image042

Hari ini saya tidak mahu bercerita berkaitan ICT secara formal tetapi bercerita berkaitan apa yang berlaku sepanjang 2 minggu saya berehat menulis blog. Terlebih dahulu saya mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak” dan “Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52″ kepada semua warga Malaysia khususnya dan semua penduduk dunia.

Pada hari khamis yang lalu (27.08.2009) saya telah menerima dugaan untuk ramadhan ini apabila rumah saya dimasuki pencuri ketika saya sedang tidor. Mungkin ini ujian yang perlu dihadapi pada ramadhan ini dan saya yakin tentu ada rahmatnya disebalik semua kejadian ini. Kehilangan sedikit harta berharga bukan bermaksud kita kehilangan segalanya tetapi merupakan permulaan rezeki yang semakin mudah (ada orang menggunakan perkataan murah) yang akan Allah SWT kurniakan kelak seandainya kita redha atas apa yang terjadi.

Kita tinggalkan cerita pencuri. So pada minggu sepanjang saya bercuti, isteri saya menyatakan kepada saya untuk membeli sebuah produk kesihatan yang dipasarkan melalui MLM dan saya tidak membantah. Beliau mula menyelidik berkaitan produk tersebut di halaman web syarikat MLM tersebut. Adalah komentar dari beliau mengatakan web tersebut susah untuk mendapatkan info produk dan saya pun terus memasuki web tersebut. Syukur ketika memasuki web tersebut saya ada melihat founder syarikat tersebut di dalam ruangan shoutbox yang saya rasa agak janggal bagi web sebuah organisasi perniagaan. Ermm macam web sekolah pulak ada ruangan shoutbox. Pertama kali saya jumpa dan mungkin agak unik. So saya ada memberi cadangan di shoutbox kepada founder untuk agar web syarikat beliau dibaiki bagi menunjukkan imej koporat syarikat beliau. Maklumbalas agak positif bila beliau ada memberitahu beliau ada mengupahkan pakar ICT dari luar (tak tahu luar syarikat atau luar negara) untuk menyiapkannya. Saya agak excited untuk melihat web versi baru syarikat itu nanti.

Nak jadi cerita lah kan, ada seorang hamba Allah yang merupakan pengedar barangan syarikat tersebut melenting kata saya kondem web orang sedangkan web saya ni nampak macam koporat ke? Dan kemudian kata apa yang saya tulis ini pun cedok dari mana-mana. Kalau setakat ada degree ICT melambak sekarang.

Saya ketawa sendirian sebab saya tahu beliau bukan di dalam golongan orang ICT meskipun mempunyai blog untuk tujuan perniagaan beliau. Kenapa saya kata beliau bukan orang ICT? sebabnya mudah sangat, apabila beliau tidak dapat membezakan blog dan web koporat, tu adalah evident menunjukkan beliau tak tahu sangat pasal ICT. Dah tentu-tentu tajuk kat header blog inipun Sharing My ICT Knowledges. Agak lawak juga kan. Berkaitan cedok, agak – agak lah kan, maklumat yang saya berikan perlu ke saya menulis maksud yang berlainan seperti contoh web language  PHP, maksud dari sudut pandangan saya mesti lain dari maksud yang orang lain berikan ker? Sarjana PHd pun membuat rujukan beribu buku dan sumber bagi menulis kajiannya. Lawak kan?

Berkaitan degree, sekurang – kurangnya saya mempunyai degree daripada tidak mempunyainya langsung. Dan bukan semua pemilik degree ada membuat kajian dan kajiannya diterima untuk diterbitkan di dalam jurnal. Dan bukan semua pemegang degree pernah terlibat dengan kajian yang pernah dibentangkan di peringkat dunia di Geneva. So kalau nak berdebat, bak kata orang tua – tua : “Tak usah nak menari bersama orang yang selalu menyalahkan lantai apabila tariannya sumbang”. Sendiri mau ingat!!!!

Adios