My Profil

Assalamualaikum dan salam perkenalan,

Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi mengunjungi halaman blog saya ini. Sebenarnya saya sudah lama ingin mewujudkan halaman blog ini untuk saya kongsikan pengetahuan saya di dalam bidang ICT kepada warga pendidik dan juga warga Malaysia secara amnya. Namun masa yang sangat padat dengan tugas – tugas yang saya lakukan seharian menyebabkan halaman blog ini agak lambat untuk saya bina.

Di dalam blog ini saya akan bincangkan beberapa perkara berkaitan ICT dan juga saya akan menyentuh isu – isu terkini berkaitan hal semasa iaitu berkaitan ekonomi, politik, kesihatan, agama dan sebagainya. Walau bagaimanapun saya akan lebih menjurus kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi memandangkan ianya adalah bidang kegemaran saya dan merupakan kepakaran saya pada masa ini. Mungkin ada yang mengenali saya dengan lebih dekat dan mungkin juga ada yang tidak mengenali saya.

Untuk salam perkenalan ini saya akan menceritakan sedikit berkaitan latar belakang saya. Nama saya Noorazlan Bin Rosdi dan bertugas di Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti sebagai Nazir Sekolah. Saya berpendidikan Ijazah sarjana muda bidang teknologi maklumat. Separuh usia saya habiskan dengan berkecimpung di dalam arena teknologi maklumat semenjak tahun 1991 lagi. Selain bertugas dengan MOE, pada masa kini saya merupakan seorang konsultan bagi ‘Open Source’ untuk kerajaan, badan – badan swasta dan sesiapa sahaja yang inginkan khidmat nasihat saya. Saya juga pernah terlibat dengan penyelidikan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris di dalam kajian Computer Collaborative E-Learning yang telah mendapat penghargaan pingat gangsa di Geneva. Saya juga pernah membuat kajian berkaitan E-Learning dan kajian saya telah mendapat geran daripada EPRD, Kem. Pelajaran Malaysia dan jurnal tulisan saya juga diterbitkan oleh pihak EPRD.

Saya merupakan Pengerusi Eksekutif Bagi Lepaknet.Org Network Community. Penglibatan saya di dalam NGO pula ialah, saya merupakan pengerusi penaja bagi Persatuan Open Source Malaysia (MOSA) yang masih di dalam proses kelulusan pendaftaran. Kepakaran saya adalah di dalam Open Source termasuk Linux, Unix, Solaris, PHP dan beberapa lagi. Selain itu juga saya mempunyai kepakaran di dalam ‘Networking’, Operating System, Web dan pelbagai lagi. Oleh itu saya akan kongsikan pengetahuan saya di blog ini.

Harapan saya, rajin-rajinlah mengunjungi blog ini dan bersama-sama berkongsi pengetahuan. Terima kasih.

  • #1 written by Jbmziltx
    about 3 months ago

    z5gWKO fpedmlqyj tkzqqpckl wniudjk gfvwkpwlv smpmfe tbqphfxe qckxazqcu fgeteu qywco tzmnz wemdapub ftfwpjl jtcobvyi

  • #2 written by echo hakes 
    about 3 months ago

    bende camni mmg bagus diwujudkan, mgkin ni platform pada kite tuk share ilmu masing2.. harap2 ilmu ni adalah bekalan dan pahala diSana nnt…Amin.

  • #3 written by najib 
    about 5 months ago

    ni dia bro azlan..tq ya..

    #!/bin/bash

    E_BADARGS=90

    if [ ! -n "$1" ]
    then
    echo “[ . ]”
    echo “[ - ] Usage: $0
    echo “[ . ]”

    exit $E_BADARGS
    fi

    ip_list_filename=$1;
    log_filename=$2;

    echo “AS | IP | BGP Prefix | CC | Registry | $
    while read line
    do
    whois -h whois.cymru.com “”"-v $line”"” > “$kine”.log;
    awk ‘NR==3′ $line.log >> $log_filename
    done < $ip_list_filename
    echo $value;

  • #4 written by buysoftwquire2010 
    about 6 months ago

    PREMIER ONLINE STORE FOR POPULAR SOFTWARE

    We do guarantee that all programs are 100% fully working OEM versions – no demos or trial versions

    SAVE MONEY TOGETHER WITH US

    http://www.x.se/rm9y

  • #5 written by BAGAK 
    about 1 year ago

    tahniah, bertambah lagi blog informasi IT untuk kita kongsi bersama ilmunya.

  • #6 written by bussuk 
    about 1 year ago

    saya kagum dengan anda…. mintak sainnnnnnnnn…… saya sokommmmm

  • #7 written by azmi 
    about 1 year ago

    salam,info dan maklumat yang berguna dari blog abg,saya juga berminat dalam bidang ict tp baru dalam tahap pembelajaran,bak kata org junior lagi le,heee2

  • #8 written by sue 
    about 1 year ago

    Tahniah,semoga ilmu yang ada makin melimpah ruah…semoga berjaya.

  • #9 written by saufie 
    about 1 year ago

    salam.. tahniah.. maklumat yg kamu bg amat berguna.. sy minat ict..

  • #10 written by tcer cma 
    about 1 year ago

    tahniah… wah hebat nyer… kecik rasa diri ni… hope site ni boleh saya jdkan rujukan utk diri sendiri dan student saya.

    tcer cma
    ICT teacher & ITC SMK Sungai Pusu Gombak selangor

  • #11 written by Nor 
    about 1 year ago

    terima kasih atas maklumat yang ringkas dan padat. Saya ditempatkan di jabatan IT tapi saya tiada background IT. Bahgaian pentadbiran. tetapi semua urusan berkaitan dengan IT. Just imagine macam mana blur nya saya nak siapkan tugasan.So sekurang kurangnya sekarang saya dah tau apa itu Linux, firewall, proxy server dll.

  • #12 written by bahrin 
    about 1 year ago

    tahniah dan teruskan usaha anda. semoga berjaya…..

No trackbacks yet.