My Blog For ICT Information And Education.
Archive for February 4, 2010
Google Chrome OS : Microsoft Windows Kian Tergugat!
Feb 4th
Ketika membaca surat khabar pada hari ini, saya tertarik dengan pengumuman Google bahawa syarikat tersebut akan melancarkan satu OS baru iaitu Chrome OS. Ia merupakan susulan kepada pelayar internet (web browser) Chrome yang dibangunkan oleh Google.
Apa yang menarik perhatian saya ialah OS ini menggunakan code open sources dan akan dilesenkan dengan GPL (General Public License). Chrome OS akan digunakan pada netbook yang kian popular pada masa ini. Pengakuan Google bahawa mereka telah melakukan rundingan dengan pengeluar netbook bagi menggunakan OS ini menjadi satu tamparan kepada Microsoft Windows yang selama ini mempelopori pasaran OS bagi komputer peribadi (PC), NoteBook dan NetBook. Selain penggunaan Chrome OS ini, Google Chrome web browser juga kian popular dengan penggunaan melebihi 40 juta pengguna aktif. Ini menjadi petanda peralihan daripada penguasaan Microsoft Windows kepada open sources.
Di bawah ini saya akan menerangkan secara ringkas berkaitan Chrome OS.
Sejarah
Diilhamkan dengan populariti yang semakin tinggi bagi penggunaan NetBook yang menggunakan tenaga yang rendah dan lebih kecil berbanding notebook atau laptop. Google mula membangunkan OS ini pada tahun 2009 dengan menggunakan kod sumber terbuka (open Source) di bawah lesen BSD dikenali sebagai Projek Chromium OS dan akan dilesenkan di bawah GPL. OS ini merupakan satu OS di bawah Linux-base. Ianya berasaskan pengguna yang aktif menggunakan internet menggunakan peranti (device) netbook seperti melayari YouTube, online banking, melayari web, email dan sebagainya. Pengarah kejuruteraan bagi projek Chrome OS ini ialah Matthew Papakipos menggunakan 3 mesin di rumahnya untuk menjalankan percubaan bagi Chrome OS ini. Perbezaan antara Chrome OS dan Chromium OS ialah Chrome OS akan mengemaskini versinya secara automatik tetapi menggunakan kod sumber yang sama.
Chrome OS akan menggunakan antaramuka (interface) paling minimum. Dalam rekabentuk awalnya, Google menggambarkan tiga lapis senibina: firmware, pelayar dan window manager, dan tingkat sistem perisian dan Userland services.
- Firmware memberikan sumbangan untuk waktu boot dengan cepat dengan tidak mencari-cari hardware, seperti floppy disk drive, yang tidak lagi di komputer umum, terutama netbook. Firmware juga menyumbang untuk keselamatan dengan mengesahkan setiap langkah dalam proses boot dan sistem menggabungkan pemulihan.
- Tingkat sistem perisian termasuk kernel Linux yang telah dibaiki untuk meningkatkan waktu ketika boot. Userland perisian ini telah diubah suai untuk keperluan utama, dengan pengurusan oleh Upstart, yang boleh melancarkan perkhidmatan secara tradisinya, jatuh kembali memudahkan pekerjaan, dan perkhidmatan menunda untuk kepentingan boot lebih cepat.
- Window manager menangani interaksi pengguna dengan beberapa tetingkap klien seperti X window manager.
Daripada analisis yang saya jalankan, Chrome OS daripada Google ini adalah perang antara 2 gergasi revolusi digital. Kini kebanyakkan penganalisis membayangkan bahawa Chrome OS ini akan menguasai NetBook menggantikan penggunaan Microsoft Windows pada masa akan datang. Apa yang menarik ialah Chrome OS ini akan diberikan secara percuma kepada pengguna yang mana ianya dapat menjimatkan kos sesebuah komputer. Ini adalah tamparan hebat kepada Microsoft yang sekian lama menguasai pasaran OS dan sehingga kini masih tidak berganjak untuk tidak menurunkan harga sehingga tahap harga yang mampu dibayar oleh pengguna.
Secara ringkas, Chrome OS akan menggunakan Linux-Base, menggunakan antaramuka Gnome, mengoptimumkan pengguna Google Chrome Browser di dalamnya selain memberikan kepuasan kepada pengguna seawal tempoh Booting. Apa – apa hal pun kita nantikan Chrome OS ini yang akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.













Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr