My Blog For ICT Information And Education.
Archive for June, 2009
Teknik Menjimatkan Ruang Web
Jun 30th

Pada msa kini, ramai yang gemar membangunkan web samada web peribadi mahupun web bagi sesebuah organisasi. Bagi sesetengah organisasi yang bersaiz kecil, mereka menggunakan server percuma seperti freeweb.com dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan server tripod, geocities dan penyedia web hosting percuma yang lain. Bagi yang mempunyai sumber kewangan, mereka lebih gemar menyewa hosting daripada web hosting yang kini banyak terdapat di dunia ataupun menggunakan dedicated server yang memberikan kuasa sepenuhnya di dalam menguruskan server yang digunakan. Sesetengah organisasi yang besar akan menyewa ruang untuk server di pusat data (colocation) ataupun menyewa talian suwa (lease line) daripada ISP – ISP yang menyediakan kemudahan tersebut.
Bagi yang mempunyai dedicated server, colocation ataupun mempunyai lease line, ruang web mereka tidak menjadi masalah. Tip yang sana ingin berikan di bawah ini adalah bagi yang menggunakan web hosting ataupun yang menggunakan web hosting percuma kerana ruang web yang diberikan adalah terhad.
TIP
- Gunakan hosting anda untuk database (pengguna web yang berinteraksi dengan database), perisian CMS (source code bagi web), fail web (html, php, asp, jsp, css, cfm dan lain – lain) dan teks sahaja. Ini kerana ianya menggunakan ruang yang sedikit di dalam hosting.
- Untuk imej dan grafik, muatkan imej dan grafik yang perlu sahaja di dalam hosting anda. Ini kerana imej dan grafik akan menggunakan ruang hosting yang besar.
- Bagi fail imej, pastikan imej tersebut di dalam format png (*.png) atau jpeg (*.jpg, *jpeg) kerana format keduanya mempunyai saiz yang kecil.
- Simpan fail – fail imej, fail format pdf, presentation, animasi, video dan audio anda diruangan storan percuma seperti ImageShack.us, Box.net, esnips.com dan lain – lain.
- Sekiranya fail – fail tersebut telah ada di mana – mana web, anda perlu linkkan sahaja fail tersebut ke dalam web anda. Sebagai contoh, anda ingin memasukkan logo yahoo, anda boleh membuat carian di enjin pencari dengan menaip yahoo logo. Kemudian anda linkkan ke dalam web anda dengan menggunakan html code seperti <img src=”http://www.learningtoearnonline.com/images/yahoo-logo.jpg”>
dan hasilnya seperti ini:
Selain dapat menjimatkan ruang web hosting anda, kaedah di atas juga dapat membantu menjimatkan bandwidth anda. Selamat mencuba.
Ancaman Terhadap Komputer
Jun 26th
Pengunaan komputer yang meluas pada masa ini telah mendatangkan ancaman – ancaman tanpa kita sedari yang boleh mengakibatkan kerugian yang besar. Ancaman – ancaman ini datang daripada penjenayah siber (cyber crime) yang mempunyai matlamatnya sendiri di dalam tindakan mereka. Antara ancaman – ancaman tersebut ialah:
- Virus komputer
- Trojan horse (kuda trojan)
- Worm (Cecacing)
- Spyware dan Adware
- Hacker (penggodam)
- DDOS
Virus Komputer
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia sering mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Global, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.
Istilah “virus” komputer berasal daripada perkataan virus biologi dan digunakan dalam erti kata yang sama. Istilah “virus” seringnya digunakan dalam bahasa biasa untuk menghuraikan semua jenis perisian jahat (malware), termasuk virus-virus yang wajar dikelaskan sebagai cecacing atau kuda Trojan. Kebanyakan pakej perisian anti-virus yang popular melindungi komputer daripada semua jenis serangan ini. Dalam sesetengah komuniti teknik, istilah “virus” juga diperluas untuk merangkumi para pencipta perisian jahat dari segi erti kata yang menghina.
Istilah “virus” digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen pada tahun 1984 dalam kertas kerjanya, Uji kajian dengan Virus Komputer, yang menghargai Len Adleman kerana mencipta istilah itu. Bagaimanapun, sebuah novel fiksyen sains yang ditulis oleh David Gerrold pada tahun 1972 yang berjudul “When H.A.R.L.I.E. Was One”, mengandungi sebuah huraian atur cara komputer fiksyen yang dipanggil “VIRUS” yang bertindak tepat sama dengan virus biologi (dan diatasi oleh sebuah atur cara yang dipanggil “VAKSIN”). Istilah “virus komputer” dengan pengertian terkini juga muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris Claremont dan diterbitkan pada tahun 1982. Oleh yang demikian, walaupun penggunaan istilah “virus” oleh Cohen mungkin merupakan penggunaan “ilmiah” yang pertama, istilah itu telah digunakan lebih dahulu.
Mengapa virus dicipta?
Berbeza dengan virus biologi, virus komputer:
- tidak mengembangkan diri;
- tidak wujud secara spontan dan tidak dicipta oleh pepijat atur cara biasa; ia dicipta secara sengaja oleh para pengaturcara atau orang yang menggunakan perisian mencipta virus; dan
- hanya boleh membuat apa-apa yang ditetapkan oleh pengaturcara.
Para pencipta virus mempunyai berbagai-bagai alasan untuk mencipta dan menyebarkan perisian jahat. Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, perisian pengintipan (spyware), dan pemerasan kriptovirus.
Sesetengah penulis virus menganggap ciptaan mereka sebagai seni, dan melihat penulisan atur cara virus sebagai suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, banyak penulis virus menentang rutin-rutin yang ditulis semata-mata untuk melakukan pemusnahan. Selain itu, banyak penulis virus juga menganggap sistem-sistem yang diserang oleh mereka sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik untuk diselesaikan. Ini berganda apabila permainan kucing dengan tikus itu terhadap perisian anti-virus dijangka.
Sesetengah virus bertujuan untuk merupakan “virus baik”. Ia menyebarkan perbaikan kepada atur-atur cara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kekadangnya dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vektor untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, atur-atur cara “virus baik” yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, ‘virus baik’ yang sebegini boleh salah mengecam fail sasaran dan dengan itu, salah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer. Oleh sebab kod penyalinan diri menimbulkan banyak kerumitan, adakah sesuatu virus yang bertujuan baik boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik, berbanding dengan atur cara biasa yang tidak menyalin diri, boleh dipersoalkan.
Dengan pendek kata, tidak adanya satu jawapan yang tunggal yang mungkin merangkumi seluruh demografi penulis virus yang begitu luas. Dalam kebanyakan bidang kuasa, pembebasan virus komputer (serta juga cecacing) merupakan suatu jenayah komputer.
Trojan Horse
Dalam bidang perkomputeran, trojan horse ialah sejenis atur cara yang mengandungi helah di dalamnya. Istilah ini berasal daripada kuda Troy dalam dongeng Yunani. Atur cara ini kononnya berfaedah atau menarik tetapi sebenarnya mengandungi suruhan yang diletakkan oleh pencipta atur cara untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara tersebut dijalankan.
Worm (Cecacing)
Worm ialah sejenis atur cara komputer yang boleh mereplikakan diri sendiri. Ia menggunakan rangkaian untuk menghantar salinannya kepada nod-nod lain (terminal komputer dalam rangkaian) dan boleh melakukannya tanpa bantuan pengguna. Berbeza dengan virus, ia tidak perlu berpaut pada atur cara yang sedia ada untuk disebarkan. Worm selalunya akan memudaratkan rangkaian (sekiranya ia hanya memakan bandwidth), sementara virus sentiasa menjangkiti atau merosakkan fail yang ada pada komputer sasaran.
Spyware dan Adware
Spyware ialah perisian yang termasuk di dalam perisian jahat (malware) yang dipasangkan di dalam komputer untuk mendapatkan informasi berkaitan pengguna, tingkahlaku melayari web tanpa pengetahuan pengguna itu sendiri. Untuk rekod, spyware pertama ditemui pada 16 Oktober 1995 oleh Usenet. Maklumat yang diperolehi oleh spyware akan dihantar kepada pencipta spyware tersebut
Adware pula berbeza dengan spyware. Adware biasanya akan memaparkan iklan – iklan yang tidak dikehendaki oleh pengguna. Biasanya ia akan terasang di pelayar web (web browser). Adware tidak menyalin informasi pengguna tetapi ianya menyukarkan pengguna dan menyebabkan prestasi komputer menjadi perlahan.
Hacker (Penggodam)
Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya. Takrifan biasa termasuklah:
- Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber. Bagi sesetengah orang, “penggodam” mempunyai konotasi negatif dan merupakan kepada orang yang menggodam atau menggunakan klu untuk melaksanakan tugas pengaturcaraan yang dahsyat, tidak anggun dan tidak cekap.
- Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.
- Dalam bidang teknik lain, penggodam dipanjangkan untuk memaksudkan orang yang membuat benda-benda berfungsi di luar had nampak melalui kemahiran teknik mereka, seperti penggodam perkakasan atau penggodam realiti.
- Dalam budaya penggodam, penggodam ialah seorang yang telah mencapai status sosial tertentu dan dikenali di kalangan ahli budaya tersebut untuk komitmennya terhadap nilai budaya dan jumlah tertentu pengetahuan teknik.
DDOS
DDOS bermaksud distributed denial of service attack (DDoS) yang menafikan perkhidmatan terutama jalur lebar bagi mengakibatkan talian jalur lebar menjadi sesak. Ia akan menyesakkan bandwidth atau sumber kepada sistem yang diserang. Terdapat perisian jahat (malware) yang menyediakan kemudahan ddos seperti MyDoom. Biasanya ddos ini akan mensasarkan sesuatu IP untuk diserang. Serangan ddos akan menyebabkan talian jalur lebar akan perlahan. Sesetengah trojan horse bekerjasama dengan ddos untuk menyerang komputer seperti mengarahkan komputer memuat turun (download) fail – fail yang tidak perlu. Sesetengahnya akan membuat connection ke sumber luar dengan jumlah yang besar. Serangan ddos ini juga boleh mengakibatkan kerosakan pada fail sistem dan juga boleh mengakibatkan kerosakan pada perkakasan komputer (hardware).
Manfaatkan Talian ADSL Di Rumah Anda
Jun 25th

Saya percaya ramai dikalangan kita mempunyai talian ADSL di rumah untuk kegunaan melayari internet. Saya juga percaya majoriti pengguna ADSL di rumah hanya menggunakannya untuk melayari internet sahaja. Tahukah anda bahawa talian ADSL tersebut boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan yang lain?
Pelbagai perkara yang boleh digunakan menggunakan talian ADSL, antaranya:
- Web server.
- CCTV menggunakan webcam.
- Ruang storan peribadi.
- Proxy server.
Untuk membuat web server, ruangan storan peribadi dan proxy server, kita harus mengetahui Dinamik IP pada ADSL kita. Perkara ini agak sukar untuk diketahui. Namun terdapat penyelesaian bagi masalah ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan dinamik dns seperti DynDNS, Affraid dan sebagainya. Kemudian install dikomputer anda dengan perisian client yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan dinamik dns ini. Setelah itu, tetapkan pada router ADSL anda untuk memindahkan port 80, 22, 21, 443, 3127 kepada ip setempat komputer anda di dalam bahagian Virtual Server. Kemudian install perisian – perisian yang diperlukan mengikut keperluan anda.
Operating System:
Saya mencadangkan anda menggunakan Linux. Walau bagaimanapun os Windows XP dan Windows Vista juga boleh digunakan.
Web Server:
Anda boleh menggunakan perisian Apache Web Server sebagai aplikasi web server anda. Sila ke http://www.apache.org untuk download perisian apache. Sekiranya anda menggunakan Linux, install apache anda menggunakan perisian apache yang dibekalkan oleh penyedia os Linux anda. Untuk RHEL, gunakan arahan yum install httpd httpd-devel, untuk pengguna debian base, gunakan arahan apt-get install httpd httpd-devel. Bagi pengguna windows, adalah lebih mudah menggunakan perisian xampp dengan download di http://www.apachefriends.org. Baca pada documentation untuk menyediakan web server pada komputer anda. Anda boleh membuat web peribadi menggunakan server yang ada di rumah anda.
CCTV
Anda boleh menggunakan webcam dan kemudian menggunakan perisian seperti Yahoo Messenger, MSN Messenger, Skype, ICQ dan sebagainya sebagai perisian komunikasi. Pasangkan webcam anda dan ON kan. Kemudian buat ketetapan untuk menerima username tertentu bagi mengakses webcam anda. Gunakan username tersebut pada pc anda di pejabat. Jadi anda boleh memantau rumah anda daripada pejabat sahaja.
Ruang Storan Peribadi
Apabila anda telah menyediakan web server, secara amnya anda boleh mengakses komputer anda di mana – mana anda berada. Oleh itu anda boleh menyimpan dan mengambil fail daripada komputer anda dengan menggunakan web browser, FTP Client (perlu memasang FTP Server), SCP Client (SSH2 Protokol bagi server Linux).
Proxy Server
Anda dikehendaki memasang perisian proxy pada komputer anda. Bagi pengguna linux, perisian yang disediakan ialah Squid. Buat ketetapan pada proxy server anda. Set pada web browser anda dipejabat dengan alamat proxy anda. Kini anda boleh melayari web menggunakan proxy anda sendiri.
Penerangan bagi memasang aplikasi server di atas terpaksa saya tulis secara ringkas. Saya akan menerangkan cara memasang aplikasi tersebut pada masa akan datang dengan lebih khusus. Sebagai contoh, anda boleh melayari http://azlan.blogdns.net - server yang saya buat di rumah dengan menggunakan talian adsl Streamyx 1Mbps.
Streamyx Mengalami Masalah Connection Dengan Server Luar?
Jun 23rd
Sebelum saya berbicara berkaitan topik yang di atas, saya ingin berbicara sedikit berkaitan feedback yang saya dapat daripada blog yang saya hasilkan ini. Ada feedback yang positif dan ada juga feedback yang cuba melemahkan usaha saya ini. Tak kurang juga spam² yang berlambak – lambak masuk ke dalam ruangan comment saya. Feedback yang saya perolehi ada yang saya dapat daripada orang Malaysia dan ada juga datangnya daripada negara luar. Walau apapun feedback yang saya perolehi, saya akan teruskan usaha saya ini. Terima kasih kepada yang memberikan feedback di dalam blog saya ini. Saya tidak mengakui yang saya begitu power di dalam linux tetapi saya cuba kongsikan ilmu yang sedikit untuk dikongsikan bersama pembaca dan harap ianya dapat dimanfaatkan
Berbalik kepada topik, masa kini ISP di Malaysia saya kira mempunyai masalah dengan bandwidth kerana banyak web yang gagal kita layari terutama yang mempunyai sumber di luar negara seperti Amerika dan Eropah. Perkara ini saya kira sudah berlarutan agak lama. Jadi apakah penyelesaian yang dapat kita lakukan? Takkan kita hanya melayari web bersumberkan dalam negara sahaja.
Masalah connection ini tidak akan selesai selagi kita masih tidak mempunyai backbone sendiri. Itu adalah realiti pada masa kini. Untuk menyediakan kemudahan backbone mungkin memerlukan kos yang sangat tinggi. Tetapi backbone ini saya rasa sudah menjadi keperluan bagi negara kita seandainya kita ingin bersaing dengan negara – negara asia yang lain dan untuk persiapan ke arah negara maju pada tahun 2020.
Kadang – kadang saya jadi keliru dengan iklan ISP. Masing – masing mengatakan menyediakan broadband berkelajuan tinggi. Kalau tak silap pada tahun ini, TmNet ada menyatakan memberikan jaminan bahawa connection yang diberikan kepada pengguna ditahap maksimum. Tetapi jaminan itu hanya diberikan untuk akses server yang diletakkan di data center dalam negara. Saya takut kita akan menjadi seperti katak di bawah tempurung. Syok sendiri dengan kononnya kita hebat. Sebagai ISP, mereka sepatutnya sudah menyelesaikan masalah ini 5 tahun lepas. Jangan kita biarkan diri kita tertinggal melebihi 10 tahun daripada negara lain di dalam era teknologi maklumat ini.
Jadi harapan saya agar pihak ISP yang sebelum ini mendakwa mempunyai kemudahan broadband yang laju itu mengotakan janjinya iaitu memberikan perkhidmatan broadband yang betul – betul laju samada untuk connection dalam negara mahupun luar negara.
Elemen Multimedia
Jun 23rd

Kita biasa mendengar perkataan multimedia. Tetapi kita kurang arif apakah yang dimaksudkan dengan multimedia. Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Tafsiran
Multimedia mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti berikut:
- “Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hipertek
s. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus” – Jacquetta Megarry (1990). - “Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video” – Waterworth (1992).
- “Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital” – Gayeski (1993).
- “Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat” – Ron White (1996).
Ciri-ciri multimedia
Integrasi secara seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.
Persekitaran Digital
Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.
Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi.
Tidak berturutan
Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.
Apakah Email & Kegunaannya?
Jun 23rd
E-mel (singkatan bagi electronic mail/”mel elektronik”; juga dieja emel) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah “e-mel” (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil “spam”, namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.
Asal-usul
E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Pada tahun 1961, MIT mula-mula mendemonstrasi Sistem Pengongsian Masa Serasi (Compatible Time-Sharing System, CTSS) yang membolehkan ramai pengguna melog masuk ke dalam IBM 7094 dari terminal dailan jarak jauh, serta menyimpan fail-fail atas talian ke dalam cakera. Kebolehan baru ini menggalakkan para pengguna berkongsi maklumat dengan cara-cara baru. E-mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa untuk berkomunikasi sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32 oleh SDCdan CTSS oleh MIT.
E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).
Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET.
Fungsi
Contoh
Diagram di atas menunjukkan susunan yang lazim bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila Alice mengarang satu mesej dengan menggunakan agen pengguna melnya (mail user agent, MUA). Dia menaip masuk, atau memilih dari buku alamatnya, alamat e-mel penerimanya. Dia menekan butang “hantar”.
- MUA-nya memformatkan mesej dalam suatu format e-mel Internet dan menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) untuk menghantar mesej berkenaan ke agen pemindahan mel (mail transfer agent, MTA) tempatan, iaitu smtp.a.org yang dikendali Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) langganan Alice.
- MTA memeriksa alamat destinasi yang diberi dalam protokol SMTP (bukan dari pengepala mesej), iaitu bob@b.org. Alamat e-mel Internet address ialah serangkai bentuk localpart@exampledomain.com, yang dikenal pasti sebagai satu Alamat Domain Layak Sepenuhnya (Fully Qualified Domain Address, FQDA). Bahagian sebelum lambang @ ialahbahagian tempatan alamat, iaitu lazimnya nama pengguna penerima, manakala bahagian selepas lambang @ ialah nama domain. MTA mencari nama domain ini dalam Sistem Nama Domain untuk mencari pelayan pertukaran mel yang menerima mesej dari domain itu.
- Pelayan DNS untuk domain b.org, ns.b.org, membalas dengan rekod MX menyenaraikan pelayan pertukaran mel untuk domain berkenaan, iaitu mx.b.org, satu pelayan yang dikendali ISP Bob.
- smtp.a.org menghantar mesej berkenaan ke mx.b.org dengan menggunakan SMTP yang mengirimnya ke dalam peti surat pengguna bernama bob.
- Bob menekan butang “dapatkan mel” dalam MUAnya, yang memungut mesej berkenaan menggunakan Protokol Pejabat Pos (Post Office Protocol, POP3).
Diingatkan bahawa pihak-pihak, alamat-alamat e-mel dan nama-nama domain dalam penjelasan ini adalah tidak wujud semata-mata.
Format
Format mesej e-mel Internet didefinasikan dalam RFC 2822 dan satu siri RFC, dari RFC 2045 hingga RFC 2049, secara kolektifnya dipanggil Sambungan Mel Internet Pelbagai Guna (Multipurpose Internet Mail Extensions, MIME). Meskipun pada 13 Julai 2005. Secara teknikal, RFC 2822 ialah satu piawaian IETF yang dicadangkan dan MIME RFC pula piawaian IETF rangka sahja, dokumen-dokumen ini ialah piawaian de facto untuk pemformatan e-mel Internet. Sebelum pengenalan RFC 2822 pada tahun 2001, format yang dihuraikan RFC 822 merupakan piawaian de facto untuk e-mel Internet selama hampir dua dekad; RFC 822 masihlah piawaian IETF rasmi. IETF menyimpan monbor-nombor 2821 dan 2822 untuk versi-versi kemaskini RFC 821 (SMTP) dan RFC 822, maka memperakui kepentingan besar kedua-dua RFC ini. RFC 822 diterbitkan pada tahun 1982 berasaskan RFC 733 sebelumnya.
Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:
- Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel
- Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.
Pengepala
Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:
- Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
- Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
- Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
- Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang
Ruang-ruang pengepala lain juga termasuk:
- Cc: Salinan karbon (Carbon copy)
- Bcc: Salinan karbon buta (Blind carbon copy)
- Diterima: Malumat penjejakan yang dijana pelayan mel yang sebelumnya menangani sesuatu mesej
- Content-Type: Maklumat mengenai bagaimana mesej perlu dipapar, biasanya sejenis MIME
- Reply-To: Alamat yang patut digunakan untuk membalas pengirim.
