagi setiap pemindahan sendiri dengan berasingan dan merupakan sebahagian daripada fail yang kita download. Sebagai contoh untuk menerangkan hal ini, biasanya penyedia halaman FTP menetapkan kelajuan connection masing – masing bagi seseorang pengguna mengelakkan server menjadi terlalu sibuk dan perlahan. Bagi mengelakkan kegagalan di dalam melakukan proses download, adalah lebih baik melakukan download dengan membuka sambungan tambahan pada beberapa server secara serentak. Ianya membantu di dalam proses download dan membantu mempercepatkan proses download.
Memasang Axel Di Dalam Linux
Sekiranya anda menggunakan Linux berasaskan debian, ikuti arahan di bawah ini:
# apt-get install axel
Atau anda boleh download daripada halaman web rasmi axel:
$ wget http://wilmer.gaast.net/downloads/axel-1.0b.tar.gz$tar -zxvf axel-1.0b.tar.gz$./configure$ make install
Bagi pengguna Linux berasaskan Redhat, ikuti arahan di bawah:
- # yum install -y axel
Bagaimana Cara Untuk Menggunakan Axel?
Memadai dengan melaksanakan arahan di bawah ini:
$ axel http://lokasi.fail.yang.ingin.anda.download.iso
Anda juga boleh menetapkan kelajuan (bytes per second) untuk axel bagi mengelakkan proses download anda tidak menggunakan keseluruhan bandwidth anda. Sebagai contoh berikut akan cuba untuk menetapkan kelajuan purata sekitar 5242880 (5.120 kilobyte per / sec):
$ axel -s 5242880 http://lokasi.fail.yang.ingin.anda.download.iso
Anda juga boleh menentukan jumlah sambungan (connection) yang ingin dibuka. Contohnya membuka 3 sambungan untuk proses download anda:
$ axel -n 3 -s 5242880 http://lokasi.fail.yang.ingin.anda.download.iso
Benarkah Axel Lebih Cepat Berbanding Wget?
Di bawah ini dipaparkan hasil daripada ujian yang saya lakukan:
$ wget http://kernel.org/pub/linux/kernel/v2.6/linux-2.6.17.11.tar.bz2
Output:
--12:10:31-- http://kernel.org/pub/linux/kernel/v2.6/linux-2.6.17.11.tar.bz2
=> `linux-2.6.17.11.tar.bz2'
Resolving kernel.org... 204.152.191.5, 204.152.191.37
Connecting to kernel.org|204.152.191.5|:80... connected.
HTTP request sent, awaiting response... 200 OK
Length: 41,288,067 (39M) [application/x-bzip2]
100%[================================================================================>] 41,288,067 2.33M/s ETA 00:00
12:10:48 (2.31 MB/s) - `linux-2.6.17.11.tar.bz2' saved [41288067/41288067]
$ axel http://kernel.org/pub/linux/kernel/v2.6/linux-2.6.17.11.tar.bz2
Output
Initializing download: http://kernel.org/pub/linux/kernel/v2.6/linux-2.6.17.11.tar.bz2 File size: 41288067 bytes Opening output file linux-2.6.17.11.tar.bz2.1 Starting download [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 247.1KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 408.3KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 566.3KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 707.2KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 836.5KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [ 975.9KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [1079.9KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [1210.0KB/s] [ 0%] .......... .......... .......... .......... .......... [1303.1KB/s] [ 1%] .......... .......... .......... .......... .......... [1422.1KB/s] [ 1%] .......... .......... .......... .......... .......... [1508.0KB/s] [ 1%] .......... .......... .......... .......... .......... [1629.2KB/s] .......... ... .... [ 99%] .......... .......... .......... .......... .......... [8710.2KB/s] [ 99%] .......... .......... .......... .......... .......... [8680.7KB/s] [100%] .......... .......... Downloaded 39.4 megabytes in 4 seconds. (8681.65 KB/s)
Jadi lihat perbezaan diantara wget dan axel.Kesimpulannya, axel adalah lebih efektif berbanding daripada wget. Selamat mencuba.
