My Blog For ICT Information And Education.
Archive for August, 2009
Mengenali Lebih Dekat Bahasa Pengaturcaraan Web
Aug 20th
Artikel ini saya tulis adalah di atas permintaan daripada pengunjung blog saya. Di sini saya akan terangkan 3 bahasa pengaturcaraan web yang utama iaitu PHP, ASP dan JSP berkaitan kelebihan yang disediakan. Saya tidak dapat mengulas kebaikkan dan keburukkan kerana kesemuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri. Oleh itu anda harus bijak untuk memilih bahasa pengaturcaraan yang terbaik yang anda rasakan sesuai dengan projek yang ingin anda buat.
Bahasa pengaturcaraan web pada asalnya bermula dengan HTML dan kini semakin berkembang mengikut perkembangan teknologi pada masa ini. Meskipun begitu kesemua bahasa pengaturcaraan generasi terkini tetap membenarkan ianya menyisipkan bahasa HTML ini di dalam kod aturcaranya.
Penerangan ringkas berkaitan PHP, ASP dan JSP.
![]()
PHP adalah server side language yang dapat digunakan di web browser. Banyak manfaat yang diperolehi daripada penggunaan PHP ini. PHP membenarkan kod HTML diguna di dalamnya disamping penggunaan CSS dan JavaScript. Apa yang perlu ialah file web hendaklah menggunakan extension .php sebagai pengenalan ianya merupakan file php.
Ia juga membenarkan developer membuat operasi yang sukar untuk digunakan di dalam web environment. PHP juga membenarkan untuk memuatkan halaman lebih kerap daripada biasa dan terdapat banyak server hosting yang menyokong penggunaan PHP. Hosting yang menggunakan PHP juga lebih murah berbanding hosting yang menggunakan ASP.Net, Visual Basic.Net dan Java (JSP). Ini kerana PHP merupakan perisian open source dan semua server yang menggunakan operating system *nix telah sedia ada menyokong PHP dan PHP telah sedia terpasang di dalamnya.
PHP juga memungkinkan pengurusan data secara centralize dan memudahkan data – data disimpan di dalam database. PHP juga memberikan developer lebih kebebasan untuk membina, mempunyai banyak kemudahan untuk halaman web dan juga tetap membolehkan hubungan dengan data luar (extended data). Dengan penghubungan web dan data ini membenarkan developer update web tanpa perlu download source file (file sumber) di dalam proses update tersebut.
![]()
ASP dibangunkan bagi kecepatan masa dan mudah sebagai alternatif kepada CGI dan Perl atau C. Ianya juga menyokong VBScript dan JScript. Komponen ADO pula digunakan bagi membantu performance kepada fungsi tambahan termasuk ODBC-compliant databases, dan data output dalam bentuk text. Komponen Java dan XML pula digunakan sebagai extended script (skrip luaran) kepada ASP.
Terdapat benefit tambahan yang ada di dalam ASP:
- Digunakan di dalam hosting Windows.
- ASP dilaksanakan sebagai service kepada web server dan dioptimumkan kepada pelbagai kerja dan pengguna (user). Ini bermakna ASP dapat diimplimen dengan cepat dan mudah.
- ASP membenarkan anda memisahkan rekabentuk halaman web daripada programming mengakses database dan aplikasi. Ianya membolehkan programmer dan perekabentuk web untuk memikirkan apa yang terbaik untuk dilakukan.
- Server-side ASP membenarkan borang (form) HTML menyimpan data ke dalam database dan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat di dalam HTML ke dalam browser.

Jika anda telah biasa menggunakan HTML SilverStream, anda mungkin mudah menggunakan tool di dalam toolbox anda. Jadi untuk memulakannya, JSP bermaksud JavaServer Pages. Seperti SilverStream Pages, JSP juga bermaksud membina Java Servlets. Apabila terdapat permintaan untuk halaman .JSP, server akan memanggil Java Servlet untuk menjawab dan melaksanakan arahan daripada permintaan tersebut.
Terdapat pelbagai alat yang telah dibina untuk bekerja dengan JSP (J2EE objek dan toolkit). Ini membolehkan modal yang diperlukan amat rendah dan membolehkan pembiayaan lebih banyak projek dalam satu masa. ianya juga lebih fleksibel dengan pengurusan kumpulan dan ianya sangat mudah untuk menguasai kemahiran tersebut bagi sesebuah kumpulan.
VDSL2 Teknologi Terkini DSL
Aug 17th
Minggu lepas saya ada membuat ulasan berkaitan dengan usaha Jalenas mewujudkan perkhidmatan internet menggunakan fiber optic wire. Saya terfikir mengapa TM yang mempunyai infrastuktur yang lengkap tidak mendahului Jalenas mewujudkan network internet menggunakan fiber optic. Hari ini saya ada membuat beberapa penyelidikan berkaitan dengan teknologi DSL pada masa kini dan perkembangannya. Ini kerana saya sangat berminat untuk mengetahui VDSL2 yang mula dibangunkan dibanyak negara eropah dan asia. Saya melihat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang giat membangunkan VDSL2 ini dan dikendalikan oleh pihak TM. Kini saya mengetahui mengapa TM tidak membina network internet ke rumah menggunakan teknologi fiber optic.
Jadi hari ini saya akan memberikan sedikit info berkaitan VDSL2 kepada pembaca semua. VDSL2 bermaksud (Very High Speed Digital Subscriber Line 2) merupakan teknologi mengakses internet terkini menggunakan infrastuktur sedia ada (copper wire) iaitu menggunakan POT Services (Plain old telephone service @ POTS). Ia akan melalui central offices menggunakan fibre-fed cabinets yang diletakkan berhampiran rumah kediaman ataupun di dalam premis.
VDSL2 merupakan teknologi DSL terkini dan melebihi standard talian komunikasi DSL. Ianya direka untuk menyokong triple play service iaitu meliputi voice, video, data, high definition television (HDTV) dan permainan interaktif. Ianya lebih efisyen terhadap fleksibalitidan kos untuk upgrade infrastuktur xDSL sedia ada. Standard yang digunakan ialah ITU G.993.2 (International Telecommunication Union@ITU) yang dikhususkan untuk DSL jenis VDSL2.
ITU-T G.993.2 (VDSL2) merupakan sambungan kepada G.993.1 (VDSL) yang mana permit diberikan untuk transmission asymmetric dan symmetric aggregate data rates sehingga 200Mbp/s menggunakan twisted pairs menggunakan bandwidth sehingga 30MHz.
VDSL2 secara teori membolehkan capaian maksimum 250Mbit/s pada data kepada 100Mbit/s pada 0.5 km dan 50Mbit/s pada 1 km dan menjadi amat perlahan selepas itu dan tidak dapat berfungsi sebagai VDSL. Bermula 1.6km, fungsi VDSL2 akan bertukar kepada ADSL2+ (24Mbit/s download speed).
VDSL2 juga menyokong kelajuan capaian sehingga 1-4Mbit/s bagi kawasan sejauh 4 – 5 km, tetapi akan menambahkan bit-rate sehingga 100Mbit/s symmetric dengan loop-length dalam masa yang singkat.
Diharap dengan perkembangan ini, pihak ISP yang ada kini dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna – pengguna internet di Malaysia.
Jalenas ISP Internet Terbaru?
Aug 13th
Mungkin ini merupakan berita baik kepada pengguna internet di Malaysia. Sebuah syarikat Jalur Lebar Nasional Sdn Bhd (Jalenas) kini dalam perlaksanaan fasa pertama yang dilaksanakan di Kuantan, Pahang bagi menyediakan frasarana talian internet menggunakan teknologi gentian optik (fiber optic). Memang telah lama kita nantikan perkara seperti ini dilaksanakan di Malaysia. Perkembangan ini di harap bukan hanya satu angan – angan kosong tetapi harapan kita ianya menjadi satu yang realiti. Mengapa saya katakan begitu? Adakah saya tidak yakin dengan Jalenas dalam memberikan perkhidmatan tersebut?.
Teknologi fiber optic ini sebenarnya telah lama digunakan oleh syarikat – syarikat besar. Pada sekitar akhir tahun 90an, terdapat perkhidmatan menggunakan fiber optic ini yang dikenali dengan nama ISDN (Integrated Services Digital Network) tetapi kos yang ditanggung oleh pengguna amat besar. Kos yang besar ini mungkin disebabkan oleh penyediaan talian fiber optic ini juga memerlukan kos yang tinggi oleh pihak SP (Service Provider).
Keupayaan penggunaan fiber optic ini sangat tinggi dan berbeza dengan penggunaan kuprum twisted pair cable yang diimplimenkan di dalam teknologi DSL (Digital Subscriber Line) yang mana DSL ini menghasilkan fenomena jalur lebar ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line) dan SDSL (Symmetric Digital Subscriber Line). Teknologi DSL ini menggunakan wayar kuprum sebagai device untuk menghantar dan menerima data melalui Terminal Adaptor dan capaian maksimum ialah 8Mbps. Berbeza dengan fiber optic, capaian maksimum bagi fiber optic ialah sehingga 2.5Gbps.
Apa yang difahamkan, Jalenas akan menggunakan talian gentian optik ke rumah (FTTH) sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan capaian broadband yang lebih tinggi. Mungkin teknologi UHDSL (Universal High bit rate Digital Subscribe Line) akan digunakan yang telah diperkenalkan pada tahun 2005 oleh RLH Industries bagi menggantikan HDSL (High Digital Subscribe Line) yang merupakan teknologi DSL yang pertama. Mungkin juga penggunaan teknologi IDSL (ISDN Digital Subscribe Line). Itu saya belum pasti lagi sebab tidak ada dinyatakan oleh pihak Jalenas.
Sekiranya perlaksanaan ini berjaya diseluruh negara, saya yakin TMNet akan “gulung tikar”. Ini disebabkan pengguna akan cenderung memilih ISP yang memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Ini satu kredit untuk pengguna internet di Malaysia. Mungkin juga TMNet terpaksa menurunkan harga sewa bagi menarik pengguna menggunakan perkhidmatannya.
Walau bagaimanapun, selaju mana talian internet di rumah kita tetapi ianya kurang membantu untuk capaian internet ke sumber luar selagi Malaysia tidak mempunyai back bone sendiri. Perkara ini diharap akan dapat diselesaikan dan saya percaya semua pengguna internet di Malaysia menantikan saat Malaysia mempunyai back bone sendiri bagi meningkatkan capaian internet kepada sumber luar. Bak pepatah “Jangan jadi macam katak bawah tempurung”. Fikir – fikirkanlah dan nantikan perkembangan yang akan datang.
Serangan Spam
Aug 3rd
Semenjak dua ini blog saya agak perlahan untuk diakses. Ini kerana serangan spam ke atas blog saya ini. Setakat ini saya telah ‘ban’ lebih 50 IP address daripada memasuki blog ini. Spam ini menyerang dalam bentuk comment. Kini saya menunggu bilakah spam ini akan berhenti menyerang. Kita tunggu dan lihat.
Mungkin ramai yang mengetahui apakah spam. Bagi yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan spam ini, di sini saya akan memberikan penerangan secara ringkas.
SPAM
Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.
Beberapa jenis spam adalah:
- Spam e-mel
- Spam chat
- Spam forum
- Spam SMS
Sejarah SPAM
Istilah “spam” dipercayai berasal dari sketsa Monty Python yang bertajuk “SPAM”. Ia adalah mengenai sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging lunceon SPAM.
Sesetengah orang pula menyatakan yang “spam” adalah singkatan untuk Stupid Pointless Annoying Message, dari segi bahasa adalah ‘Pesanan yang Bodoh, Tidak munasabah, dan Menjengkelkan’. Walau bagaimanapun, maksud ini adalah bukan sesuatu yang piawai kerana terdapat banyak lagi maksud yang digunakan oleh para pengguna internet untuk merujuk kepada spam.
Berita Berkaitan Spam
2 May 2007
Sebuah syarikat di Amerika telah menyaman USD1 Billion kepada kumpulan yang tidak dikenali yang telah meyebarkan spam di internet. Saman ini dijalankan dan diuruskan oleh Organisasi Anti-Spam yang dipercayai telah tidak dapat menahan kesabaran mereka di atas tindakan penyebaran spam oleh kumpulan tersebut.
Berita di atas menunjukkan spam merupakan satu jenayah siber yang seharusnya dihentikan dan ditentang. Oleh yang demikian, seharusnya pihak – pihak yang terlibat di dalam penyediaan kemudahan internet seperti ISP dan datacenter mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghalang pengguna perkhidmatan mereka daripada meneruskan aktiviti tersebut.
Wine ialah perisian percuma bagi pengguna *nix bagi melaksanakan dan menjalankan perisian yang dibangunkan di bawah pembangunan Microsoft Windows. Ini bermakna semua perisian yang dibangunkan untuk kegunaan Windows kini boleh digunakan di dalam operating system *nix. Wine juga menyediakan software library yang dikenali sebagai Winelib bagi membolehkan pembangun perisian akan dapat compile aplikasi Windows untuk membantu aplikasi ini ditetapkan port seperti *nix system.
Swap partition adalah merupakan virtual memory (memori maya) yang diwujudkan di dalam *nix (merujuk kepada Linux, MacOS X, FreeBSD, BSD dan Solaris). Partition ini disediakan ketika proses installation os *nix. Swap berfungsi sebagai virtual memory yang mana ianya dapat membantu *nix beroperasi dengan menjalankan program yang banyak dan complex meskipun komputer mempunyai fizikal RAM yang kecil (ianya mempunyai prestasi yang perlahan tetapi berfungsi). Pada masa kini, swap biasanya secara default akan ditetapkan ke 1024MB yang mana os di dalam HDD akan dibina sebuah partition berjumlah 1024MB. Walau bagaimanapun, kita boleh menetapkan jumlah MB partition tersebut mengikut kehendak kita. Bagi pengalaman saya, biasanya saya akan membina partition berjumlah tidak kurang 2048MB bagi membantu os *nix saya berkerja dengan lancar.











Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr