Archive for May, 2009

Upstream Dan Downstream

Perkembangan Internet di Malaysia pada masa ini sangat drastik dengan kewujudan jalur lebar. Perkembangan ini menyebabkan perlumbaan yang sihat di antara ISP – ISP di Malaysia. Di dalam perkhidmatan jalur lebar terutamanya bagi yang menggunakan teknologi ADSL, bagi setiap pengguna akan diberikan upstream dan downstream. Biasanya ISP akan menekankan kepada downstream dan juga pengguna tidak diberikan pendedahan kepada kepentingan upstream. Pada hakikatnya upstream ini membantu di dalam capaian internet pengguna. Apakah yang dimaksudkan upstream dan downstream?

Upstream

Upstream ialah proses penghantaran data daripada mesin seperti komputer, mesin ATM dan sebagainya melalui medium network. Bagi teknologi dial-up dan ADSL, upstream lebih perlahan berbanding downstream. Ini bermaksud upstream merupakan kepantasan data yang dihantar daripada komputer pengguna yang menggunakan teknologi ADSL ke pelayan (server) yang dituju (muat naik).  Bagi seseorang pelanggan ADSL berkelajuan 1Mbps (downstream) / 384Kbps (upstream), sekiranya beliau ingin membuka halaman web yahoo.com menggunakan pelayar web (web browser), web browser akan menghantar data untuk meminta server untuk menghantar data kepada komputer beliau melalui aplikasi web browser. Oleh itu upstream juga boleh dimaksudkan kecepatan talian internet membuat permintaan kepada mana – mana server yang dikehendaki.

Downstream

Downstream ialah kecepatan data diterima. Data ini diterima daripada server melalui network. Bagi pengguna di rumah, kepantasan downstream adalah sangat penting bagi tujuan membuka web dan proses muat turun (download). Bagi teknologi ADSL, kepantasan maksimum adalah 8Mbps. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada ISP yang menyediakan perkhidmatan ADSL tersebut.

Rumusan

Seperti yang saya nyatakan di atas, downstream ialah sesuatu yang penting bagi membantu pengguna memlayari web dan download. Namun, upstream pada hakikatnya adalah penting bagi membantu mempercepatkan proses download dan melayari web. Ini kerana apabila proses membuat permintaan cepat, maka proses mendapatkan maklumat (melayari web dan download) juga akan menjadi lebih cepat kerana server akan lebih cepat menerima permintaan (request) daripada kita.

Kepercayaan Khurafat Di Dalam Dunia ICT

linux-logo

Bukan di dunia realiti sahaja yang mempunyai kepercayaan khurafat (pemahaman yang tidak benar), tetapi ICT juga mempunyai khurafatnya yang tersendiri sehingga sebati di dalam pemikiran dan pemahaman penggunanya (pengguna biasa). Ini disebabkan kurangnya pengetahuan di dalam ICT dan menerima bulat – bulat kepercayaan tersebut dari mulut ke mulut sehinggakan menjadi satu kepercayaan. Mari kita lihat apakah khurafat – khurafat di dalam dunia ICT.

Komputer Peribadi – Personal Komputer (PC) Serasian IBM
Processor Cip Intel
Sistem Operasi – Operating System (OS) Microsoft Windows
Literasi (Word Processor, Spreadsheet, presentation) Microsoft Office
Operating System For Server Linux
Perisian Grafik Photoshop
Animasi Dan Courseware Flash
Programming C++
Free CMS Joomla
Web Database Language PHP
Database Microsoft Access
Professional Operating System Linux
Computer Graphic Macintosh Operating System (Mac OS)
Pelayar Web – Web Browser Mozilla Firefox, Internet Explorer
Audio Player Winamp
Video Player Windows Media Player
DVD Player Cyberlink DVD Player
Audio Editing Soundfroge
Video Editing Video Studio
Flash Memory Pen Drive
Web Editor Frontpage, Dreamweaver
Email Yahoo
Web Portal / Search Engine Yahoo, Google
Internet Broadband Streamyx
Wireless Broadband 3G
Instant Messenger Yahoo Messenger

Pada hakikatnya, mereka berjaya mencipta jenama mereka sehinggakan pengguna tidak mengetahui bahawa kepercayaan tersebut adalah khurafat ICT. Di bawah ini saya nyatakan perkara sebenar yang perlu diketahui oleh pengguna.

Komputer Peribadi – Personal Komputer (PC) Serasian IBM, Apple Macintosh.
Processor Cip Intel, Cip AMD, VIA, Cyrix dan banyak lagi
Sistem Operasi – Operating System (OS) Microsoft Windows, Linux, BSD, Solaris, Mac OS, Serasian Unix
Literasi (Word Processor, Spreadsheet, presentation) Microsoft Office, Open Office, Star Office, Lotus
Operating System For Server Linux, Windows Server, Solaris, BSD
Perisian Grafik Photoshop, Firework, Paint\
Animasi Dan Courseware Flash, Giff Animator, Authorware\
Programming C++, C, Java, Pascal, Cobol, Visual Basic\
Free CMS Joomla, Mambo, PHP-Nuke, Php-Fusions, Websitebaker
Web Database Language PHP, ASP, JSP, Cold Fusions, HTML
Database Microsoft Access, MySQL, Oracle, .
Professional Operating System Linux, Mac OS, Windows Vista
Computer Graphic Macintosh Operating System (Mac OS), Microsoft Windows
Pelayar Web – Web Browser Mozilla Firefox, Internet Explorer, Safari, Flock, Advanced Browser,
GoSurf, Opera
Audio Player Winamp, Real Player, VLC, dBpowerAmp
Video Player Windows Media Player, Cyberlink, Total Video Player, VLC Media
Player
DVD Player Cyberlink DVD Player, AoA, EasyDVD, Advanced DVD Player, Hero DVD
Audio Editing Soundfroge, Sonic, Cool Record Edit Pro, WavePad Sound Editor
Video Editing Video Studio, Movavi VideoSuite, Ulead Video, Corel VideoStudio Pro,
Flash Memory Pen Drive, Thumb Drive,
Web Editor Frontpage, Dreamweaver, Web CEO, Web Dwarf, EditPlus, phpDesigner
Email Yahoo, GMail, MSN, Pop3 Email, Excite, AOL
Web Portal / Search Engine Yahoo, Google, MSN, Excite, Cari.Com.My, Bluehyppo,
Internet Broadband Streamyx, Jaring ADSL
Wireless Broadband 3G (HSDPA), 3.5G (HSPA), Edge
Instant Messenger Yahoo Messenger, MSN, AOL, ICQ, IRC, Intant IT, Jabber, Pidgin

Di atas ini hanyalah sebahagian yang mampu saya paparkan di sini. Pada hakikatnya kita hendaklah tidak terikat dengan khurafat – khurafat tersebut sehingga takut untuk mencuba perisian dan perkakasan yang lain yang kadang kala memberikan kemudahan yang lebih baik.

Pengenalan Kepada Linux (beginners user)

linux-logo

1. Apa Dia Linux

Linux ialah sejenis operating system serasian Unix yang digunakan untuk perkakasan komputer. Operating system (OS) ialah yang menghubungkan antara hardware (perkakasan) dengan software (perisian).  OS ialah antaramuka kepada apa yang anda ingin lakukan menggunakan komputer peribadi. Linux merupakan OS yang percuma bagi kegunaan semua sama ada untuk penggunaan desktop mahupun server (komputer pelayan).

Linux memberikan kita GUI (graphic User Interface) bagi memudahkan kita memberikan sesuatu arahan kepada komputer. Linux boleh digunakan juga pada komputer yang besar termasuk i386+, Alpha, PowerPC dan Sparc mengikut distro seperti debian, gentoo, Mandrake, Suse dan banyak lagi.

2. Memahami Fail (file) dan Folder

Linux telah membina satu pemahaman iaitu segalanya adalah fail. Segala fail biasanya akan di simpan di hdd, cd-rom dan media – media yang lain  di dalam komputer. Fail merupakan elemen kepada simpanan data di dalam sistem data. Untuk menguruskan data di dalam komputer, kita menggunakan folder. Folder utama di dalam linux dipanggil root menggunakan simbol / dan di dalamnya kita menemui folder untuk kegunaan pengguna menyimpan data mereka yang dikenali sebagai /home/.

Contoh folder:

/                                             Folder Root

/home/                              Folder utama untuk pengguna.

/home/azlan/                 Folder untuk pengguna bernama azlan.

/home/azlan/data/      Subfolder bernama data di dalam folder pengguna azlan.

Pada hari ini hampir semua program yang didatangkan bersama GUI sebagai antara muka seperti Control Center di dalam Mandrake dan YAST di dalam Suse untuk tujuan konfigurasi lebih mudah.

Di dalam folder root (/)  bagi file system mengandungi folder:

/bin Mengandungi binary commands untuk kegunaan semua pengguna
/boot Digunakan ketika start up komputer.
/dev Mengandungi fail – fail untuk device seperti /dev/sound, /dev/input/js0
(joystick)
/etc Mengandungi sistem konfigurasi linux.
/home Folder mengandungi direktori pengguna. Untuk tujuan penyimpanan fail
peribadi
/lib Mengandungi module bagi kernel dan library linux
/mnt Poin untuk mount bagi filesystem sementara seperti  /mnt/cdrom
/opt Aplikasi tambahan di dalam pakej software.
/usr /usr kedua terpenting di dalam filesystem. /usr boleh
dikongsi, data read-only. Ini bermaksud /usr boleh digunakan oleh semua
tetapi tidak boleh diubah filesystem tersebut.
/var /var mengandungi fail data. Ini  termasuk fail log, temporary,
spool dan administrative.
/proc Sistem informasi disimpan di ingatan sementara sebagai fail.

Fail di dalam linux case sensitive, “myfile” dan “MyFile” adalah dua fail yang berbeza.

3. Memahami users dan permissions

Linux merupakan sistem yang membenarkan sesiapa sahaja menggunakan sistem dengan menggunakan username dan password mereka sendiri tanpa gangguan daripada pengguna lain.

Segala fail akan ditandakan sebagai milik users dan groups, dan kebenaran pada fail tersebut (read, write and executable) untuk users, groups dan semua orang.

Fail dan folder juga boleh ditetapkan kebenaran (permissions) kepada pengguna-pengguna tertentu, atau kumpulan (group) tertentu untuk read dan write. Jika kebenaran diberikan kepada group, maka keseluruhan user (pengguna) di dalam group tersebut mempunyai akses terhadap fail dan folder tersebut.

4. Siapa Dan Apakah Root

Linux mempunyai pengguna khas dikenali sebagai root. Root ialah pentadbir sistem (system administrator) dan mempunyai akses kepada semua fail dan folder. Root juga boleh membuat apa sahaja di dalam sistem termasuk perubahan konfigurasi kepada sistem.

* Adalah tidak digalakkan pengguna memasuki sistem dengan menggunakan akses root kecuali untuk tujuan penyelenggaraan dan pentadbiran sistem. Gunakan arahan su untuk mendapatkan akses root secara sementara. Anda boleh melaksanakan arahan seperti root dengan menggunakan arahan su -c 'arahan yang ingin dilaksanakan oleh root'. Jangan sesekali menggunakan akaun root untuk penggunaan biasa.

console

Log Di Dalam Linux

linux-logoSemalam saya menerima panggilan dari seorang sahabat baik saya. Beliau memberitahu salah satu partition di dalam server linux beliau mencecah penggunaan 100%. Apabila beliau memberitahu perkara tersebut, saya teringat satu ketika dahulu hdd saya mencecah penggunaan 100% walaupun saya tidak memasukkan apa-apa fail. Jadi senario ini pernah saya alami sendiri dan saya mula mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini. Kini saya tersenyum sendiri kerana kali ini sahabat saya yang mengalami situasi tersebut.

Kali ini saya ingin berkongsi kaedah bagaimana untuk kita melihat log di dalam linux dan cara untuk memadam log – log berkenaan. Log – log di dalam linux secara biasanya akan diletakkan di dalam salah satu partition / folder /var. Bagi melihat apa yang ada di dalam /var ini, kita harus memasuki server / sistem menggunakan mode ‘root’. Mode root ini merujuk kepada akaun yang membenarkan pengaksesan sistem menggunakan akses tertinggi di dalam serasian Unix. Ia merupakan Super User yang boleh menjalankan semua arahan di dalam serasian Unix.

Apabila anda memasuki sistem linux tersebut menggunakan akses root, ikuti langkah seperti di bawah. Di sini saya menggunakan linux CenTOS.

Taip df -h di ruangan console. Anda akan mendapati hasil seperti di bawah.

console

Di dalam kes server sahabat saya ini, beliau membahagikan hdd kepada 6 partition. Bagi kebiasaan saya, hdd untuk linux saya hanya pecahkan kepada 2 iaitu untuk swap dan untuk root partition iaitu /. Tapi sekiranya anda ingin membuat pengurusan fail dengan lebih baik, anda bolehlah membahagikan hdd mengikut partition seperti yang anda inginkan ataupun setidak – tidaknya seperti partition yang dibina oleh sahabat saya ini.

Setelah melihat partition dan jumlah ruangan yang boleh digunakan bagi setiap partition, anda dikehendaki untuk pergi ke folder /var/log.

[root@jawarian ~]#cd /var/log

[root@jawarian ~]#ls -al

Anda akan melihat senarai fail dan folder di dalam folder /var/log/ berserta saiz fail – fail tersebut. Untuk melihat kandungan di dalam fail tersebut, sila gunakan arahan cat (nama fail):

[root@jawarian ~]#cat messages

ataupun anda boleh melihat kandungan fail dengan menggunakan arahan tail

[root@jawarian ~]#tail -f messages

Seterusnya anda boleh mengosongkan kandungan di dalam fail tersebut dengan menggunakan arahan /dev/null :

[root@jawarian ~]#/bin/cat /dev/null > (nama fail). Contohnya:

[root@jawarian ~]#/bin/cat /dev/null > messages

Buat satu persatu kepada semua fail di dalam folder /var/log dan /var/log/(subfolder). Semak semula senarai fail di dalam folder dan lihat saiz pada fail yang telah anda kosongkan dengan menggunakan arahan ls -al.

Selepas mengosongkan kandungan pada fail – fail di dalam /var/log/ seterusnya anda hendaklah mengosongkan /var/cache/yum pula dengan menggunakan arahan yum:

[root@jawarian ~]#yum clean all

Kini anda dikehendaki menyemak semula jumlah ruangan hdd yang boleh digunakan pada setiap partition. Sekiranya anda berpuas hati, anda boleh keluar daripada console tersebut.

Halaman Sembang & Network Social: Baik Dan Buruk

Sekitar awal 1990an, Malaysia mengalami satu ledakan teknologi maklumat dengan perkembangan pesat di dalam teknologi internet. Selari dengan perkembangan ini, maka penggunaan halaman sembang (chat) mula popular di kalangan pengguna internet ini. Antara perisian yang awal menyediakan kemudahan chat ialah IRC (Internet Relay Chat) dan juga ICQ (salah satu perisian Instant Messenger). Perisian chat ini pada asalnya dibangunkan untuk tujuan perniagaan (text conference) tetapi mula popular apabila penggunaannya bertukar kepada sembang sosial.

Dengan perkembangan dan populariti perisian chat ini, maka terdapat banyak syarikat berteraskan internet seperti yahoo, msn dan sebagainya membangunkan perisian chat yang lebih dikenali sebagai IM (Instant Messenger). Chat di Malaysia mencapai kemuncaknya pada akhir 1990an sebelum pengguna internet beralih arah ke IM kerana perisian IM lebih banyak menawarkan kemudahan kepada pengguna termasuk video conference dan juga voice chat.

Selain itu wujud banyak network yang menyediakan kemudahan IRC seperti Dalnet, EFNet, WebChat, Galaxychat dan banyak lagi. Di Malaysia juga mula wujud network untuk IRC ini seperti KampungChat, Molnet, Malaynet dan Lepaknet.

Perkembangan ini terhenti sekitar awal tahun 2000 apabila wujud pelbagai gejala yang tidak baik seperti penggodaman (hacking), masalah sosial dan sebagainya sehinggakan timbul persepsi buruk kepada IRC dan pengguna internet mula beralih arah ke IM generasi baru seperti YM (Yahoo Messenger) dan MSN (MSN Messenger). Ini mengakibatkan populariti IRC akan menurun sehingga hari ini.

Kini wujud pula halaman network sosial seperti MySpace, Friendster, Hi5, Facebook, Tagged dan sebagainya. Penggunaan halaman network sosial ini kian popular kerana selain boleh berinteraksi sesama pengunjung, pengguna boleh mencuba kreativiti mereka membina antara muka halaman peribadi mereka sendiri.

Hakikatnya, IRC, IM dan Network Social sebenarnya memberikan implikasi baik dan buruk kepada pengguna internet. Antara kebaikan dan keburukan yang dapat saya nyatakan ialah:

Kebaikan

  1. Pengguna dapat berinteraksi tanpa had dengan rakan mereka tidak kira di mana berada dengan tanpa risiko membayar bil telefon yang mahal.
  2. Dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan mereka dengan orang lain dari seluruh dunia.
  3. Dapat menimba pengalaman daripada orang lain dan meningkatkan kreativiti mereka.

Keburukan

  1. Wujudnya gejala sosial disebabkan penggunaan tidak beretika dikalangan pengguna.
  2. Masalah serangan virus yang lebih mudah untuk merebak.
  3. Terdapat banyak penipuan menggunakan medium internet.

Kebaikan dan keburukan yang saya nyatakan di atas ini hanyalah sebahagian sahaja. Kalau ingin saya nyatakan di sini, saya rasa tidak cukup seharian untuk bercerita samada yang baik mahupun yang buruk. Sebenarnya pengguna yang perlu bijak dalam menggunakan kemudahan ini untuk tujuan yang baik. Penyedia perkhidmatan IRC, IM dan Network Sosial tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya berlaku perkara yang tidak baik. Apa – apapun kita seharusnya menggunakan dunia maya ini sebaik mungkin untuk tujuan kemajuan negara dan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara. Wassalam….

ubuntu

Kepelbagaian Distro Bagi Linux

Linux merupakan salah satu operating system (sistem operasi) yang begitu pesat berkembang. Ia dibangunkan oleh Linus Torvalds pada 1991 mengikut acuan Unix. Ianya merupakan operating system di bawah open source yang mana pengguna tidak perlu membayar lesen penggunaannya. Perkembangan ini telah membawa kepada wujudnya kepelbagaian distro (pengeluar) yang berada di pasaran.

Kini wujud lebih kurang 455 distro yang membangunkan linux. Meskipun begitu banyak distro yang membangunkan linux, sebenarnya linux pada asalnya hanya terbahagi kepada 2 iaitu serasian RedHat dan juga serasian Debian. Kini wujud pula serasian Slackware, serasian Mandriva dan juga serasian Fedora-Core disamping serasian Debian dan RedHat. Sebahagian linux ini dibangunkan oleh sesebuah negara seperti PKLinux yang dibangunkan oleh negara Pakistan. Selain itu terdapat juga linux yang boleh dilaksanakan di platform Microsoft Windows. Ada juga linux yang dibangunkan untuk tujuan sesetengah jenis komputer sebagai contoh untuk kegunaan mainframe, mini komputer dan sebagainya.

Walaupun begitu banyak distro bagi linux, daripada 455 distro tersebut, kita hanya perlu mengetahui 2 kaedah pengoperasian iaitu kaedah mengikut RedHat dan juga Debian.

ubuntu

Di sini saya senaraikan beberapa distro bagi linux yang popular:

Nama Linux Distro URL Serasian
1. RedHat Enterprise Linux RedHat Software

http://www.redhat.com

RedHat
2. Debian GNU/Linux Debian

http://www.debian.org/

Debian
3. Slackware Linux Slackware Linux

http://www.slackware.com

Debian / Slackware
4. Fedora RedHat Software

http://fedora.redhat.com

RedHat
5. Mandriva Mandriva

http://mandriva.com/

RedHat / Mandriva
6. Centos The CentOS Project

http://www.centos.org/

RedHat
7. Suse Linux SuSE/Novell

http://www.suse.com/

Debian
8. Ubuntu / Kubuntu / Edubuntu Ubuntu

http://www.ubuntu.com

Debian
9. KNOPPIX Knopper.net

http://www.knopper.net/

Debian
10. Morphix Morphix Project

http://www.morphix.org/

Debian
11. MEPIS Linux MEPIS LLC http://www.mepis.org Debian
12. Coral Linux Corel

http://linux.corel.com/

Debian
13. Gentoo Gentoo Project

http://www.gentoo.org

Debian
14. PCLinuxOS PCLinuxOS Project

http://www.pclinuxos.com/

RedHat / Mandriva
15. Yellow Dog Linux (YDL) FixStars Inc

http://us.fixstars.com/products/ydl/

RedHat

Internet Oh Internet!

Broadband (jalur lebar) di Malaysia kini kian rancak perkembangannya dengan wujudnya tawaran pakej – pakej ADSL, 3G, WiMAX dan 3.5G yang dapat memikat hati pengguna internet. Tetapi sedar atau tidak sebenarnya tawaran pakej – pakej tersebut seperti hanya menanam tebu di bibir sahaja. Saya tidak berhasrat untuk memburuk – burukkan imej ISP (Internet Service Provider) tetapi itulah hakikatnya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jaringan internet pada masa ini sedang dibangunkan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai APAN (Asia-Pasific Advanced Network) yang mana APAN ini menjalankan kerjasama dengan negara – negara Asia Pasific bagi mewujudkan rangkaian jalur lebar yang lebih efisyen. Di Malaysia, secretariat bagi APAN ialah School of Computer Science  di USM. Mereka sedang rancak membangunkan rangkaian broadband yang sehingga kini tidak tahu bila akan selesai.

Pada hakikatnya, kini Malaysia masih bergantung dengan negara jiran Singapura bagi menggunakan akses rangkaian broadband. Kita masih lagi membayar sejumlah wang yang besar kepada negara pulau tersebut bagi mendapatkan bandwidth. Kini jumlah bandwidth yang kita miliki ialah sekitar 150Mbps bagi kegunaan seluruh negara.

Jumlah 150Mbps bukanlah satu jumlah yang besar berdasarkan keperluan broadband pada masa kini. Sebab itu, tidak hairanlah akses internet di Malaysia masih perlahan walaupun berbagai dakwaan oleh pihak ISP-ISP tentang kelajuan akses rangkaian broadband mereka. Secara hakikatnya TM Net, Jaring, Maxis, Celcom, Digi dan lain – lain ISP di Malaysia masih menggunakan satu backbone (tulang belakang merujuk kabel fibre dasar laut) yang sama melalui Singapura dan dihubungkan ke negara lain seperti Thailand, Taiwan dan Hong Kong.

Bagi membina backbone sendiri, kerajaan Malaysia memerlukan jumlah pelaburan yang tinggi yang bernilai berbilion ringgit. Apa yang saya tahu, memang sudah ada usaha, hasrat dan tujuan ke arah itu tetapi kita masih belum tahu bilakah backbone ini dapat siap dibina. Sama – samalah kita nantikan perkembangan tersebut.

image014

Aku Dan ICT

image014 Dunia ICT terlalu luas untuk diterokai. Pada hakikatnya saya tidak mampu untuk menguasai keseluruhan pengetahuan ICT secara praktikal. Apa yang mampu ialah hanya mempunyai pengetahuan secara teori sahaja.

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana saya boleh menghuraikan banyak perkara berkaitan ICT? Apa yang saya lakukan ialah membuat kajian dari bacaan dan selalu untuk cuba mengikuti perkembangan dunia ICT yang semakin rancak berkembang. Bagaimanapun saya cuba untuk kongsikan segala pengetahuan saya secara teori kepada teman – teman yang mengunjungi blog ini.

Mungkin ramai yang beranggapan apabila seseorang itu mahir di dalam troubleshooting atau membaik pulih komputer maka orang itu akan dilabelkan sebagai pakar. Sebenarnya kemahiran troubleshooting dan baik pulih merupakan kemahiran asas sahaja yang masih lagi belum boleh dikategorikan sebagai pakar.

Cuba kita renungkan apakah bidang yang ada di dalam dunia ICT? Terlalu luas dan sukar untuk diterjemahkan. Di dalam ICT meliputi operating system, application, computer system, networking, communication, programming, open source, dan pelbagai lagi yang tidak mampu untuk dinyatakan di sini.

Lantaran itu saya mengambil keputusan untuk menguasai bidang Networking Operating System dan Open Source. Namun bagi menguasai sesuatu bidang dengan mahir, kita dituntut untuk mengetahui walaupun dari segi teori bidang – bidang yang lain di dalam ICT. Semakin banyak saya membaca, semakin banyak lagi yang saya tidak ketahui dan kini terus dan terus membaca berkaitan bidang di dalam dunia ICT.

Apa yang membezakan di antara orang yang melibatkan diri secara serius di dalam ICT, seorang yang hanya mempunyai sijil di dalam ICT, seorang pengguna biasa ICT dan seseorang yang tiada ilmu ICT? Saya bolehlah dikategorikan di dalam seseorang yang serius di dalam ICT dan juga mempunyai sijil di dalam ICT. Oleh kerana itu saya mampu untuk memahami apa yang saya baca, kaji dan pelajari disebabkan mempunyai pengetahuan secara asas di dalam ICT. Bukan tujuan untuk meninggi diri tetapi daripada apa yang saya lihat pada teman – teman saya, ramai yang sekadar mempunyai sijil diploma, ijazah, master malahan phd sekalipun masih tidak jelas di dalam perkara – perkara yang melibatkan ICT.

Kini saya serius di dalam Network and Operating System serta menyokong dan mengambil bahagian secara serius di dalam Open Source. Namun ramai juga teman – teman yang menghubungi saya melalui telefon untuk meminta bantuan menyelesaikan masalah troubleshooting. Apa – apa pun saya mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan dan menganggap saya boleh menyelesaikan semua perkara di dalam ICT. Insya Allah saya akan cuba membantu sedaya upaya.

Berkaitan blog ini, saya akan cuba paparkan semua perkara berkaitan ICT. Sekiranya saya tidak mampu untuk memberikan pengetahuan secara mendalam, saya akan berikan secara teori yang mudah untuk difahami oleh pembaca blog saya ini. Apa – apapun sekiranya teman² mempunyai pandangan dan cadangan serta ingin kongsikan juga pengetahuan, sila emailkan kepada saya di azlan@epontian.com atau azlan@lepaknet.org.

Terima kasih kerana menyokong usaha saya.

Wired vs Wireless Broadband

Selalu kita memperkatakan perihal broadband (jalur lebar) yang semakin berkembang di Malaysia. Tetapi kita tidak mengetahui sejauhmanakah kemampuan broadband di Malaysia. Apa yang kita ketahui cumalah khabar melalui promosi – promosi hebat yang dijalankan oleh ISP (Internet Service Provider – Penyedia Perkhidmatan Internet) dengan tawaran – tawaran yang begitu memukau para pengguna.

Hakikatnya kita masih jauh tertinggal dengan negara – negara maju mahupun negara asean di dalam perkembangan ICT. Sekiranya perkembangan ICT tersebut diukur daripada perkakasan yang kita gunakan seharian, kita tidak akan nampak kekurangan yang ada. Tetapi apabila diukur dari sudut broadband (jalur lebar), maka kita akan dapat melihat dimanakah letaknya kedudukan negara kita di peta dunia ICT.

Hari ini saya ingin kongsikan pengetahuan berkaitan capaian internet di Malaysia. Capaian internet ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

  1. Menggunakan wayar
  2. Tanpa wayar

Menggunakan Wayar (Wired)

Bagi capaian menggunakan wayar, ianya termasuklah ADSL, SDSL, dial-up dan isdn.

ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) ialah internet berkelajuan tinggi yang mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 2000 sehingga kini. Teknologi ADSL di Malaysia mempunyai kelajuan capaian di antara 384Kbps sehingga 4Mbps. Pada dasarnya ADSL ini boleh mencapai kelajuan 8Mbps. Ini sejajar dengan device yang digunakan oleh ADSL iaitu menggunakan talian cooper yang mampu menghantar dan menerima data sebanyak 8Mbps. ADSL mempunyai sedikit perbezaan dengan SDSL (Symmetric Digital Subscriber Line) iaitu kebenaran capaian bagi Upstream dan Downstream. Bagi ADSL, Upstream dan Downstream mempunyai nilai berbeza. Sebagai contoh, bagi pengguna yang menggunakan ADSL berkelajuan 1Mbps, Downstream yang diterima ialah 1Mbps manakala Upstream pula biasanya di antara 384Kbps – 512Kbps sahaja. Bagi SDSL pula, capaian Downstream dan Upstream mempunyai nilai yang sama. Selain itu bagi SDSL, biasanya ISP membenarkan pengguna memiliki Internet Protocol Address (IP) statik manakala ADSL hanya mempunyai IP yang dinamik iaitu berubah-ubah setiap kali membuat sambungan (connection)  ke internet.

Dial-up pula adalah teknologi yang awal untuk membuat connection ke internet. Capaian data tertinggi yang boleh dicapai ialah 57Kbps (bergantung dengan modem yang digunakan). Apa yang membezakannya dengan ADSL/SDSL ialah, dial-up akan menggunakan talian telefon untuk membuat capaian ke internet manakala ADSL/SDSL pula hanya menumpang talian telefon sebagai medium menghantar data tanpa mengganggu penggunaan telefon itu sendiri.

ISDN ialah Integrated Services Digital Network. Ianya menggunakan device fibre optic sebagai medium menghantar dan menerima data. Kelajuan capaian ISDN ialah berdasarkan saluran (channel). Terdapat dua channel bagi ISDN. Bagi B-Channel (Bearer), kelajuannya bagi 1 B-Channel ialah 64Kbps. Sekiranya kita menggunakan 2 channel, ini bermaksud kelajuan capaian data tersebut ialah 128Kbps. Bagi D-Channel (Delta), kelajuan capaian data ialah 16Kbps atau 64Kbps bergantung kepada konfigurasi talian.  Bagaimana data dihantar menggunakan talian ISDN? Terdapat 2 pengenalan konfigurasi iaiti Basic Rate Interface (BRI) dan Primary Rate Interface (PRI). BRI ialah penggunaan internet oleh semua pengguna ISDN. Ianya menyokong 2 B-Channel 64Kbps dan 1 D-Channel 16Kbps. Ianya juga dikenali sebagai 2B+D merujuk kepada 2 channel B dan 1 channel D. BRI ini juga menyokong kelajuan perlahan low-speed (9.6 Kbps) X.25 data. Ianya agak kurang popular dikalangan pengguna ISDN. PRI pula biasanya digunakan oleh organisasi yang besar seperti bank dan syarikat-syarikat gergasi. PRI menyokong sehingga 23 64Kbps B-Channel dan 64Kbps D-Channel (23B+D) melangkaui kelajuan litar DS1 (atau T1). Bagaimanapun di eropah, PRI menyokong sehingga 30B+D.

Syarikat ISP yang menggunakan teknologi internet menggunakan wayar ini antaranya ialah TM Net dan juga Jaring.

Tanpa Wayar (Wireless)


Broadband tanpa wayar (wireless broadband) adalah sama dengan broadband yang menggunakan teknologi ADSL. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan – perbezaan yang ketara di antara keduanya.

Wireless broadband ini disediakan oleh penyedia perkhidmatan telefon celular seperti Celcom, Maxis, Digi dan Umobile.

Sebelum ini, capaian internet menggunakan wireless ini menggunakan teknologi GPRS (General Packet Radio Service). Teknologi ini dikenali sebagai 2G bagi pengguna telefon celular. Kemudia ianya dipertingkat ke capaian EDGE (Enhanced Data-Rates for GSM Evolution) yang mana bermulanya era wireless broadband. Semasa era GPRS, kelajuan internet ialah maksimum 107.2Kbps manakala untuk EDGE, kelajuan maksimum ialah 384Kbps. Kelajuan ini dikenali sebagai bandwidth.

Kini rata – rata pengguna wireless broadband menggunakan teknologi 3G dikenali HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access) yang mana 3G menyediakan kemudahan W-CDMA, WLAN, radio celular dan sebagainya. Kelebihan 3G ialah mempunyai capaian kelajuan pada kadar biasa ialah 384Kbps sehingga mampu mencecah 1.8, 3.6, 7.2 dan 14.4 Mbps menggunakan teknologi wireless LAN (Local Area Network). Penggunaan teknologi 3G ini menguntungkan SP (Service Provider – Penyedia Perkhidmatan) kerana penggunaan teknologi VoIP (Voice Over Internet Protocol) yang lebih murah berbanding teknologi sebelum ini.

Kini kita bergerak menuju ke teknologi 3.5G atau dikenali HSPA (High-Speed Packet Access) iaitu capaian data berkelajuan tinggi. HSPA ini mempunyai down-link sehingga 42Mbps dan up-link sehingga 22Mbps.

Selain teknologi Telefon Celular, terdapat juga teknologi baru yang kian berkembang di Malaysia iaitu WiMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access). WiMAX mempunyai kelebihan dari segi liputan iaitu sehingga 10KM bagi capaian 10Mbps.

Perbezaan Antara Wireless Dan Wired Broadband

Perbezaan yang paling ketara ialah pengguna wired broadband akan mempunyai IP dinamik secara individu manakala pengguna wireless broadband akan berkongsi IP bersama pengguna yang lain sehingga jumlah pengguna maksimum. Ini bermaksud, dari sudut bandwidth pengguna wireless akan berkongsi bandwidth dan senario ini yang menyebabkan ada kalanya capaian ke internet menjadi perlahan di waktu puncak. Mungkin yang berlaku ialah ketika waktu itu pengguna yang mengakses ke internet menggunakan wireless broadband mempunyai jumlah yang maksimum. Berbeza dengan pengguna wired broadband yang mana mereka diberikan bandwidth sendiri dan gangguan kelajuan capaian agak kurang berbanding wireless. Walaupun begitu, perkembangan teknologi wireless dan wired di Malaysia ini dapat membantu di dalam perkembangan dunia ICT sehingga mungkin satu ketika nanti Malaysia mampu menjadi hub ICT di rantau Asia.

antivirus

Bahasa Pengaturcaraan Web

php asp cfm jsp

Bahasa Pengaturcaraan Web (Web Programming Languages)

Bahasa pengaturcaraan web ini mula terkenal seawal 90an. Pada awalnya halaman web direka menggunakan bahasa pengaturcaraan web HTML. HTML merupakan pemangkin kepada perkembangan web programming yang lain.

Di sini saya akan menerangkan serba ringkas berkaitan web programming. Saya tidak dapat menerangkan secara lengkap disebabkan ruangan yang terhad. Walau bagaimanapun saya akan memberikan penerangan dengan lebih lanjut sekiranya terdapat masalah dan permintaan dari pengunjung blog ini.

Web programming merupakan programming yang tidak di monopoli oleh sesuatu jenis programming sahaja. Ini bermaksud, seperti contoh java merupakan programming yang sesuai dan menepati kehendak penggunaan web programming tetapi tidak semua orang menyukainya. Mungkin ada segelintir programmer yang menyukai ASP.Net dan mungkin juga ada yang menggunakan PHP. Oleh itu, mana – mana programming tetap releven di dalam pembangunan website berdasarkan keperluan pada web tersebut.

Terdapat 5 web programming yang popular pada masa kini iaitu:

  1. HTML
  2. PHP
  3. APSX / ASP.Net
  4. CFML
  5. JSP

HTML

HTML bermaksud HyperText Markup Language yang telah mendominasi dan menjadi penanda kepada web programming yang lain. Ianya menyediakan kemudahan maklumat berbentuk teks, disamping mempunyai kemudahan pautan (link), heading, paragraphs, senarai dan sebagainya dan juga memberikan tambahan kepada teks dengan interactive form, sisipan imej dan objek-objek yang lain. HTML ditulis di dalam borang menggunakan tags tertentu. Ianya juga boleh dimasukkan scripting language ke dalamnya seperti JavaScripts yang akan memberikan kesan di dalam pelayar web dan lain – lain pemperoses HTML yang lain.

Secara khususnya HTML bermula pada pertengahan 1993 yang mana seorang ahli fizik bernama Tim Berners-Lee menandatangani kontrak bersama CERN pada tahun 1980 dan mengusulkan cadangan untuk sistem Internet-base Hypertext pada tahun 1989 bersama Robert Cailliau (jurutera sistem data CERN) dan turut serta di dalam projek WorldWideWeb (W3) yang telah diterima oleh CERN. HTML mempunyai 22 elemen sebagai rekabentuknya. Pada masa kini, kod HTML diguna pakai oleh semua web programming.

PHP

PHP merupakan web programming di bawah Open Source. PHP bermaksud PHP Hypertext Preprocessor. Pada mulanya PHP bermaksud Personal Home Page dan dibangunkan oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1994 menggunakan bahasa C. Kemudian pada tahun 1997, ianya ditulis semula oleh dua orang programmer Israel iaitu Zeev Suraski dan Andi Gutmans bagi versi PHP3 yang mula dikenali sebagai PHP Hypertext Preprocessor. Kelebihan PHP ini ialah merupakan web programming yang boleh menghubungkan muka hadapannya dengan pangkalan data. PHP merupakan antara web programming yang paling banyak digunakan di dunia pada masa kini. Selain boleh menghubungkan pangkalan data, ianya mempunyai semua fungsi HTML dan boleh juga mencampurkan kod – kod web programming yang lain di dalamnya seperti JavaScripts, Perl, Python dan sebagainya. Antara pangkalan data yang menyokong PHP ialah MySQL, MsSQL, Oracle dan banyak lagi. PHP merupakan pemangkin kepada perkembangan web interaktif seperti Blog, CMS, Forum dan konsep web interaktif yang lain.

ASP.Net & ASPX

ASP bermaksud Active Server Pages dibangunkan oleh Microsoft bagi menyokong Server yang menggunakan operating system Windows Server. Ianya hampir menyerupai fungsi PHP yang mana boleh berinteraksi dengan pangkalan data MsSQL, MySQL, Oracle dan banyak lagi serta membenarkan penggunaan code scripts daripada web programming yang lain. ASP adalah web programming versi Windows yang cuba menyaingi populariti PHP.

JSP

JSP bermaksud Java Server Page merupakan scripts yang dinamik yang mana ianya boleh berkerja bersama-sama HTML. JSP merupakan tambahan kepada teknologi Java servlet yang dibangunkan oleh Sun Microsystem. Ianya juga seperti PHP dan juga ASP yang membenarkan hubungan dengan pangkalan data serta membenarkan penggunaan scripts daripada sesetengah web programming yang lain. JSP tidak menghadkan kepada mana – mana platfom operating system. Ianya berlawanan dengan ASP yang dibangunkan oleh Microsoft yang memberikan syarat penggunaan ASP melalui operating system Windows Server. JSP sebenarnya adalah alternatif kepada ASP milik Microsoft.

CFML

CFML bermaksud ColdFusion Markup Language yang dibangunkan oleh Macromedia. CFML ini menggunakan pengenalan sebagai .cfm pada halaman web yang dibangunkan menggunakannya. CFML juga seperti web programming PHP, ASP dan JSP yang membenarkan interaksi dengan pangkalan data, membenarkan penggunaan scripts web programming lain seperti XML, HTML, CSS dan JavaScript.

Untuk mengetahui Web Programming yang lain, sila klik read more… dan lihat senarai web programming yang di’link’kan pada halaman web masing – masing.

More >