Projek Membangunkan Office Online Menggunakan Perisian Open Source
May 2nd
Selamat hari pekerja saya ucapkan kepada pekerja seluruh dunia. Hari ini saya ingin membincangkan perihal projek yang sedang saya usahakan yang saya beri nama E-Office. Sebenarnya perisian yang saya gunakan bukanlah perisian yang saya bangunkan tetapi saya menggunakan perisian open source. Perisian yang saya gunakan ialah GroupOffice versi 3.4.21. GroupOffice ialah merupakan perisian groupware. Perisian berasaskan web base ini jarang digunakan berbanding LMS ataupun CMS. Sebenarnya saya pernah bincangkan sebelum ini di http://azlan.epontian.com/?p=404 secara lengkap. Tetapi hari ini saya ingin menerangkan kembali memandangkan masih ramai yang belum ingin mencuba perisian ini.
Semenjak dua ini saya kerap menerima surat daripada pihak jabatan tempat bertugas untuk saya menghantar data dengan segera menggunakan medium email. Apa yang menarik perhatian saya dan timbul untuk saya menjalankan projek ini ialah pihak pengurusan jabatan tersebut memberikan email mereka berserta password (bermaksud login dan password) disertakan sekali di dalam email. Agak melucukan hati saya. Tidak pernah saya terfikir untuk mendedahkan password email saya kepada pihak ketiga. Cuba kita bayangkan sekiranya email-email yang mereka terima dan belum dibaca tiba-tiba dipadamkan oleh pihak ketiga atas sebab kesilapan mahupun sabotaj. Siapa yang ingin mereka salahkan? Adakah mereka akan berjaya mengesan siapakah yang bertanggungjawab terhadap perbuatan tersebut?
Saya masih hairan mengapa pihak-pihak tersebut tidak cuba mengoptimumkan penggunaan teknologi rangkaian yang ada pada masa kini. Hampir semua jabatan dan bangunan kerajaan kini telah disambungkan dengan talian internet terlebih lagi sekolah – sekolah yang ada di Malaysia. Adakah mereka memikirkan kos yang selalu dipersoalkan? Penyelesaian yang ada ialah dengan menggunakan perisian open source. Masalah server sebenarnya adalah masalah yang kecil. Gunakan sahaja PC biasa dan gunakan operating system Linux. Selesai masalah server. Bagaimana pula sambungan internet? Saya merujuk kepada sekolah – sekolah yang ada di Malaysia. Hampir semuanya kini mempunyai talian internet menggunakan VPN schoolnet. Gunakan sahaja talian schoolnet (merujuk kepada sekolah) untuk talian yang menghubungkan ke server.
Saya terpanggil untuk menggunakan semula GroupOffice ini apabila melihat senario yang agak membingungkan. Lantas saya bina menggunakan talian internet streamyx di rumah dan inilah hasilnya: http://azlan.blogdns.net/office/ . Jadi saya menyarankan kepada pihak – pihak tersebut untuk cuba menggunakannya. Anda boleh mencuba untuk menggunakan GroupOffice saya dengan menggunakan username: guest dan password: guest123.
Pengenalan Kepada SQL
Oct 15th
Structured Query Language (SQL) atau di dalam bahasa melayu dikenali sebagai Bahasa Pertanyaan Berstruktur adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data berkait (relational database management system). SQL dijadikan standard piwaian oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Organization for Standardization (ISO).
Sejarah
Satu kertas kerja akedemik, A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks, oleh Dr. Edgar F. Codd, teleh diterbitkan pada Jun 1970 dalam jurnal Association for Computing Machinery (ACM), Communications of the ACM, walaupun lakaran mengenainya telah tersebar dalam IBM semenjak 1969. Model Codd semakin diterima sebagai model mutakhir bagi sistem pengurusan pangkalan data berkait relational atau Relational Database Management System (RDBMS atau RDMS).
Pada tahun 1970-an, kumpulan di pusat penyelidikan San Jose IBM membangunkan sistem pangkalan data “System R” berasaskan model Codd. Structured English Query Language (“SEQUEL”) direka bagi mengolah dan mengambil data yang tersimpan dalam Sistem R. Ringkasan SEQUEL kemudian diringkaskan kepada SQL kerana perkataan ‘SEQUEL’ telah dipegang sebagai tanda dagang oleh syarikat kapal terbang Hawker Siddeley dari UK. Sungguhpun SQL dipengaruhi oleh hasil kerja Codd, Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce di IBM merupakan pengarang rekabentuk bahasa SEQUEL. Konsep mereka diterbitkan bagi meningkatkan minat dalam SQL.
Pangkalan data berkait, bukan pangkalan data SQL, bukan laba, Ingres, dimajukan pada 1974 di U.C. Berkeley.
Pada tahun 1978, ujian terkawal bermula di tapak ujian pelanggan. Menunjukkan kelebihan dan kesesuaian guna sistem ini, ujian ini terbukti berjaya bagi IBM. Hasilnya, IBM mula membangunkan keluaran dagangan berasaskan prototaip System R yang melaksanakan SQL, termasuk System/38 (diperkenalkan pada 1978 dan terdapat secara dagang pada Ogos 1979), SQL/DS (diperkenalkan pada 1981), dan DB2 (pada 1983).
Pada masa yang sama Relational Software, Inc. (kini Oracle Corporation) melihat potensi konsep yang digambarkan oleh Chamberlin dan Boyce dan memajukan RDBMS versi mereka sendiri bagi Navy, CIA dan yang lain. Pada musim panas 1979 Relational Software, Inc. memperkenalkan Oracle V2 (Versi 2) bagi komputer VAX sebagai penggunaan SQL yang terdapat secara dagang. Oracle sering kali salah dikatakan mendahului IBM ke pasaran lebih dari dua tahun, sedangkan mereka hanya mendahului System/38 IBM hanya selama beberapa minggu sahaja. Minat umum meningkat; dan banyak vendor lain mula membangunkan pelbagai versi, dan masa depan Oracle terjamin.
Piwaian
SQL kemudiannya diangkat sebagai piwaian oleh ANSI pada tahun 1986 dan ISO pada tahun 1987. Bagaimanapun, semenjak pembatalan program piawaian pengurusan data NIST pada tahun 1996 tidak terdapat pengesahan bagi pematuhan kepada piwaian SQL dengan itu vendor perlu mengesahkan diri sendiri.
Piwaian SQL telah melalui beberapa revisi:
| Tahun | Nama | Nama samaran | Komen |
|---|---|---|---|
| 1986 | SQL-86 | SQL-87 | Mula diterbitkan oleh ANSI. Disahkan oleh ISO in 1987. |
| 1989 | SQL-89 | Revisi kecil. | |
| 1992 | SQL-92 | SQL2 | Revisi utama (ISO 9075). |
| 1999 | SQL:1999 | SQL3 | Menambah padanan biasa, pertanyaan rekursif, picu, jenis tidak-skalar dan sebahagian ciri-ciri berasaskan-objek. (Dua yang terakhir agak kontrovesi dan tidak disokong secara meluas.) |
| 2003 | SQL:2003 | Introduced XML-related features, window functions, standardized sequences and columns with auto-generated values (including identity-columns). | |
| 2006 | SQL:2006 | ISO/IEC 9075-14:2006 menetapkan cara bagaimana SQL boleh digunakan bersama XML. Ia menetapkan cara mengimport dan menyimpan data XML dalam pangkalan data SQL, mengemaskini data dalam pangkalan data dan menerbitkan data SQL dan XML dalam bentuk XML. Tambahan lagi, ia memberi kemudahan yang membenarkan applikasi untuk menerap dalam kod SQL kegunaan XQuery, XML Query Language yang diterbitkan oleh World Wide Web Consortium (W3C), bagi capaian serentak dokumen XML dan data SQL biasa. |
Vendor SQL
Mengenali Lebih Dekat Bahasa Pengaturcaraan Web
Aug 20th
Artikel ini saya tulis adalah di atas permintaan daripada pengunjung blog saya. Di sini saya akan terangkan 3 bahasa pengaturcaraan web yang utama iaitu PHP, ASP dan JSP berkaitan kelebihan yang disediakan. Saya tidak dapat mengulas kebaikkan dan keburukkan kerana kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Oleh itu anda harus bijak untuk memilih bahasa pengaturcaraan yang terbaik yang anda rasakan sesuai dengan projek yang ingin anda buat.
Bahasa pengaturcaraan web pada asalnya bermula dengan HTML dan kini semakin berkembang mengikut perkembangan teknologi pada masa ini. Meskipun begitu kesemua bahasa pengaturcaraan generasi terkini tetap membenarkan ianya menyisipkan bahasa HTML ini di dalam kod aturcaranya.
Penerangan ringkas berkaitan PHP, ASP dan JSP.
![]()
PHP adalah server side language yang dapat digunakan di web browser. Banyak manfaat yang diperolehi daripada penggunaan PHP ini. PHP membenarkan kod HTML diguna di dalamnya disamping penggunaan CSS dan JavaScript. Apa yang perlu ialah file web hendaklah menggunakan extension .php sebagai pengenalan ianya merupakan file php.
Ia juga membenarkan developer membuat operasi yang sukar untuk digunakan di dalam web environment. PHP juga membenarkan untuk memuatkan halaman lebih kerap daripada biasa dan terdapat banyak server hosting yang menyokong penggunaan PHP. Hosting yang menggunakan PHP juga lebih murah berbanding hosting yang menggunakan ASP.Net, Visual Basic.Net dan Java (JSP). Ini kerana PHP merupakan perisian open source dan semua server yang menggunakan operating system *nix telah sedia ada menyokong PHP dan PHP telah sedia terpasang di dalamnya.
PHP juga memungkinkan pengurusan data secara centralize dan memudahkan data – data disimpan di dalam database. PHP juga memberikan developer lebih kebebasan untuk membina, mempunyai banyak kemudahan untuk halaman web dan juga tetap membolehkan hubungan dengan data luar (extended data). Dengan penghubungan web dan data ini membenarkan developer update web tanpa perlu download source file (file sumber) di dalam proses update tersebut.
![]()
ASP dibangunkan bagi kecepatan masa dan mudah sebagai alternatif kepada CGI dan Perl atau C. Ianya juga menyokong VBScript dan JScript. Komponen ADO pula digunakan bagi membantu performance kepada fungsi tambahan termasuk ODBC-compliant databases, dan data output dalam bentuk text. Komponen Java dan XML pula digunakan sebagai extended script (skrip luaran) kepada ASP.
Terdapat benefit tambahan yang ada di dalam ASP:
- Digunakan di dalam hosting Windows.
- ASP dilaksanakan sebagai service kepada web server dan dioptimumkan kepada pelbagai kerja dan pengguna (user). Ini bermakna ASP dapat diimplimen dengan cepat dan mudah.
- ASP membenarkan anda memisahkan rekabentuk halaman web daripada programming mengakses database dan aplikasi. Ianya membolehkan programmer dan perekabentuk web untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan.
- Server-side ASP membenarkan borang (form) HTML menyimpan data ke dalam database dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalam HTML ke dalam browser.

Jika anda telah biasa menggunakan HTML SilverStream, anda mungkin mudah menggunakan tool di dalam toolbox anda. Jadi untuk memulakannya, JSP bermaksud JavaServer Pages. Seperti SilverStream Pages, JSP juga bermaksud membina Java Servlets. Apabila terdapat permintaan untuk halaman .JSP, server akan memanggil Java Servlet untuk menjawab dan melaksanakan arahan daripada permintaan tersebut.
Terdapat pelbagai alat yang telah dibina untuk bekerja dengan JSP (J2EE objek dan toolkit). Ini membolehkan modal yang diperlukan amat rendah dan membolehkan pembiayaan lebih banyak projek dalam satu masa. ianya juga lebih fleksibel dengan pengurusan kumpulan dan ianya sangat mudah untuk menguasai kemahiran tersebut bagi sesebuah kumpulan.









Saya selalu ditanya oleh kawan – kawan, antivirus apa yang terbaik? Sebenarnya semua antivirus adalah baik. Cuma yang membezakannya hanyalah samada ia berbayar ataupun percuma. Bagi pendapat saya, saya akan menggunakan antivirus percuma asalkan saya selalu ‘update’ patern antivirus tersebut. Patern adalah merujuk kepada senarai virus yang boleh dikenalpasti oleh antivirus tersebut.
Perkembangan yang dahsyat di dalam dunia maya kini sudah hampir sampai ke kemuncak. Mungkin kita sudah tidak perlu keluar rumah untuk mencari barang keperluan dapur pada masa akan datang. Apa yang perlu hanyalah membuka komputer dan membuat pesanan melalui halaman web e-dagang (e-commerce). Semuanya tidak mustahil berlaku pada masa akan datang.
Wine ialah perisian percuma bagi pengguna *nix bagi melaksanakan dan menjalankan perisian yang dibangunkan di bawah pembangunan Microsoft Windows. Ini bermakna semua perisian yang dibangunkan untuk kegunaan Windows kini boleh digunakan di dalam operating system *nix. Wine juga menyediakan software library yang dikenali sebagai Winelib bagi membolehkan pembangun perisian akan dapat compile aplikasi Windows untuk membantu aplikasi ini ditetapkan port seperti *nix system.











Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr