Kini kita berada di tahun 2010 dan pelbagai perubahan teknologi yang telah disajikan kepada kita. Namun masih terdapat di dalam pemikiran sesetengah daripada kita yang tidak mahu beralih daripada penggunaan operating system Microsoft Windows. Ini mungkin disebabkan sudah terlalu lama mereka ini disajikan dengan MS Windows ini sehingga ada yang berpendapat tak lengkap sesebuah komputer seandainya tidak menggunakan MS Windows. Yang lebih menarik ialah mereka sanggup menggunakan perisian tiruan (pirate) untuk kegunaan harian dan sanggup juga menghadapi virus yang semakin hari semakin banyak menyerang OS MS Windows ini.

Tahun 2010 ini saya ingin menjalankan kempen menggunakan OS Linux kepada semua warga Malaysia secara amnya dan semua organisasi kerajaan yang ada sekarang. Ini sejajar dengan budget yang kecil pada tahun ini bagi semua organisasi kerajaan. Dengan menggunakan Linux, kita dapat menjimatkan kos berpuluh juta ringgit bagi setiap tahun. Di bawah ini saya terangkan secara ringkas berkaitan OS Linux kepada sesiapa yang masih tidak memahami apakah Linux.

OS (Operating System):

Linux merupakan salah satu sistem operasi (operating system) yang berfungsi seperti MS Windows. Sesebuah komputer hanya akan menjalankan 1 OS di dalam satu masa meskipun terdapat konsep mesin maya (virtual machine) pada masa kini. Mesin maya hanya berfungsi secara maya manakala komputer hanya akan menggunakan 1 OS sebagai fungsi kawalannya.

Lesen:

Linux adalah di bawah GPL (General Public License) yang mana ianya memberikan kebenaran pengguna menggunakan secara percuma OS mereka dan mendedahkan source code (kod sumber) mereka kepada umum yang ingin mengkaji OS mereka. Hal ini tidak berlaku bagi pengguna MS Windows yang terpaksa membelanjakan wang ringgit yang banyak untuk mendapatkan lesen bagi menggunakannya.

Virus:

Saya tidak menafikan terdapat juga virus di dalam Linux tetapi kebarangkalian yang kecil serangan virus terhadap OS Linux berbanding virus OS MS Windows. Kini dianggarkan hanya sejumlah 863 virus (virus, Trojans, dan apa – apa sahaja yang menyerang Linux) berbanding kira – kira berbilion jumlahnya pada masa kini yang menyerang OS MS Windows.

Interface (Antaramuka):

Linux kini memberi pilihan antaramuka kepada pengguna yang ingin menggunakannya. Contoh antaramuka yang popular ialah Gnome dan KDE. Terdapat pelbagai lagi antaramuka yang boleh digunakan oleh pengguna. Berbeza dengan MS Windows, pengguna tiada pilihan untuk memilih antaramuka. Untuk lebih lanjut sila ke Desktop GUI Bagi OS *nix

Aplikasi Yang Menyokong (Application):

Terdapat banyak aplikasi yang menyokong Linux seperti Open Office untuk penggunaan Literasi, Mozilla Firefox dan Thunderbird sebagai web browser, Gimp dan Pixie untuk grafik dan sebagainya. Itu hanya sebahagian dan semuanya diberikan secara percuma tanpa membayar apa – apa kos. Memang diakui banyak aplikasi yang menyokong Windows tetapi harus diingat kebanyakkan dikeluarkan untuk komersial yang memerlukan pengguna membayar untuk lesen penggunaan.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, sudah tiba masanya untuk kita bertukar daripada Windows kepada Linux. Sekiranya anda ingin menggunakan Linux, di bawah ini saya berikan cadangan distro untuk anda gunakannya.

1. Home User: Ubuntu, Fedora, Mandriva.

2. Server: RedHat, Centos, Debian, Slackware.

Ini hanya sebahagian distro yang ada. Untuk melihat lebih lanjut sila ke Kepelbagaian Distro Bagi Linux. Oleh itu, saya menyeru rakan – rakan dan pembaca untuk beralih kepada Linux.