Archive for October, 2009

Pengenalan Kepada SQL

Structured Query Language (SQL) atau di dalam bahasa melayu dikenali sebagai Bahasa Pertanyaan Berstruktur adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data berkait (relational database management system). SQL dijadikan standard piwaian oleh American National Standards Institute (ANSI) dan International Organization for Standardization (ISO).

Sejarah

Satu kertas kerja akedemik, A Relational Model of Data for Large Shared Data Banks, oleh Dr. Edgar F. Codd, teleh diterbitkan pada Jun 1970 dalam jurnal Association for Computing Machinery (ACM), Communications of the ACM, walaupun lakaran mengenainya telah tersebar dalam IBM semenjak 1969. Model Codd semakin diterima sebagai model mutakhir bagi sistem pengurusan pangkalan data berkait relational atau Relational Database Management System (RDBMS atau RDMS).

Pada tahun 1970-an, kumpulan di pusat penyelidikan San Jose IBM membangunkan sistem pangkalan data “System R” berasaskan model Codd. Structured English Query Language (“SEQUEL”) direka bagi mengolah dan mengambil data yang tersimpan dalam Sistem R. Ringkasan SEQUEL kemudian diringkaskan kepada SQL kerana perkataan ‘SEQUEL’ telah dipegang sebagai tanda dagang oleh syarikat kapal terbang Hawker Siddeley dari UK. Sungguhpun SQL dipengaruhi oleh hasil kerja Codd, Donald D. Chamberlin dan Raymond F. Boyce di IBM merupakan pengarang rekabentuk bahasa SEQUEL. Konsep mereka diterbitkan bagi meningkatkan minat dalam SQL.

Pangkalan data berkait, bukan pangkalan data SQL, bukan laba, Ingres, dimajukan pada 1974 di U.C. Berkeley.

Pada tahun 1978, ujian terkawal bermula di tapak ujian pelanggan. Menunjukkan kelebihan dan kesesuaian guna sistem ini, ujian ini terbukti berjaya bagi IBM. Hasilnya, IBM mula membangunkan keluaran dagangan berasaskan prototaip System R yang melaksanakan SQL, termasuk System/38 (diperkenalkan pada 1978 dan terdapat secara dagang pada Ogos 1979), SQL/DS (diperkenalkan pada 1981), dan DB2 (pada 1983).

Pada masa yang sama Relational Software, Inc. (kini Oracle Corporation) melihat potensi konsep yang digambarkan oleh Chamberlin dan Boyce dan memajukan RDBMS versi mereka sendiri bagi Navy, CIA dan yang lain. Pada musim panas 1979 Relational Software, Inc. memperkenalkan Oracle V2 (Versi 2) bagi komputer VAX sebagai penggunaan SQL yang terdapat secara dagang. Oracle sering kali salah dikatakan mendahului IBM ke pasaran lebih dari dua tahun, sedangkan mereka hanya mendahului System/38 IBM hanya selama beberapa minggu sahaja. Minat umum meningkat; dan banyak vendor lain mula membangunkan pelbagai versi, dan masa depan Oracle terjamin.

Piwaian

SQL kemudiannya diangkat sebagai piwaian oleh ANSI pada tahun 1986 dan ISO pada tahun 1987. Bagaimanapun, semenjak pembatalan program piawaian pengurusan data NIST pada tahun 1996 tidak terdapat pengesahan bagi pematuhan kepada piwaian SQL dengan itu vendor perlu mengesahkan diri sendiri.

Piwaian SQL telah melalui beberapa revisi:

Tahun Nama Nama samaran Komen
1986 SQL-86 SQL-87 Mula diterbitkan oleh ANSI. Disahkan oleh ISO in 1987.
1989 SQL-89 Revisi kecil.
1992 SQL-92 SQL2 Revisi utama (ISO 9075).
1999 SQL:1999 SQL3 Menambah padanan biasa, pertanyaan rekursif, picu, jenis
tidak-skalar dan sebahagian ciri-ciri berasaskan-objek. (Dua yang terakhir agak kontrovesi dan tidak disokong secara meluas.)
2003 SQL:2003 Introduced XML-related features, window functions, standardized sequences and columns with auto-generated values (including identity-columns).
2006 SQL:2006 ISO/IEC 9075-14:2006 menetapkan cara bagaimana SQL boleh digunakan bersama XML. Ia menetapkan cara mengimport dan menyimpan data XML dalam pangkalan data SQL, mengemaskini data dalam pangkalan data dan menerbitkan data SQL dan XML dalam bentuk XML. Tambahan lagi, ia memberi kemudahan yang membenarkan applikasi untuk menerap dalam kod SQL kegunaan XQuery, XML Query Language yang diterbitkan oleh World Wide Web Consortium (W3C), bagi capaian serentak dokumen XML dan data SQL biasa.

Vendor SQL

More >

virus-alert

Perlukah Memasang Lebih Dari 1 Antivirus?

virus-alertSaya selalu ditanya oleh kawan – kawan, antivirus apa yang terbaik? Sebenarnya semua antivirus adalah baik. Cuma yang membezakannya hanyalah samada ia berbayar ataupun percuma. Bagi pendapat saya, saya akan menggunakan antivirus percuma asalkan saya selalu ‘update’ patern antivirus tersebut. Patern adalah merujuk kepada senarai virus yang boleh dikenalpasti oleh antivirus tersebut.

Merujuk kepada topik di atas, jawapan yang saya boleh berikan ialah: tak perlu memasang lebih dari 1 antivirus kerana antivirus akan conflict dan hilang keupayaan mengesan virus apabila anda memasang lebih daripada 1 antivirus. Ada yang berpendapat sesuatu virus hanya dapat dikesan oleh hanya sesuatu antivirus. Bayangkan kini ada berbillion virus di alam maya. Kalau virus tersebut hanya dapat dikesan oleh sesetengah antivirus, maka kita terpaksa memasang berpuluh antivirus di dalam PC kita.

Benarkah pendapat tersebut? Penyedia antivirus akan selalu menyediakan list patern virus dari masa ke semasa. Cuma yang membezakan ialah kadang – kadang terdapat penyedia antivirus ini memperoleh patern dengan cepat berbanding dengan penyedia antivirus yang lain. Tapi lambat laun semua antivirus akan mempunyai pertahanan daripada serangan virus tersebut. Dan kadang – kadang antivirus tertentu akan menamakan virus tersebut berbeza dengan penyedia antivirus yang lain. Perkara ini sentiasa berlaku dan apa yang penting virus tersebut adalah sama dan semua antivirus ada pertahanan daripada serangan virus berkenaan. Oleh itu, tak perlu memasang lebih daripada 1 antivirus.

Nasihat saya:

1. Guna hanya 1 antivirus.

2. Sentiasa update patern virus menggunakan internet.

3. Sekiranya ingin mengurangkan risiko serangan virus, gunakan Linux sebagai operating system anda.

Teknik Unhidden File

skullSaya menulis artikel ini kerana terjadi satu permasalahan ditempat kerja lama saya. Apa yang terjadi ialah komputer ditempat kerja lama saya itu mengalami serangan virus yang akan mengakibatkan file dan folder akan dihiddenkan oleh virus tersebut dan diganti dengan file yang menyerupai file asal dan mempunyai extention .exe. Seperti contoh file asal ialah text.doc yang dihiddenkan dan virus tersebut membina file text.doc.exe yang bertujuan mengelirukan pengguna komputer dan membuka file tersebut. Akibat daripada membuka file tersebut, virus tersebut akan terus aktif dan merebak di dalam komputer. Yang menghairankan saya ialah antivirus yang digunakan tidak dapat mengesan virus tersebut sedangkan antivirus yang dibekalkan oleh Kem. Pelajaran merupakan antivirus berbayar. Tidak perlu saya nyatakan nama antivirus tersebut. Apa yang pasti saya menggunakan antivirus Avast Home Free Edition dan virus tersebut dapat dihalang daripada menjangkiti komputer saya.

Cerita ini berlaku apabila salah seorang staff menghadapi masalah tersebut dan meminta juruteknik menyelesaikan masalahnya tetapi jawapan juruteknik: “boleh buka file tersebut tetapi tidak dapat unhidden file tersebut”. Inilah masalah apabila orang yang dilantik tidak mempunyai ilmu yang secukupnya sedangkan apa sahaja masalah pada komputer termasuk masalah yang disebabkan oleh virus ada jalan penyelesaiannya.

Di sini saya berikan cara untuk membolehkan file yang dihidden untuk unhidden (mengaktifkan semula fungsi checkbox pada properties file tersebut).

  1. Pertama sekali, pastikan drive yang dijangkiti virus tersebut dan pastikan virus tersebut dah dipadamkan daripada drive tersebut menggunakan antivirus.
  2. Pastikan drive path bagi drive tersebut. Sebagai contoh, pen drive menggunakan drive path H:
  3. Klik butang start -> klik Run…
  4. Taip command di dalan text area open:
  5. Anda akan mendapati Window DOS berwarna hitam.
  6. Taip drive path pen drive anda. Contoh taipkan H:\
  7. Selepas itu taipkan arahan attrib -h -s *
  8. File anda akan kelihatan semula di dalam pen drive anda.

Sebenarnya pada masa zaman IT, tiada istilah I don’t know how to do that kerana sekiranya anda tidak tahu cara menyelesaikan masalah, google sahaja di internet. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak pelbagai dalih.