Sebenarnya saya telah menerangkan berkaitan dengan wireless dan wired broadband sebelum ini di http://azlan.epontian.com/?p=85 dengan jelas. Namun masih ada yang bertanya kepada saya mengapa saya masih menggunakan wired broadband (streamyx) sedangkan kini telah ada teknologi 4G yang mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding 3G dan 3.5G.

Bagi saya pilihan utama saya ialah wired broadband pada masa kini kerana perkhidmatan wireless masih tidak dapat menyediakan perkhidmatan seperti yang saya kehendaki. Apakah yang ada pada wired broadband tetapi tidak ada pada wireless broadband?

1.  Wired broadband memberikan saya IP samada dynamic ataupun static (dedicated) yang membolehkan saya menggunakan perkhidmatan broadband saya se ‘optimum’ mungkin seperti membuat web server, virtual office, virtual hdd space dan sebagainya. Sekiranya saya menggunakan wireless broadband, saya tidak mempunyai IP sendiri. Apa yang provider sediakan hanyalah IP local iaitu seperti 10.xxx.xxx.xxx yang mana saya tidak mampu menjalankan apa – apa aplikasi maya seperti web server dan sebagainya yang saya nyatakan di atas. Aplikasi – aplikasi tersebut sebenarnya mampu membantu kita di dalam urusan seharian.

2.  Wired broadband memberikan saya bandwidth yang lebih besar berbanding wireless broadband. Ini kerana wireless broadband menggunakan konsep virtual private network (VPN) di dalam aplikasi internet mereka. Konsep VPN ini juga yang menyebabkan pengguna tidak memperolehi IP sendiri. IP yang diberikan dikongsi oleh pengguna – pengguna yang lain di kawasan setempat mereka. Oleh itu tidak hairan ada yang menyatakan wireless broadband di pekan kecil lebih laju berbanding dengan di bandaraya kerana jumlah pengguna yang berbeza. Semakin kurang pengguna yang menggunakan perkhidmatan wireless broadband semakin laju untuk mengakses ke internet. Oleh itu bandwidth yang diberikan juga dikongsi bersama pengguna yang lain. Sebagai contoh, seandainya bandwidth yang diberikan ialah 4Mbps, maka 4Mbps ini dikongsi bersama semua pengguna di kawasan tersebut. Kita selalu dikelirukan dengan promosi provider seperti capaian internet sehingga 3Mbps. Sebenarnya 3Mbps tersebut hanyalah capaian daripada komputer kita untuk ke switcher sahaja, switcher ke outsources (sumber luaran) ialah 4Mbps yang dikongsi bersama pengguna – pengguna yang sedang menggunakan perkhidmatan wireless broadband yang disediakan oleh provider. Bagi wired broadband, bandwidth yang diberikan ialah mengikut pakej yang diambil seperti 1Mbps/512Kbps. Meskipun kita tidak akan memperolehi 1Mbps sepenuhnya tetapi kelajuan capaiannya lebih memuaskan berbanding 4Mbps yang dikongsi bersama ribuan pengguna yang lain.

3.  IP bagi wireless broadband setiap switcher adalah dedicated. Oleh itu seandainya IP tersebut dihalang dari capaian (banned) oleh mana – mana penyedia perkhidmatan web atau aplikasi internet yang lain, maka seluruh pengguna tidak dapat mengakses aplikasi internet tersebut. Mungkin IP tersebut di ‘banned’ disebabkan oleh perbuatan seorang pengguna tetapi impak yang diterima ialah semua pengguna akan menerima kesannya. Berbeza dengan wired broadband, sekiranya IP pengguna di ‘banned’, pengguna hanya perlu restart semula router ADSL mereka. Tetapi perlu diingatkan, pengguna wired broadband yang menggunakan perkhidmatan dedicated IP akan terkesan kerana IP yang dibekalkan akan tidak berubah. Namun pengguna wired broadband masih tidak menerima kesan atas tindakan tersebut.

Jadi saya rasa penerangan di atas sudah cukup lengkap bagi menjelaskan persoalan – persoalan yang timbul. Oleh itu buatlah pilihan yang terbaik bagi memilih perkhidmatan internet anda.