Perkembangan yang dahsyat di dalam dunia maya kini sudah hampir sampai ke kemuncak. Mungkin kita sudah tidak perlu keluar rumah untuk mencari barang keperluan dapur pada masa akan datang. Apa yang perlu hanyalah membuka komputer dan membuat pesanan melalui halaman web e-dagang (e-commerce). Semuanya tidak mustahil berlaku pada masa akan datang.
Disebalik kerancakan ini, masih ada yang tidak tahu apa yang membolehkan web ini bekerja untuk anda. Di dalam mewujudkan sesebuah web, perlu adanya beberapa perkara iaitu server dan juga perisian yang akan menyokong penggunaan web. Perisian ini dikenali sebagai web server.
Web server membawa maksud kepada 2 perkara iaitu:
- Program komputer yang bertanggungjawab menerima permintaan HTTP daripada clients(User agents termasuk web browser) dan melayan mereka mengikut protokol HTTP meliputi kandungan data seperti fail dokumen HTML dan pautan objek (linked objects).
- Komputer yang melaksanakan program – program aplikasi web server.
Apa yang boleh dilaksanakan oleh web server?
- HTTP: Kesemua web server akan menerima permintaan http (accepting http requests) daripada clients, dan menyediakan respon HTTP kepada clients. HTTP konsisten terhadap fail dokumen HTML atau XHTML tetapi ianya juga boleh terhadap fail raw, fail imej, fail – fail dokumen yang lain (dikenali sebagai MIME-types).
- Logging: Web server akan membuat log bagi informasi secara lengkap di atas penggunaan bagi membolehkan webmaster untuk mendapatkan statistik dengan melaksanakan log analyzers.
Secara praktikalnya, semua web server mengimplimen semua kemudahan berikut:
- Authentication, pilihan permintaan authorization (permintaan username dan password) sebelum membenarkan akses kepada sesuatu sumber.
- Mengendalikan kandungan statistik (direkod di dalam server filesystem) dan kandungan dynamic yang menyokong satu atau lebih antaramuka (SSI, CGI, SCGI, FastCGI, JSP, ColdFusion, PHP, ASP, ASP.NET, Server API termasuk NSAPI, ISAPI, dll.).
- Menyokong HTTPS (menggunakan SSL atau TLS) untuk capaian keselamatan (encrypted) kepada server dengan menggunakan port standard 443 (port HTTP yang standard adalah 80).
- Kandungan mampatan (Content compression) menggunakan encode gzip bagi mengurangkan saiz untuk penggunaan bandwidth yang rendah.
- Virtual hosting bagi membolehkan melayan banyak web menggunakan 1 IP address.
- Menyokong fail yang besar yang mana saiz fail melelebihi 2GB bagi OS 32 bit.
- Bandwidth throttling bagi had kelajuan terhadap tindak balas.
Keaslian kandungan:
- Statik : bagi kandungan yang datang daripada fail yang sedia ada di dalam filesystem.
- Dynamic: kandungan yang dihasilkan bersama-sama program lain atau script atau application programming interface (API) yang dipanggil oleh web server.
Jenis Web Server Dan Statistik Penggunaannya.

|
Vendor
|
Product
|
Websites Hosted
|
Percent
|
|
|
|
96,531,033
|
52.05%
|
|
|
|
61,023,474
|
32.90%
|
|
|
|
9,864,303
|
5.32%
|
|
|
|
3,462,551
|
1.87%
|
|
|
|
2,989,416
|
1.61%
|
|
Oversee
|
Oversee
|
1,847,039
|
1.00%
|
|
Others
|
-
|
9,756,650
|
5.26%
|
|
Total
|
-
|
185,474,466
|
100.00%
|
Data diperolehi pada Januari 2009.
about 2 weeks ago
Огромное человеческое спасбо!
[Translate]
about 3 weeks ago
Хороший сайтец, особенно хочется отметить дизайн
[Translate]
about 3 weeks ago
Не знаю как вам, а мне нравится!
[Translate]
about 3 weeks ago
Скажите, а у вас есть RSS поток в этом блоге?
[Translate]
about 3 weeks ago
Ваш пост навел меня на мысль *ушел много думать*
[Translate]
about 1 month ago
Спасибо! У Вас часто замечательные посты!
[Translate]