My Blog For ICT Information And Education.
Desktop GUI Bagi OS *nix
OS *nix sebelum ini tidak popular dan ditakuti untuk digunakan oleh pengguna biasa. Maka timbullah satu anggapan bahawa *nix ini hanya untuk golongan profesional. Maka distro yang membangunkan *nix ini seperti linux, freebsd, solaris dan lain – lain *nix membuat keputusan untuk menggunakan GUI (graphic User Interface) sebagai desktop mereka menggantikan command line yang digunakan sebelum ini. Perkembangan ini membantu mempopularkan *nix kepada kalangan pengguna biasa. Di bawah ini saya senaraikan jenis-jenis desktop yang digunakan oleh *nix.
Gnome
Gnome (GNU Network Object Modeling Environment) merupakan antara perisian desktop yang popular digunakan di dalam *nix. Antara yang menjadikan gnome sebagai default untuk desktop ialah RedHat, Fedora, Novell dan Ubuntu. Gnome ialah GUI-desktop di bawah projek GNUmenyediakan alternatif kepada desktop yang digunakan oleh *nix sebelum ini iaitu KDE. Gnome disebut sebagai “guh-nome” atau “nome” . Gnome mula dibangunkan sekitar Ogos 1997 dan sehingga hari ini Gnome masih meneruskan proses pembangunan dan peningkatannya.

Gnome adalah projek yang menyokong kepada perisian percuma. Sehingga ke hari ini, Gnome telah melancarkan versi terbarunya iaitu Gnome 2.26 (Mac 2009). Beberapa ciri Gnome ialah:
- Percuma: Gnome ialah perisian percuma dan merupakan salah satu kepada projek GNU. Memberikan kepada pengguna kawalan sepenuhnya terhadap desktop perisian dan data.
- Guna pakai: Gnome memahami berkaitan pembangunan perisian dan ianya mudah untuk semua orang untuk menggunakannya. Komuniti Gnome terdiri daripada sukarelawan dan profesional telah membangunkan perisian percuma mengikut prinsip Human Interface Guidlines.
- Boleh Akses: Gnome juga membenarkan perisiannya di akses oleh semua orang dengan bebas tanpa sekatan.
- Antarabangsa: Gnome telah menyediakan kemudahan peringkat antarabangsa dengan menyediakan bahasa pilihan hampir semua bahasa di dunia.
- Mesra Pembangun: Ini bermaksud ianya mesra kepada pembangun perisian yang mana Gnome menerima pakai hampir kesemua bahasa – bahasa pengaturcaraan seperti C, C++, Python, Perl, Java malahan C#, bagi membangunkan perisian yang mendatangkan hasil yang terbaik bagi desktop Unix atau GNU/Linux (biasanya merujuk kepada Linux) anda.
- Terurus: Gnome merupakan komuniti yang terurus dengan mempunyai beratus ahli, bolehguna, boleh akses dan mempunyai kumpulan QA serta mempunyai lembaga pengarah.
- Sokongan: Gnome telah menerima sokongan daripada banyak syarikat seperti GNU/Linux dan Unix, termasuk HP, IBM, Mandriva, Novell, Red Hat, dan Sun. Lihat di foundation.gnome.org.
- Komuniti: Pelbagai golongan yang menyokong Gnome termasuklah penggodam sukarelawan, penterjemah, pereka bentuk grafik, QA dan sebagainya yang berkerjasama dengan gembira. Lihat di GNOME Developer’s site.
KDE
KDE (K Desktop Envirenment) merupakan salah satu perisian desktop yang digunakan oleh *nix dan merupakan perisian desktop percuma. Ianya merupakan desktop utama kepada *nix dan mula dibangunkan dan digunakan pada tahun 1996. Ianya merupakan desktop yang pertama dibangunkan untuk sistem *nix. KDE dibangunkan dengan kerjasama HP, IBM, dan Sun dengan melalui sebuah syarikat iaitu X/Open. KDE mengintegrasikan arahan utama *nix di dalam antaramukanya. Ianya menjadi payung kepada banyak projek aplikasi standalone dan pelbagai projek kecil yang lain. Ini termasuklah KOffice, KDevelop, Amarok, K3b dan banyak lagi. KDE menggunakan base QT Toolkit. Toolkit asal kepada versi GPL hanya terdapat di platfom X11 dan bagi versi QT 4, versi GPL terdapat di semua platfom. Ini membolehkan perisian KDE yang menggunakan QT 4 dapat membangunkan perisiannya untuk Microsoft Windows dan Mac OSX.
Beberapa aplikasi yang menyokong KDE ialah:
- Amarok – Audio player
- Dolphin – File manager
- K3b – Optical disc authoring software
- Kate – Text editor
- Kdenlive – Non-linear video editing
- KDevelop – Integrated development environment
- Konsole – Terminal emulator
- Kontact – Pengurus maklumat personal dengan kemudahan e-mail client, news client, feed aggregator, To-do lists dan banyak lagi.
- Kopete – Instant messaging client
- Konqueror – Web browser
- KOffice – Office suite
- KTorrent – BitTorrent client
Sila klik pada imej untuk membesarkan imej tersebut.
XFCE
XFCE ialah perisian percuma untuk persekitaran desktop (desktop environment) untuk os *nix. Ianya mensasarkan kecepatan dan mudah menggunakannya. Versi terkini ialah versi 4.6. XFCE ini jarang digunakan oleh pengguna *nix dan ia kurang popular. Namun XFCE ini sesuai untuk mereka yang mementingkan grafik yang menarik. Ianya mula dibangunkan dan digunakan pada tahun 1996 dan XFCE ini merupakan singkatan kepada “XForms Common Environment”. Aplikasi yang disediakan oleh XFCE ialah Mousepad text editor, Xfmedia audio player, Orage Calendar dan Terminal. Selain itu terdapat juga beberapa aplikasi untuk XFCE iaitu:
- Xfmedia, a xine-based media player untuk Xfce
- Xfprint, print manager
- Xfburn, CD/DVD burner
LXDE
LXDE ialah “Lightweight X11 Desktop Environment” merupakan perisian desktop percuma untuk *nix. Ianya dibangunkan untuk kegunaan netbooks mensasarkan perestasi yang baik dengan menggunakan tenaga yang minimum. LXDE telah sedia ada di dalam Mandriva, Ubuntu, Debian,dan Fedora terkini. LXDE dibangunkan dan digunakan pada tahun 2006. Dijangka LXDE ini akan menjadi pesaing utama kepada KDE dan juga Gnome.
Komponen di dalam LXDE:
- PCMan File Manager
- LXLauncher, easy-mode application launcher
- LXPanel, desktop panel
- LXSession, session manager
- LXAppearance, theme switcher
- leafpad, text editor
- Xarchiver, archiving
- GPicView, image viewer
- LXTerminal, terminal emulator
- LXTask, task manager
- LXNM, lightweight network connection helper daemon for LXDE supporting wireless connections (Linux-only)
- Openbox, window manager

Rumusan
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi desktop environment (DE) yang dibangunkan dan diberikan secara percuma kepada pengguna *nix iaitu Aston, EDE, GEM, IRIX Interactive Desktop, Mezzo, Project Looking Glass, ROX Desktop, UDE, Xito tetapi ianya kurang popular dan jarang digunakan. Inilah keunikan *nix berbanding Microsoft Windows yang mana Windows hanya membekalkan desktopnya sendiri. *nix membenarkan pengguna membuat pilihan mengikut kesesuaian mereka. Oleh itu *nix memang sesuai dengan namanya kerana mempunyai sifat yang unik.
| Print article | This entry was posted by Noorazlan on June 18, 2009 at 12:35 pm, and is filed under Open Source, Operating System. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |
















Facebook
Twitter
RSS
Myspace
Flickr
about 1 year ago
Hey, great post, very well written. You should write more about this.
[Translate]