Memang agak terlewat untuk saya menulis review bagi Fedora 12 yang telah dilancarkan pada akhir tahun 2009. Saya telah bercuti selama 2 bulan daripada apa – apa sahaja kegiatan yang berkaitan internet. Rasa rindu juga untuk menulis. So bagi artikel pertama bagi tahun 2010 ini saya akan menulis berkaitan Fedora 12 yang mana saya telah melakukan test-run operating system ini.

Kali ini saya mempunyai pandangan yang agak positif terhadap Fedora 12. Ianya jauh berbeza dengan pandangan saya pada Fedora 11 yang lalu yang menyediakan pelbagai masalah kepada pengguna terlebih lagi bagi mereka yang baru berjinak – jinak dengan Linux. Kelemahan di dalam Fedora 11 yang diperbaiki ialah antaranya Fedora 12 dapat mengakses partition NTFS dan juga FAT yang ada di dalam komputer. Masalah timbul di dalam Fedora 11 apabila pengguna terpaksa melakukan ‘mount’ secara manual untuk mengakses ke dalam partition NTFS dan FAT yang dihasilkan oleh Microsoft Windows Base.

Fedora 12 juga memberikan kepuasan kepada pengguna bila mana ianya melakukan boot loading yang agak cepat berbanding Fedora versi sebelumnya. Ianya dilihat dapat menyaingi Windows 7 yang digembar-gemburkan memberikan masa untuk boot loading yang cepat. Selain itu, hasil grafik yang dihasilkan menggunakan Fedora 12 ini semakin menarik dan ianya dapat menyangkal pendapat sesetengah pihak yang menyatakan OS Linux gagal bagi menjalankan kerja – kerja grafik.

Hanya terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya kenal pasti iaitu, Fedora 12 masih mengekalkan NetworkManager sebagai pelayang network di dalam chkconfig. Apa yang dapat saya perhatikan, NetworkManager agak tidak secekap fungsi network di dalam menguruskan sambungan networking. Walau bagaimanapun fungsi NetworkManager dapat dihentikan dan ditukar menggunakan fungsi network bagi pengurusan networking menggunakan arahan chkconfig.