My Blog For ICT Information And Education.
Archive for September, 2009
Problems: Windows XP SP3 dan Microsoft HD Audio UAA (Update 3)
Sep 28th
Masalah ini sering berlaku di antara High Definition Audio dan Windows XP Service Pack 3 yang mana Windows XP tidak dapat mengenal pasti driver bagi device High Definition Audio Bus. Masalah ini saya temui di laptop salah seorang sahabat saya yang meminta bantuan saya apabila audio dilaptop beliau telah hilang. Sebenarnya ianya pernah terjadi pada pc saya apabila saya install Windows XP integrated SP3, audio saya tidak berfungsi dan pada awalnya saya menyangka mobo saya bermasalah. Lalu saya hantar ke vendor dan pihak vendor menyatakan driver HDA tidak berfungsi pada Windows XP SP3. So saya google di internet dan mendapat solution dia. Hari ini saya akan kongsikan teknik yang saya kira amat mudah ini dengan anda semua. (Terima kasih kepada boredsystemadmin.com yang memberikan penyelesaian masalah ini).
Ikuti langkah demi langkah ini:
- Download kb8881111sp2.exe (HDA patch untuk Windows XP Service Pack 2)
- Klik Run -> taip regedit
- Pergi ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\Windows
- Cari CSDVersion dan tukar nilai 300 kepada 200. 300 bermaksud SP3 dan 200 bermaksud SP2.
- Restart sistem anda.
- Install kb888111sp2.exe sehingga selesai (terdapat di dalam folder MSHDQFE/Win2K_XP) serta masukkan driver high definition audio anda yang terdapat pada folder WDM dan masukkan juga file driver modem anda yang dibekalkan oleh vendor anda.
- Ubah CSDVersion kembali kepada nilai 300.
- Restart sistem anda.
- Berjaya dicuba pada: Realtek HD, Audio Devices HD, VIA HD, Onboard AMD(ATI) x1250 video dan modem Windows XP Driver.
SSHTunnel: Teknik Melayari Web Melepasi Sekatan Firewall
Sep 15th

SSHTunnel ialah aplikasi *nix yang membenarkan anda dengan mudah mencipta SSH Tunnels (laluan SSH) daripada komputer anda ke remote host (seperti website) melalui SSH server. SSHTunnel ini boleh melakukan bypass peraturan-peraturan firewall dengan cara yang mudah. Jadi jika anda berada di tempat kerja, dan anda tidak boleh mengakses YouTube, hanya membuat SSHTunnel, dan anda sedia untuk melayari.
Bagaimana mencipta SSHTunnel?
Apa yang perlu ialah anda mempunyai akses ssh pada mana – mana server. Kemudian, ikut langkah – langkah seperti di bawah:
- Buka notepad pada komputer yang menggunakan operating system Windows.
- Tuliskan arahan ini di dalam notepad anda: putty -D [port yang anda ingin gunakan di komputer anda] -P 22 (ini adalah port default untuk ssh. Kadang kala port ini lain. Bergantung kepada server yang anda ingin gunakan) -ssh [ip / host server ssh].
- Contoh : putty -D 8080 -P 22 -ssh 218.23.56.171
- Kemudian simpan file (save file) dengan extension file .bat seperti sshtunnel.bat.
- Letakkan file .bat anda di dalam folder yang sama dengan aplikasi putty. Untuk dapatkan putty, boleh download di sini.
- Laksanakan file .bat anda dan kemudian masukkan login dan password bagi access server pada aplikasi putty anda.
- Buka Firefox anda dan klik ke menu bar Tools -> Options
- Pilih tab Advanced dan klik Network. Klik pada butang Settings di Connection.
- Klik di radio button pada Manual Proxy Configuration.
- Letakkan pada Sock Hosts: 127.0.0.1 dan masukkan port seperti yang anda tetapkan contohnya 8080 (rujuk pada -D 8080)
- Pastikan protokol Socks 5 ditetapkan.
- Klik ok.
Kini anda boleh melayari internet di pejabat dengan melepasi peraturan (rules) firewall. Selamat mencuba.
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Lantai Tak Rata Ke Atau Dia Tak Reti Menari?
Sep 1st

Hari ini saya tidak mahu bercerita berkaitan ICT secara formal tetapi bercerita berkaitan apa yang berlaku sepanjang 2 minggu saya berehat menulis blog. Terlebih dahulu saya mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak” dan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52″ kepada semua warga Malaysia khususnya dan semua penduduk dunia.
Pada hari khamis yang lalu (27.08.2009) saya telah menerima dugaan untuk ramadhan ini apabila rumah saya dimasuki pencuri ketika saya sedang tidor. Mungkin ini ujian yang perlu dihadapi pada ramadhan ini dan saya yakin tentu ada rahmatnya disebalik semua kejadian ini. Kehilangan sedikit harta berharga bukan bermaksud kita kehilangan segalanya tetapi merupakan permulaan rezeki yang semakin mudah (ada orang menggunakan perkataan murah) yang akan Allah SWT kurniakan kelak seandainya kita redha atas apa yang terjadi.
Kita tinggalkan cerita pencuri. So pada minggu sepanjang saya bercuti, isteri saya menyatakan kepada saya untuk membeli sebuah produk kesihatan yang dipasarkan melalui MLM dan saya tidak membantah. Beliau mula menyelidik berkaitan produk tersebut di halaman web syarikat MLM tersebut. Adalah komentar dari beliau mengatakan web tersebut susah untuk mendapatkan info produk dan saya pun terus memasuki web tersebut. Syukur ketika memasuki web tersebut saya ada melihat founder syarikat tersebut di dalam ruangan shoutbox yang saya rasa agak janggal bagi web sebuah organisasi perniagaan. Ermm macam web sekolah pulak ada ruangan shoutbox. Pertama kali saya jumpa dan mungkin agak unik. So saya ada memberi cadangan di shoutbox kepada founder untuk agar web syarikat beliau dibaiki bagi menunjukkan imej koporat syarikat beliau. Maklumbalas agak positif bila beliau ada memberitahu beliau ada mengupahkan pakar ICT dari luar (tak tahu luar syarikat atau luar negara) untuk menyiapkannya. Saya agak excited untuk melihat web versi baru syarikat itu nanti.
Nak jadi cerita lah kan, ada seorang hamba Allah yang merupakan pengedar barangan syarikat tersebut melenting kata saya kondem web orang sedangkan web saya ni nampak macam koporat ke? Dan kemudian kata apa yang saya tulis ini pun cedok dari mana-mana. Kalau setakat ada degree ICT melambak sekarang.
Saya ketawa sendirian sebab saya tahu beliau bukan di dalam golongan orang ICT meskipun mempunyai blog untuk tujuan perniagaan beliau. Kenapa saya kata beliau bukan orang ICT? sebabnya mudah sangat, apabila beliau tidak dapat membezakan blog dan web koporat, tu adalah evident menunjukkan beliau tak tahu sangat pasal ICT. Dah tentu-tentu tajuk kat header blog inipun Sharing My ICT Knowledges. Agak lawak juga kan. Berkaitan cedok, agak – agak lah kan, maklumat yang saya berikan perlu ke saya menulis maksud yang berlainan seperti contoh web language PHP, maksud dari sudut pandangan saya mesti lain dari maksud yang orang lain berikan ker? Sarjana PHd pun membuat rujukan beribu buku dan sumber bagi menulis kajiannya. Lawak kan?
Berkaitan degree, sekurang – kurangnya saya mempunyai degree daripada tidak mempunyainya langsung. Dan bukan semua pemilik degree ada membuat kajian dan kajiannya diterima untuk diterbitkan di dalam jurnal. Dan bukan semua pemegang degree pernah terlibat dengan kajian yang pernah dibentangkan di peringkat dunia di Geneva. So kalau nak berdebat, bak kata orang tua – tua : “Tak usah nak menari bersama orang yang selalu menyalahkan lantai apabila tariannya sumbang”. Sendiri mau ingat!!!!
Adios

Sebenarnya pengguna Linux serasian Debian mungkin tidak mengenali chkconfig tetapi bagi pengguna serasian RedHat, chkconfig adalah satu aplikasi yang membantu pentadbir sistem (system administrator) membuat penetapan level sesuatu aplikasi untuk berfungsi secara autostart. Ini sememangnya sangat membantu. Oleh itu, bagi pengguna Linux yang sebelum ini menggunakan RedHat, mereka akan tercari – cari aplikasi chkconfig ini. Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi arahan chkconfig ini, saya akan berikan cara untuk menggunakannya.
Perkembangan yang dahsyat di dalam dunia maya kini sudah hampir sampai ke kemuncak. Mungkin kita sudah tidak perlu keluar rumah untuk mencari barang keperluan dapur pada masa akan datang. Apa yang perlu hanyalah membuka komputer dan membuat pesanan melalui halaman web e-dagang (e-commerce). Semuanya tidak mustahil berlaku pada masa akan datang.










Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr