ubuntuSebenarnya pengguna Linux serasian Debian mungkin tidak mengenali chkconfig tetapi bagi pengguna serasian RedHat, chkconfig adalah satu aplikasi yang membantu pentadbir sistem (system administrator) membuat penetapan level sesuatu aplikasi untuk berfungsi secara autostart. Ini sememangnya sangat membantu. Oleh itu, bagi pengguna Linux yang sebelum ini menggunakan RedHat, mereka akan tercari – cari aplikasi chkconfig ini. Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi arahan chkconfig ini, saya akan berikan cara untuk menggunakannya.

Bagi pengguna Ubuntu versi 9.04, saya kurang pasti samada chkconfig ini telah ada secara default atau pun tidak. Baru – baru ini saya ada membuat installation server menggunakan Ubuntu 9.04. Apa yang saya lakukan ialah membuat installation aplikasi chkconfig. Cara untuk melakukan installation ialah:

# wget http://kambing.ui.edu/ubuntu/pool/main/ … 1_i386.deb
# wget http://www.tuxx-home.at/projects/chkcon … 1_i386.deb
# dpkg -i libnewt0.52_0.52.2-11.3ubuntu1_i386.deb
# ln -s /usr/lib/libnewt.so.0.52 /usr/lib/libnewt.so.0.50
# dpkg –force-all -i chkconfig_1.2.24d-1_i386.deb

Selepas membuat installation, saya dapati terdapat conflict pada system yang menyatakan terdapat chkconfig di dalam sistem dengan 2 versi berbeza. Apa yang saya lakukan ialah:

#apt-get update – biarkan sistem membuat update sehingga selesai.

#apt-get -f install – ini adalah arahan yang membolehkan sistem memadam aplikasi yang dikenalpasti mengalami conflict dan memilih salah satu aplikasi yang terkini.

Seterusnya saya cuba melaksanakan arahan chkconfig:

#chkconfig –list – saya dapati arahan chkconfig tidak dapat dilaksanakan

#whereis chkconfig – memeriksa dimana file aplikasi chkconfig disimpan. Saya mendapati file chkconfig terdapat di folder /sbin/chkconfig

Apa yang perlu saya lakukan ialah membuat link (shortcut) ke dalam folder /usr/sbin. Arahan yang perlu dilaksanakan ialah:

#ln -s /sbin/chkconfig /usr/sbin/chkconfig

Setelah membuat shortcut, kini arahan chkconfig berjaya dilaksanakan.

Selain chkconfig, debian base sebenarnya ada menyediakan aplikasi yang hampir menyerupai chkconfig. Aplikasi tersebut ialah sysv-rc-conf. Walau bagaimanapun pengguna hendaklah membuat installation terlebih dahulu. Arahan untuk membuat installation ialah:

#apt-get install sysv-rc-conf

Pengguna Ubuntu @ Debian : sekiranya anda tidak dapat mengakses terminal / desktop dengan mode root, hendaklah menggunakan arahan sudo. Contoh: sudo apt-get install sysv-rc-conf.

#sysv-rc-conf – untuk melaksanakan sysv-rc-conf melalui terminal.

sysv-rc-conf

Paparan yang akan anda perolehi apabila menggunakan arahan sysv-rc-conf.

Selamat mencuba.