- References: Message-ID untuk mesej bahawa ini ialah maklumbalas, dan message-id mesej ini, dsb.
- In-Reply-To: Message-ID bagi mesej bahawa ini ialah maklumbalas.
- X-Face: Ikon kecil.
Kebanyakan klien e-mel menyediakan “Bcc” (Salinan karbon buta, para penerima yang tidak dilihat dalam ruangan “To”) sebagai ruangan pengepala. Protokol berbeza-beza digunakan untuk menangani ruangan “Bcc”; ada kalanya seluruh ruangan itu digugurkan, pada masa-masa lain ruangan itu dikekalkan tetapi alamat-alamat dalamnya digugurkan. Alamat-alamat yang dimasukkan dalam “Bcc” hanya dimasukkan dalam senarai pengiriman SMTP, dan tidak termasuk dalam data mesej.
IANA menetapkan satu senarai piawaian ruangan-ruangan pengepala.
Pelayan dan aplikasi klien
Mesej-mesej ditukarkan antara hos-hos melalui penggunaan Protokol Pemindahan Mel Mudah dengan program-program perisian yang dipanggil agen pengangkutan mel. Pengguna boleh memuat turun mesej-mesejnya dari pelayan-pelayan dengan protokol-protokol piawaian seperti POP atau IMAP, atau, bagi persekitaran korporat yang besar, dengan protokol proprietari yang dikhususkan untuk Lotus Notes atau Microsoft Exchange Server.
Mwl boleh disimpan sama ada pada klien, pada pihak pelayan, atau kedua-duanya. Fromat-format piawaian untuk peti surat termasuk Maildir dan mbox. Beberapa kilen e-mel yang terpenting menggunakan format hakmilik tersendiri dan memerlukan perisian penukaran untuk mengalihkan e-mel antara satu sama lain.
Apabila sesuatu mesej tidak dapat dikirim, MTA penerima perlu menghantar mesej lambung balik kepada pengirim untuk menyatakan masalahnya.
Sambungan nama fail
Kebanyakan, tetapi bukan semua, klien-klien e-mel menyimpan setiap satu mesej sebagai fail berasingan, atau membolehkan pengguna berbuat demikian. Aplikasi yang berbeza menyimpan fail e-mel dengan sambungan nama fail yang berlainan.
- .eml
- Inilah sambungan e-mel asalan untuk Mozilla Thunderbird dan Windows Mail dan juga digunakan dalam Microsoft Outlook Express.
- .emlx
- Digunakan dalam Apple Mail.
- .msg
- Digunakan dalam Microsoft Office Outlook.
Kegunaan dalam masyarakat: Flaming
Ramai pemerhati mengeluh meningkatnya amalan flaming dalam komunikasi bertulis. Flaming berlaku apabila seseorang menghantar mesej yang bernada marah dan/atau antagonis. Flaming dianggap makin menjadi-jadi hari ini kerana kemudahan dan sifat tidak insani komunikasi e-mel: pertelingkahan antara muka atau melalui telefon memerlukan interaksi secara terus, sedangkan norma-norma sosial menggalakkan ketertiban, manakala menaip mesej ke orang lain merupakan interaksi tidak langsung, maka ketertiban boleh diabaikan.
Dalam perniagaan
E-mel diterima secara meluas oleh komuniti niaga sebagai perantara komunikasi elektronik luas yang terulung dan merupakan ‘e-revolusi’ pertama dalam komunikasi niaga. E-mel amat mudah difahami dan sepertilah pos, e-mel menyelesaikan dua masalah asas komunikasi. E-mel berasaskan LAN juga makin banyak digunakan dalam perniagaan. E-mel berasaskan LAN ini bukan sahaja membolehkan pengguna perniagaan untuk memuat turun mel ketika offline, malah juga menyediakan ID e-mel ramai pengguna kepada pengguna perniagaan kecil dengan cuma satu sambungan e-mel.
Kelebihan
- Masalah logistik: Kebanyakan dunia perniagaan bergantung kepada komunikasi antara individu-individu yang berjauhan dari satu sama lain secara fizikal; penyusunan dan penyertaan dalam mesyuarat antaramuka boleh membazir masa dan menjadi mahal. E-mel menyediakan pertukaran maklumat hampir serta-merta pada kos yang rendah. Telepersidangan mengatasi jarak fizikal, namun logistik menghimpunkan orang ramai pada masa yang sama kekal.
- Masalah penyegerakan: Bagi komunikasi masa nyata, para peserta biasanya perlu bekerja dalam jadual yang sama. Mereka perlu berada di tempat yang sama pada masa yang sama dan menumpukan jumlah masa yang sama pada maklumat yang sama. E-mel membolehkan setiap peserta menentukan bila dan bagaimana mereka akan memproseskan maklumat.
Kelemahan
Kebanyakan golongan profesional niaga hari ini menghabiskan antara 20% dan 50% waktu bekerja mereka dengan penggunaan e-mel: membaca, menempah, menyusun, ‘mengkontekskan semula’ cebis-cebisan maklumat dan seudah tentunya menulis e-mel. Kegunaan e-mel makin meningkat dalam arus globalisasi ini—pengagihan bahagian pertubuhan, penyumberan, dan sebagainya. E-mel boleh membawa kepada beberapa masalah:
- Kehilangan konteks: Maklumat dalam konteks (seperti dalam akhbar) lebih mudah dan cepat difahami berbanding cebis-cebisan yang tidak disusun. Communicating in context is faster and more efficient.
- Spam: E-mail ialah perantara tolak-sahaja: kawalan terhadap siapa yang menerima maklumat terletak terutamanya di tangan pengirim. Ini boleh menyebabkan sarat maklumat yang tidak dikehendaki atau tidak relevan.
- Ketidaksejajaran: E-mel boleh menyalin maklumat. Ini boleh menjadi masalah apabila satu pasukan sedang bekerjasama dalam mengerjakan dokumen.
Sungguhpun begitu, dan walaupun adanya alatan-alatan lain, komunikasi berasaskan e-mel masih adalah medium bertulus yang paling laris digunakan dalam perniagaan.
Cabaran
Spam dan virus komputer
Keberkesanan e-mel sedang diancam oleh tiga fenomena, iaitu: spam, phishing dan cecacing.
Spam ialah e-mel komersial yang tidak diminta pengguna. Oleh sebab kos penghantaran e-mel yang amat rendah, penghantar spam (spammer) boleh menghantar beratus-ratus juta mesej e-mel setiap hari melalui sambungan Internet yang murah. Ratusan spammer aktif yang menghantar bilangan mel sebegini mengakibatkan sarat maklumat dialami ramai pengguna komputer yang menerima berpuluh-puluh ataupun beratus-ratus mesej remeh setiap hari.
Cecacing e-mel menggunakan e-mel sebagai satu cara mereplikakan dirinya ke dalam komputer yang terdedah. Meskipun [[Cecacing Morris|cecacing e-mel pertama] menyerang komputer UNIX, namun masalah ini lebih nyata berlaku dalam sistem pengendalian Microsoft Windows yang lebih popular.
Gabungan program-program spam dan cecacing mengakibatkan pengguna selalu dibanjiri e-mel remeh, lalu mengurangkan kegunaan e-mel sebagai alatan yang berguna.
Terdapat sebilangan teknik anti-spam yang mampu mengurangkan impak spam. Di Amerika Syarikat, Kongres telah juga meluluskan satu rang undang-undang, iaitu Can Spam Act of 2003 yang cuba mengawal e-mel sedemikian. Australia juga menguatkuasa undang-undang spam yang amat tegas untuk menyekat pengiriman spam dari ISP Australia (http://www.aph.gov.au/library/pubs/bd/2003-04/04bd045.pdf), namun impaknya tidak banyak menunjukkan kesan kerana kebanyakan spam berasal dari rejim-rejim yang kelihatan enggan menyekat pengiriman spam.
Kebimbangan privasi
Privasi e-mel boleh dicabuli jika langkah berjaga-jaga tidak diambil kerana:
- mesej e-mel biasanya tidak disulitkan;
- mesej e-mel perlu melalui komputer perantaraan sebelum sampai di destinasi, maka adalah agak senang untuk orang lain menyekat dan membaca mesej tersebut;
- kebanyakan Penyedia Perkhidmatan Internet menyimpan salinan mesej e-mel anda dalam pelayan mel mereka sebelum pengiriman. Salinan sandarnya mampu bertahan selama berbulan-bulan dalam pelayan itu, sungguhpun anda telah memadamnya dalam peti surat anda;
- Pengepala Received: dan maklumat lain dalam e-mail biasanya boleh mengenal pasti identiti pengirim, maka menghalang komunikasi tidak bernama.
Terdapat aplikasi kriptografi yang boleh berfungsi sebagai penawar kepada sesetengah masalah yang tersebut tadi. Contohnya, Rangkaian Persendirian Maya atau rangkaian ketanpanamaan Tor boleh digunakan untuk menyulitkan trafik dari mesin pengguna kepada rangkaian yang lebih selamat sementara GPG, PGP atau S/MIME boleh digunakan untuk penyulitan mesej hujung ke hujung, manakala SMTP STARTTLS atau SMTP atas Sekuriti Lapisan Pengangkutan/Lapisan Soket Selamat (Transport Layer Securtiy/Secure Socket Layers) boleh digunakan untuk menyulitkan komunikasi untuk satu lompatan mel tunggal antara klien SMTP dan pelayan SMTP.
Tambahan pula, kebanyakan agen pengguna mel tidak melindungi log masuk dan kata laluan, maka memudahkannya dipintas penyerang. Skim-skim pengesahan sulit seperti SASL boleh mencegahnya.
Akhir sekali, fail-fail lampiran mengalami kebanyakan bahaya yang juga dihadapi perkongsian fail P2P. Fail-fail lampiran ini mungkin mengandungi kuda trojan atau virus.
Penjejakan mel yang dihantar
E-mel pokoknya tidak menyediakan apa-apa mekanisme untuk menjejak mesej yang dikirim. Sistem yang terlibat biasanya akan berusaha sama ada untuk mengirim mel berkenaan atau menghantar balik notis kegagalan (”mesej lambung”), namun tiada jaminan bahawa mesej itu betul-betul akan disampaikan, mahupun dibaca penerima. Berbeza pula dengan sistem pos yang menawarkan pos berdaftar atau bentuk-bentuk penjejakan dan penyurihan yng lain.
Sebagai penawar, wujudnya mekanisme seperti Pemberitahuan Status Penghantaran (Delivery Service Notification, DSN) dan resit pergi balik.


Sarah Sharp (Geekees), salah seorang daripada pembangun Linux di Intel’s Open Source Technology, telah mengumumkan di
Sebenarnya saya tak pernah merancang untuk menggunakan server Windows Server 2003. Tetapi baru – baru ini Lepaknet ditaja sebuah server yang menggunakan os Windows Server 2003 dengan akses Administrator. Dah diberikan secara percuma takkan nak menolak, betul tak? Jadi ini menjadi satu cabaran kepada saya untuk meng’configurasi’kan server ini agar ianya boleh diguna pakai. Alahai, terus terang saya memang tidak ada experiance di dalam hal server Windows Server ni. Tapi saya akan cuba juga. Apakah yang perlu saya lakukan?


Apakah yang membezakan antara emel pop3 dengan webmail? Ramai yang menggunakan webmail sebagai emel persendirian. Webmail yang popular pada masa kini ialah yahoo.com, hotmail.com, msn.com dan gmail.com. Itu hanyalah sebahagian webmail yang terdapat pada masa ini. Berbeza dengan pop3, emel yang menggunakan pop3 ini hanya bagi organisasi ataupun seseorang yang mempunyai domain dan server sendiri. Bagi pengguna webmail, mereka boleh membuka emel tersebut dengan menggunakan pelayar web (web browser) dan dapat membuka akses emel mereka. Segala emel tersebut akan disimpan di dalam server emel tersebut. Berbeza dengan pop3, mereka akan membuka emel dengan menggunakan mail client (pelayan emel) seperti outlook express. Untuk mengakses emel tersebut, mail client hendaklah dibuat penetapan (configuration) terlebih dahulu. Emel tersebut akan di’download’ dan disimpan di dalam komputer peribadi.
Mungkin ada baiknya apabila port 25 ini disekat kerana port 25 ini menjadi sasaran kepada spammer untuk menghantar emel spam kepada pengguna lain. Walau macamanapun, hal ini menimbulkan kesukaran kepada pengguna bagi menggunakan emel pop3 mereka walaupun pengguna masih dapat mengakses emel mereka, tetapi hanya setakat membaca emel tanpa boleh membuat respon balas kepada pengirim.









Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr